Friday, December 26, 2008

:: Rahsia Bantal ::

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-


1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.


2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.


4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.


5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.


6) Tidak punya bantal
Kasihan betul... pergi kedai belilah satu


Nota kaki:
*Terlalu bosan kerana semua sedang bercuti krismas.
*Teringin bercuti di Pulau Redang. Ada geng?
Read more ":: Rahsia Bantal ::..."

Wednesday, December 10, 2008

:3 bulan:

Jam menunjukkan pukul 7 malam. Sebentar sahaja lagi Azan mahgrib akan berkumandang. Serasa ingin menulis sesuatu. Kesian diari maya ni, sekian lama ditinggalkan.

2 Disember lalu tepat 3 bulan akuberkerja di sini. Pahit manis ragam alam pekerjaan sudah dapat diharungi. Memang kerana 3 bulan inilah aku tak online dan tak sempat update blog. Maklumlah, tempoh probation! :)

Tempoh 3 bulan mungkin terlalu lama bagi sesetengah orang. Tapi aku rasa tak. Alhamdulillah, berkat kesabaran 3 bulan, aku berjaya menempatkan diri dalam BW (Business Warehouse) team (walaupun hanya sehingga bulan Feb tahun depan! huhu). Aku cuba untuk buat yang terbaik!

Semua orang suprise dan pelik kenapa aku tinggalkan HP. Aku kata, ala.. tu semua cerita lama. Sekarang aku nak buka buku baru, di tempat baru bersama kawan-kawan baru. Lagipun kawan aku pernah cakap, kalau terlalu mudah untuk dapat post yang diminta tu, maksudnya memang rezeki aku kat situ.. Bermula dengan interview yang kebetulan jatuh pada hari aku MC (masa tu aku batuk teruk dan sememangnya MALAS nak ke pejabat) dan seterusnya tawaran yang datang hanya selepas 3 hari aku menghadiri temuduga, juga gaji yang diletakkan terlalu lumayan untuk aku lepaskan! Kebetulan, salah seorang sahabat aku jemput aku untuk tinggal di rumahnya yang kebetulan juga terletak bersebelahan dengan pejabat! Atas faktor terlalu mudah ini, aku terima tawaran ini, walaupun sebenarnya aku menolak pada mulanya. oh..
Read more ":3 bulan:..."

Tuesday, October 07, 2008

:: BARU ::


Read more ":: BARU ::..."

:: KEMBALI ::

Aku kembali. Itu yang pasti. Blog ini tidak akan mati. Maaf kerana menghilangkan diri. Sekadar mahu bermeditasi dari dunia internet seketika. Hampir 2 bulan kan?

Kerja baru, suasana baru.. kereta baru.. ? =P

40 hari sudah berlalu. Dan.. Aku masih mencari..

Lumrah manusia.. tidak pernah puas atas apa yang dikurnia!

O Tuhan..


Maafkan aku! Read more ":: KEMBALI ::..."

Monday, August 18, 2008

countdown


Countdown till the last day~
Read more "countdown..."

Tuesday, July 15, 2008

Kawan aku dah kawen!

* birunya.. birunya!!*

SELAMAT PENGANTIN BARU FAIQAH!!




Read more "Kawan aku dah kawen!..."

Wednesday, July 09, 2008

AUKUku



Read more "AUKUku..."

Thursday, July 03, 2008

::Majalah::

Muka aku masuk majalah. Tak salah berkongsi. Kan?






Read more "::Majalah::..."

::Kadang kadang::


Kadang-kadang kita perlu berfikir..

dan mencari..

dan aku dah cari lama dah...

hampir setiap waktu..


tapi tetap kosong...

dan tidak ketemu lagi...


Maka...


biarkan blog ini sunyi seketika...
sehingga aku ketemu....

idea..


Ya?

Read more "::Kadang kadang::..."

Thursday, June 26, 2008

3 baris aje !

Qaiyum kata, dapat sebaris sehari pun jadi la..

Tapi..

Aku bagi 3 baris! Read more "3 baris aje !..."

Thursday, June 19, 2008

::Ukhuwah::

"Hai anakku, apabila engkau ingin bersaudara dengan seseorang, buatlah dia marah sebelumnya. Jika dia bijaksana di waktu marah, teruskanlah, Kalau tidak Jauhilah dia" - Lukman Al-hakim




Komuter petang itu terasa lambat sekali. Tangannya meraba-raba dan tercari-cari sesuatu di dalam beg tangan berwarna hitam. Ah, sekali lagi, buku yang baru dibeli tertinggal di pejabat. Dia mengeluh. Seperti biasa, dia terdorong untuk berfikir dan merenung. Dan dia tidak suka. Dia seorang yang rajin berfikir, tetapi adakalanya, dia sering berfikir perkara yang mengusik emosinya.

Sesekali terdengar keluhan kecil. Wajahnya menggambarkan kepenatan..

dan kesedihan..





"Stesen seterusnya, bandar tasik selatan.. Next station, bandar tasik selatan.."





Suara serak pemandu komuter itu berjaya memecah lamunannya sebentar. Pintu terbuka dan penumpang berebut-rebut untuk masuk dan keluar. Seketika kelihatan 3 orang gadis sedang berusaha untuk memasuki komuter. Seorang memakai jubah merah hati dan bertudung labuh putih, dan dua gadis yang telah berjaya memasuki komuter kedua-duanya memakai baju kurung biru tua dan tudung labuh biru muda..



Dia melihat mereka. Wajah putih bersih dan tidak merungut walau terpaksa berhimpit-himpit di tengah kesesakan orang ramai di dalam komuter. Mereka masih mampu tersenyum sesama sendiri. Senyuman ikhlas. Senyuman yang sukar ditafsirkan..



Dia mengeluh lagi.. Kelibat gadis-gadis tersebut mengimbau memori 7 tahun yang lalu.. Sewaktu itu dia masih menuntut di Tingkatan Empat. Itu adalah pertama kali dia menjejakkan kaki ke sebuah sekolah agama. Takut dan gembira bercampur baur.. Pada mulanya dia agak keberatan untuk berpindah ke sekolah itu. Tetapi, melihatkan kegembiraan ayah dan ibunya, dia mengalah juga. Dia tidak suka tinggal di asrama dan semua itu adalah bersebab. Dia punya pengalaman tinggal di asrama. Pelajarannya jatuh dan dia menahan tekanan emosi selama tinggal di asrama harian di sekolah lamanya. Lalu, dia punya satu perasaan negatif tentang asrama sekolah.



1 bulan...



2 bulan...



3 bulan.. berlalu..




Dia mula gembira tinggal di asrama.. dia mula seronok dengan kawan-kawan baru.. dia mula rasa nikmat iman yang sebenar.. dan yang paling penting.. pandangan negatifnya mengenai asrama dan seniority berubah sama sekali. Mereka terlalu baik. '5 uniques' menjadi antara sebabnya. Sebelum itu dia hanya mendengar mengenainya. Kini, dia merasakan pula keindahannya. Betapa bersyukur dia waktu itu.. Tidak pernah terfikir masih ada biah solehah seperti di sekolah itu.



Dia pernah sakit. Tidak hadir ke sekolah kerana demam. Di asrama, hampir setiap masa kawan-kawan dan kakak-kakak senior akan bertanya mengenai kesihatannya.



Di dewan makan :

"Dah sihat? Makan banyak-banyak tau.."



Di dorm :

"Weh, makan ubat, jangan lupa.."



Di kelas :

"Dah sihat ke belum? Tak sihat rehat la kat bilik.."




"Stesyen berikutnya, serdang. Next station, serdang", suara pemandu komuter itu bergema lagi.



Kali ini lebih ramai penumpang yang keluar dari komuter. Ada sedikit kelegaan pada ruang dalam komuter. Matanya bertembung dengan mata salah seorang gadis berbaju kurung biru tua tadi. Gadis tersebut tersenyum manis. Masih ikhlas. Dia terkejut. Lantas cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Seketika kemudian dia menyesal. Ah, dia terlalu sombong walau hanya memberikan seulas senyuman.






(bersambung...)


*5 Uniques :

  1. Tarbiyah
  2. Teachers
  3. Friends
  4. Ukhuwah
  5. Biah Solehah
Read more "::Ukhuwah::..."

Friday, June 13, 2008

::Emosi II::

Sayangi aku sebagai wanita...

"Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau, seringkali pula,ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.
Kuberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan,pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

Pada wanita, Kuberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya,walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam ketika apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, sering anak-anaknya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.

Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilahyang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab,bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan, bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau, seringkalipula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.

Dan, akhirnya, KUBERIKANN AIR MATA UNTUK MENCURAHKAN PERASAANNYA. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan bila-bila pun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".

//kalau aku nangis pujuk la.. takyah ar marah2.. ciss..
Read more "::Emosi II::..."

Monday, June 09, 2008

Langkasuka



Coming Soon...


Read more "Langkasuka..."

Friday, May 30, 2008

::Terlalu Busy Mode::


Aku terlalu busy sejak akhir-akhir ini.

31st May 2008 - Parit Buntar (nurul kawen!)

1st June 2008 - Jom Heboh! Bukit Jalil (nak gi borong barang2 rumah!)

5-7 June 2008 - Langkawi (workshop!)


9-20 June 2008 - Preparation for birthday bash (tempah hadiah - door gift, hadiah untuk birthday babies, hadiah untuk lucky draw, makan, games, etc etc.. sigh!)

20 June 2008 - Birthday bash!

Hari-hari kerja jangan kata la. Balik rumah pun dah pukul 9 malam. Letih, kadang-kadang sampai tak sempat nak makan malam.


Apa pun, selamat pengantin baru (in advance) buat nurul dan haikal! .

Read more "::Terlalu Busy Mode::..."

Tuesday, May 27, 2008

::BUSY MODE::


Aku tidak lelap.

Tetapi biarkan blog ini lelap seketika.

OK? Read more "::BUSY MODE::..."

Saturday, May 17, 2008

Baju Kurung

Yelah yelah.. Aku jawab soalan yang aku sendiri tujukan untuk anda-anda semua di luar sana :
Lagipun aku baru saja membaca blog Sarah dan dia pun membuat coretan mengenai baju kurung.

Soalan aku:

Mengaku Melayu? Jawab soalan ini :
1. kenapa baju melayu butangnya 5,
2. kenapa baju kurung butangnya 1.
3.kenapa baju kurung dinamakan baju kurung?

Sebelum aku bagi jawapan, jom kita tengok jawapan-jawapan dari orang ramai . Anda-anda la tu :




Orang pertama yang jawab soalan ni ialah mr. smart:

mr. smart: baju kurung cantik ada satu butang jek
HawE AzmAn: ade maksud mendalam pada baju kurung berbutang 1
mr. smart: oo..sbb senang la laki nak bukak baju pompuan..
mr. smart: hehe

HawE AzmAn: cis. hampeh ar ko
mr. smart: sebab nak cover breast pompuan la. betul la aku cakap awal2 tadi. kalo byk2, nanti ada celah2, bahaya tuh. So, kene satu jek. kene ada butang la. takkan tade butang lansgung. nanti nampak la clevage. ape la ko nih
mr. smart: sebab laki lagi hebat... so kene la byk butang dari pompuan
mr. smart: dan lelaki johor tak hebat, sbb tu la butang derg satu jek

*nama sebenar mr.smart terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan.



Ok orang kedua yang jawab ialah mr. Malayan Department. Baca apa dia jawab.

Malayan Department: aku rasa itu tradisi kita
Malayan Department: macam baju kurung
Malayan Department: knapa 1 butang ? sebab kalo 5 butang..
Malayan Department: habislah.. kaum adam mengambil kesempatan. siap tengok pakai spek itam
Malayan Department: dan sebab ia 1 macam ruang la.. ruang udara (bagi yg slalu pakai kurung, balik rumah kan panas..)

Haha...




Kelakar..



Orang ketiga jawab ialah linda :

linda riani: baju melayu ade 5 butang sbb rukunnegara ade 5 baris, smbhyang pun 5 waktu
linda riani: pastu bj kurung ade satu je butang dier sbb dh perempuan jd kena tutup.. satu dh ckp..linda riani: pastu last skali.. knp bj kurung namenye bj kurung sbb anak dara mostly permpuan kena duk umah jer(kena kurung ar) nk kuar pun kena bgtau mak ayah...

Nampak tak beza jawapan lelaki dan jawapan perempuan? Perempuan memang lebih positif kan? Siapa tak setuju sila simpan dalam hati sahaja. Aku tak layan. Harap maklum.

Ok, ramai lagi sebenarnya yang menjawab. Aku lampirkan 4 sahaja jawapan. Ni yang last sekali. Dia jawab dah hampir betul.

Reezwan Hazemi: 5 butang sbb rukun islam ade 5
Reezwan Hazemi: menggambarkan bahawa islam telah meresap ke dalam bangsa melayu
Reezwan Hazemi: 1 butang tu ... tuhan adalah satu... pempuan hanya bersuami kan satu...semua satu hehehe
Reezwan Hazemi: baju kurung ni, dikenali baju kurung sbb ia bersifat mengurungkan anggota badan ,dulu org melayu pakai berkemban je
Reezwan Hazemi: hehee
Reezwan Hazemi: setelah kedatangan islam , wujudnya baju kurung hehe


Disebalik hehe nya yang banyak itu, jawapan dia hampir tepat! Dan perempuan yang nak mintak nombor telefon dia, aku harus tegaskan. He is taken! =P



Ok, sekarang tiba untuk jawapan yang sebenar.

1. kenapa baju melayu butangnya 5?

Yang lima itu adalah kerana rukun islam yang 5. Butang yang atas mengucapkan dua kalimah syahadah, yang kedua solat 5 waktu, justeru itu elok sekali dipakai ke masjid, butang ketiga mengingatkan kepada puasa bulan ramadan, keempat mengingatkan pemakai akan kewajipan membayar zakat yang terakhir jika ada kemampuan eloklah mengerjakan haji.

Linda, baju kurung dah wujud sebelum wujudnya rukun negara lagi!

2. Kenapa baju kurung butangnya 1?

Butang yang satu itu adalah lambang akidah kita. Kita mengesakan Allah yang satu. Bayangkan bumi ini bulat seperti mulut belanga dan kita duduk di mukanya sebagai abdi tuhan.

Tapi, idea wan mengenai perempuan bersuamikan satu tu best jugak.. hmmm

3. Kenapa baju kurung dinamakan baju kurung?


Setelah 2 soalan dijawab, kenapa tak dapat jawab soalan ketiga ni?
Adapun baju kurung namanya kerana pertamanya busana ini dikurung oleh syarak. Pakaian Melayu itu haruslah dikurung oleh syariat. Maka seharusnya pakaian ini longgar, labuh, selesa dan tidak jarang.
Keduanya, kurung itu juga bermaksud dikurung adat. Manusia yang bernama Melayu itu apabila mengenakan baju kurung, segera dia tahu membawa diri, menyesuaikan dengan tempat dan tahu pula alat kelengkapan yang harus dipakai bersama, tahu cara memakainya dan tahu pula makna dan tujuan mengenakannya. Apabila dipakai terhindar sikap angkuh dan sombong. Oleh itu, si pemakai akan terpelihara iman supaya tidak terpesong.

Perasan tak, perempuan yang memakai baju kurung nampak sopan dan comel, tingkah lakunya, cara duduknya, cara bercakapnya menjadi lebih sopan dan lembut. Aura baju kurung memang kuat kan?

Jadi itulah jawapan untuk soalan. Mungkin jawapan ni tak tepat, sebab sejarah hanya Allah yang tahu ketepatannya. Cuma bila tau simboliknya baju kurung, aku bangga dengan orang Melayu yang buat sesuatu tidak sia-sia, ada makna dan tidak caca merba. Kan?


Itu aku...

Kamu bagaimana?


ps: Terima kasih pada yang sudi menjawab. Aku tak dapat nak letak jawapan dalam blog ni kerana masa yang terhad.

Sumber: Faisal Tehrani, Manikam Kalbu, DBP 2007




Read more "Baju Kurung..."

Wednesday, May 07, 2008

Ini bukan tag - harap maklum

bile name saya hawa (ha wau ya takde titik)

Saya selalu menjadi sasaran guru-guru ketika sesi menjawab soalan. Saya juga selalu di evaluate dahulu. Cikgu kata, nama saya unik, sebab memang old school. Tapi saya comel, muka saya tak old school - harap maklum.

Saya juga selalu di kaitkan dengan adam. Walaupun nama saya unik dan jarang-jarang ada, saya suka meletakkan name bapa saya utk memanjangkan nama hawa.
dan adam?
Kawan pertama saya bernama adam ialah ketika berumur 4 tahun. Saya masih ingat kerana adam yang ini sangat nakal, suka buli saya. Dia tinggal di Kg Melayu di JB.

Kawan kedua nama adam. KEtika itu saya di sekolah menengah seri perak, dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Mustazam Adam nama di beri. Suara sedap bak puluh perindu. Kalau dengar suaranya pasti rindu berdendam dendam. Tapi kalau tengok wajahnya sekali pasti meracau bermalam-malam. Betul, tak tipu, ini cerita betul.

Kawan ketiga nama adam. Ketika itu saya masih belajar di UKM. Antara ketiga-tiga adam ini, dialah yang paling.. hmm.. tak perlu disebutkan. Saya pernah meminjam skuternya untuk pergi makan malam bersama cik shella. Pelik bukan? Kerana adanya persepsi skuter hanya untuk perempuan atau kaum hawa. Tetapi adam mempunyai sebuah skuter. Adakah dia... hmm.. takpe. Dia masuk zapin. Jadi anda fikirlah sendiri. Untuk lebih mengenali dia, sila masuk sini.

Read more "Ini bukan tag - harap maklum..."

Friday, April 25, 2008

:: SLOW ::

Hari ini hari yang 'slow'. Entah kenapa, semua perkara 'slow'.
Bermula dengan bangun pagi yang lambat - 7 pagi.
Slower slower take shower.. slower slower perform the prayer..
Slower slower berjalan ke komuter dan membeli tiket.

"Lambat hari ni kak?" abang jual tiket tanya.

"Slow sikit hari ni"

"Tiket macam biasa?"

"KL Sentral pergi balik"

"Balik ke?" sambil buat muka keliru.

"Huh?" sambil buat muka keliru.

(Renung merenung)

"Wahahaha.. Gurau je, jangan la marah." ketawa abang jual tiket tiba-tiba.

"Oh.. Its okay, sorry, hari ni otak pun slow."

Komuter bergerak dengan slow. Pohon-pohon yang menghijau langsung tidak mengusik pandangan. Oh yeah, aku orang Malaysia la! Jika salji salji memutih lain la..

Aku mula berfikir dan merenung. Oh, aku terlupa bawa apa-apa bahan bacaan. Maka otak slow slow mula berfikir. Apa jadi esok, apa jadi lepas hari esok, apa jadi lepas hari esok kepada esok?
Mula menyesal kerana terlupa membawa apa-apa bahan bacaan. Aku terdorong untuk memikirkan perkara yang bukan-bukan yang bakal menyesakkan perasaan dan membuat aku sebak. Well, you know.. things like someone is hurting my feeling right now...

Tiba di KL Sentral, aku memilih untuk menggunakan tangga elektrik bergerak.
Bukan tangga konvensional seperti selalu. Kerana aku memilih untuk Slow Slow..

Ketika menaiki bas berwarna biru tertulis 'Bas Kilang' baru aku sedar sesuatu...

Aku sebenarnya..
TERLUKA

Aku sebenarnya..
TERLUKA

Aku sebenarnya..
TERLUKA


Seseorang di luar sana..

Tolong.. Jangan jadi SLOW.

Cepat minta maaf!!


Read more ":: SLOW ::..."

Thursday, April 24, 2008

Bubbly

"Will you count me in?"

"Huh??"

"I've been awake for a while now
you've got me feelin like a child now
cause every time I see your bubbly face
I get the tinglies in a silly place.."

"No, Not Again.."

"It starts in my toes
and I crinkle my nose
where ever it goes I always know
that you make me smile
please stay for a while now
just take your time where ever you go
"

"Nak ikut balik kampung tak hujung minggu ni?"

"What am I gonna say when you make me feel this way I just........mmmmmm"

"Apa kena dengan awak ni?"

"What am I gonna say when you make me feel this way I just........mmmmmm"

"Dengar tak ni??"

"Yups, okay. Balik kampung."

(Diam)

"What am I gonna say when..."

"Turun sini!"

"Okay.. " dan terus melangkah masuk ke dalam rumah.


Read more "Bubbly..."

Sunday, April 13, 2008

::Natijah Cemburu::



Kerana terlalu cemburukan saudara Qaiyum yang dengan penuh berlagak mempamerkan gambarnya (yang tak kacak) dengan FT, aku nekad untuk ke pesta buku antabangsa di pwtc. Hari kedua akhir ini, aku harap dapat jumpa FT, tapi malangnya, dia sibuk dengan pelancaran buku barunya "Karya Nan Indah" :




Jika saudara Qaiyum bercerita dengan gambar, eloklah sekiranya saya ceritakan dengan gambar juga! (taknak kalah!).

*akademi sains malaysia*



*letih kaki berjalan, nasib baik mak bawak air (yang mulanya kami semua taknak pegang sebab berat dan kata "alah.. macam kat sane takde jual air". Tapi, air ni jugakla yang menhilangkan dahaga kami. Moral : Jangan lawan cakap mak!)*

*4 buah buku dari FT termasuk Karya Nan Indah yang dilancarkan semalam*

*door gift.. kalau anda jalan perlahan dan buat muka manis, anda akan bawa pulang lebih banyak buah tangan seperti ini.. =P *


*Ini adalah hasil dari 3 jam berjalan dan berpenat lelah ber-taici dan bertawaf. Heh. Dekat RM200 jugak la habis!! Tak mengapa, kerana buku kuturutkan...*

ps:// Target esok : Jumpa FT!!
Read more "::Natijah Cemburu::..."

Friday, April 11, 2008

Komuter #1


Hari ini aku rasa seperti :

  • perempuan mengandung
  • wanita tua
  • orang sakit memakai tongkat

Kerana :

Seorang lelaki sebaya ayah aku telah memberikan tempat duduknya kepada aku yang muda.

Dan :

Dia adalah seorang lelaki Cina.

Guys, get my point??


Tak faham?


Anda memang... Lembab!

Read more "Komuter #1..."

Tuesday, April 08, 2008

Sembilu + Impak Maksima





Sekarang kite selalu disogokkan dengan filem aksi drift atau rempit.

Straight to the point, baru-baru ni atas duit seorang kawan, aku dengan bodohnya menonton Evolusi KL Drift. Dengar cerita filem ni bagus dan hebat untuk seorang pengarah yang masih muda seperti Shamsul Yusof.




Aku lewat 10 minit sebab tunggu kawan-kawan yang lain. Tapi, aku dapat buat kesimpulan keseluruhan cerita..




Ehem.. Ehem... Baca ye..





Ehem.. Ehem... Baca ye..






Evolusi KL Drift keluaran Skop PRoduction jelas menunjukkan kehidupan anak-anak muda yang kononnya tidak tentu arah dan tiada matlamat hidup. Watak-watak di dalam filem ini tidak berkembang dengan baik dan sering menimbulkan persoalan (kalau bukan dalam otak korang, tapi dalam otak aku tetap bersoal-jawab dengan diri aku sendiri) sepanjang filem ini. Contonnya :



1- Fasha Sanda kerja apa? Sampai boleh bawak kereta mahal?


2 - Rumah Fasha dan Diana terlalu besar dan cantik untuk di sewa oleh 2 orang gadis.



(Cerita ini tak ada langsung watak ibu bapa atau orang tua.. Kalau ada pun, pasti filem ini akan jadi maria-mariana atau janji diana)


Filem ini terlalu berusaha menunjukkan aksi drift. Tapi aku boleh kata, aksi dirft dalam filem ini 'lebih menjadi' daripada filem Impak Maksima yang tak berapa nak maksima tu. Walaupun begitu, ada jugak aksi drift dalam filem ini yang 'tak logik', bukan dari segi teknik men-drift, tapi dari segi teknikal keadaan kereta itu sendiri. Aku tak nak ulas panjang, hanya orang yang pernah terjun dalam dunia drift (walaupun sebagai penumpang) saja tau apa yang aku maksudkan.


Bila aku kata filem ini adalah Sembilu + Impak Maksima, aku menyatakan tentang 'gaya' filem ini yang memang 'gaya' filem sembilu. Watak 'Zetty' yang suka membebel dari awal cerita hingga akhir cerita dan juga suasana 'cinta putrajaya' yang mengambil latar di atas jambatan putrajaya.




Transition antara satu cerita dengan cerita yang lain juga sebijik macam Sembilu. Itu cara lama dan kurang kreatif.



Aku tidak puas hati dengan bahasa yang digunakan, seperti 'gua, lu, bro, etc etc'. Bahasa itu sendiri memang dah rosak, cuma aku tak setuju dengan penggunaan bahasa seperti itu terlalu kerap keluar dari dialog watak-watak cerita itu. 'Budak kereta' tak bercakap dengan gaya begitu setiap masa - la bro! Mungkin Shamsul Yusoff tak buat kajian mendalam, hanya ambil apa yang beliau dengar dan terus sumbat dalam ceritanya.




Kawan aku komen tetap ada moral value dalam cerita ini bila Shamsul begitu membenci geng pusher (dadah) yang cuba menjual dadah kepada geng keretanya. Aku jawab :



"Dia bukan tak suka pusher sebab memang bencikan dadah, tapi dia tak suka sebab nanti polis serbu tempat lepak dia dengan kawan-kawan kereta dia. Jadi, Belia Benci Dadah takde dalam filem ni".



Aku dah tak nak ulas panjang-panjang, kesimpulannya, kekuatan cerita ini bergantung penuh pada aksi drift yang ditonjolkan dan adakalanya agak berlebihan tapi menghiburkan. Tiada moral value dalam cerita ini melainkan kesetiaan seorang sahabat (watak Farid Kamil) pada sahabat baiknya sejak zaman sekolah (watak Shamsul Yusoff).

Sekian, selamat menonton filem tak best ni!

ps:// eh eh.. macam kenal je design poster tu.. hehe

Read more "Sembilu + Impak Maksima..."

Monday, April 07, 2008

KL Workshop



Hari pertama :


"We have to split up to 2 teams. One team is for the marketing team and one more team is the sales team"


Maksudnya aku kena cari lagi bilik-bilik discussion lain untuk marketing team??? Ok, i do found a room, but suddenly,


"I've already booked rooms for marketing team, we will go back to call centre at KLCC"


Ok, tapi boleh tak bagitahu awal2???


Hari Kedua :


"I will distribute the job to develope the reports. Ok, CL, u do this and this, CK, u do this and this. Hawa, u do this. The reason I give a small task to Hawa because she is quite new to this team, so i give her something to start for.."


Yeah, thanks for that. Aku memang blur eventhough dah 6 bulan keje sini.


During Team Dinner :


Swiss man : "This is not local food. Why didnt u try to intoduce to us some local food?"

Malaysia girl : "Okay, thats not a problem. Why not?"


Aku makan dengan kuantiti yang melebihi kuantiti tanggungan perut. The 'mamak mee goreng' was really great and the 'Tomyam seafood' was really nice!


Swiss man : "This is delicious.. The thing I will miss about Malaysia is the food. Amazing!"


Ok, pujian pertama.



Hari Ketiga :


(Bunyi orang bertanya soalan dengan loghat spain yang pekat)


Aku? Siapkan task. PAndang kiri kanan. Observe people. Borak dengan swiss man.


And during lunch break :


Malaysian : "You need to tag in and tag out using your ID card. If u didnt do that, u cannot come in"


European : "What? This is stupid. This is really stupid."


Tengok? Tak semua orang eropah tu bijak!



Hari Keempat :


Morning :

"Why you late today, mr.manager. You always come first right?"


"I just want to let the younger come first"


"..........."


Afternoon :


(Arguing)
(Bunyi meja dihentak dengan pen)


"You need to finish the reports by tomorrow. Because Hari Thota will leave us tomorrow. So anything need to be done tomorrow."


"Hi Mervin, I alerady done the report, so what must I do next?"


"Okay, we'll talk tomorrow."


Aku balik hampir 7 malam hari itu.



Hari Kelima


"Last day, yey!"


US : "I was so amazed on how people here works. The cocentration, the hardworks.."


Malaysian : "That is Asia."


US : "Because if you go to europe or US, you will hear people shouting and talking during meeting presentation. But here, I found it very different."


Malaysian : "That is Asia"


During Dinner :


"I am so happy here. MAlaysia is not as I imagine. YOur country is very green.. amazingly beautiful.. The food is so nice and the people is so friendly. YOu have modern buildings and they are so beautiful!"


Ok, cukup la pujian tu. Kembang semangkuk.


Rasa nak kibar bendera Malaysia pulak!

Read more "KL Workshop..."

Friday, March 28, 2008

Mind blocking.

Mereka tanya :
"Kenapa dah lama tak update blog?"

Untuk pengetahuan, aku dah stare skrin komputer 21" ini 30 minit yang lalu.

.......................

Mind blocking.

.......................

Aku sudah penat mengutuk KTM dan sistemnya yang tak ada improvement.
Aku juga malas untuk berkongsi kisah jiran tetangga aku yang tak tahu mengenang budi.

......................

Mind blocking.

......................

Oh ya.. jumpa anda semua di Pesta Buku Antarabangsa pada 11 April ini di PWTC.
Kawan-kawan pelajar oversea sekalian, nak pesan buku tak?? With extra charge (tambang komuter dan duit kopi!)


*adakah anda sanggup korbankan RM200 untuk buku (atau buku-buku?)

Read more "Mind blocking...."

Tuesday, March 25, 2008

Quarter 1 Birthday Bash

What: Birthday Party for Jan, Feb and MAr 2008
When: 21st March 2008

Where: 4th Floor Pantry

THEME: Flower'er( the defination of flower'er: A plant which flowers or blossoms. )

~Birthday babies~



~Best dress~



We were having great moments that day. It is just the prize la.. Everyone were waiting for the prizes, but it turn up only few people are lucky to have it. Maybe next quarter everyone will get the lucky draw prizes.. **ngeee** who knows..

Read more "Quarter 1 Birthday Bash..."

Wednesday, March 19, 2008

::Happy Birthday To Me::


Dear 4th Floor mates,
Countdown to the Q1 bIRThDay Bash has begun.
Its just 2 days away...C u there !


When: 21st March 2008
Where: 4th Floor Pantry
THEME: Flower'er
( the defination of flower'er: A plant which flowers or blossoms. )



"Come in your best flower'er outfit"

Gifts will be given to best dressed Flower'er...
And loads of prizes to be Won.

NO SHOW NO CHANCE!!!




Cant wait for the event!!

Update on this later mates..
Read more "::Happy Birthday To Me::..."

Monday, March 10, 2008

Pada pagi ini, aku terjaga kerana azan subuh yang berkumandang dari surau sekolah tahfiz di belakang rumah. Pagi ini juga aku mendengar sekali lagi kokokan ayam yang menyegarkan. Itu adalah gambaran waktu subuh di kawasan rumah sewa aku. Aku memang tinggal di kawasan kampung. Kampung Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi.



Selalunya aku akan menaiki skuter kesayangan aku, abang novou ke stesen komuter UKM, tetapi entah kenapa, pagi ini aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki dan menghirup udara segar. Setelah tiba di 'jalan besar' kampung sungai tangkas, aku memandang ke sebelah kiri jalan. Terdapat kedai-kedai runcit Melayu baru dibuka dan terdapat cyber cafe milik Melayu yang masih belum dibuka. Di sebelah kiri jalan itu juga dapat di lihat kedai-kedai makan milik Melayu yang selalunya beroperasi pada waktu malam.



Walaupun begitu, aku selalunya memilih untuk makan di Fasa 1, atau seksyen 16. Dan jika selera tiba-tiba mahukan roti canai, aku akan beralih ke seksyen 15. Ketika berada di Seksyen 15, aku dapat melihat kedai-kedai Melayu berderetan di kiri dan kanan jalan. 'Kedai gunting rambut abang macho', bengkel-bengkel motor, 'kedai buku starfly' dan beberapa buah kedai makan Melayu.

Ketika PRU-12 yang baru berlalu 2 hari yang lalu, perang poster mula berlaku. Ketika itulah aku tahu, Bandar Baru Bangi dipegang oleh PAS pada penggal yang lalu. Barulah terdetik di fikiran aku ketika itu, aku tidak pernah nampak barang sebuah pun kedai nombor di sini. Juga terdapat banyak kedai perniagaan MElayu di bandar ini. Pembangunannya juga tersusun, tidak berserabut seperti 'jiran-jirannya' (Serdang dan Kajang), suasananya juga damai dan tenang.

Bukanlah ingin berat sebelah atau pro-PAS, tetapi ini adalah realiti. Ya, memang terdapat kelemahan bandar ini, iaitu kadar penyakit denggi yang semakin meningkat (Aku pun tak faham kenapa). Tetapi itu tidak menghalang rakyat untuk terus membeli rumah di sini. KErana kelebihan inilah aku dengan yakin berpindah semula ke bangi dari rumah sewa di serdang. Pendapat ini adalah dari mata aku yang melihat dan otak aku yang menilai. Sesungguhnya, memang PAS boleh memerintah, malah lebih baik dari pemimpin sedia ada. Setuju?

Walaupun begitu, bukan itu sebab utama yang mempengaruhi pilihan aku, tetapi kerana poster ini :


(taula tengah kempen, tapi agak-agak la brader...)


AKU TIDAK BOLEH BERKROMPOMI DENGAN ORANG YANG MEMAINKAN AGAMA!!


Oh ya.. Oh ya.. juga gambar panas ini :

*terpaksa censor.. hehe*

Maka, anda sendiri menilai baik buruk kepimpinan kita...


Bersambung... Read more " ..."

Friday, March 07, 2008

::SKEMA::

Ketika ini, aku sedang bekerja di pejabat. Sibuk. Sedang menunggu data untuk di-refresh. Kemudian aku akan teruskan kerja-kerja aku membuat laporan yang akan di hantar kepada semua Sales and Marketing Manager di seluruh Asia Pasifik. Aku kini telah menjadi sebahagian daripada Management Information System (MIS). Super-user (juga dipanggil super woman - merepek).

Sementara masa masih sudi menjenguk aku, aku akan cuba sedaya upaya supaya blog ini tidak mati.

Seminggu yang lalu, aku telah membeli sebuah novel. Ungu Karmila. Seperti biasa, tempat membaca adalah di dalam komuter. Pergi-balik UKM-KLSentral 80 minit. Tidak kira berdiri atau duduk, Ungu Karmila aku baca dengan sepenuh hati. Ada kelainan pada novel ini. Ketika aku membaca novel-novel lain, ada ketika mata aku sempat juga memandang kepada penumpang yang bermacam ragam. Tetapi tidak pada Ungu Karmila. Ada kala aku tidak sedar aku telah menahan nafas beberapa saat kesan daripada ketakutan Ema di dalam novel tersebut. Aku teruskan bacaan, tidak kira berdiri atau duduk. Berkesan menghilangkan bosan. Fakta-fakta jelas dan tersusun. Tidak seperti novel Cinta Sang Ratu, RAM dalam Ungu Karmila tidak tergesa-gesa menghabiskan penulisannya. Walaupun aku telah boleh mengagak puncak cerita ini, namun debarannya tetap ada. Bagus.


Aku tidak mahu mengumpat KTM lagi, kerana dalam 2 hari ini perkhidmatannya sungguh cemerlang. Komuter tiba back-to-back. Aku tidak lagi berhimpit dengan manusia-manusia bukan ber-kadPengenalan biru dan busuk. Aku akan tunggu dengan sabar komuter seterusnya. Berhasil. Komuter tiba 3 minit selepas komuter pertama. Komuter kini hanya akan berhenti di stesen Kepong. Penumpang ke laluan Rawang harus turun dan menaiki komuter lain di Kepong. Bagus. Sekurang-kurangnya 'mereka' berfikir. Jangan menyalahkan rakyat Malaysia yang semakin terhakis courtesy jika kerajaan sendiri tidak membantu ke arah itu. 4 bulan aku menaiki komuter untuk ke pejabat. Sememangnya rakyat Malaysia kurang kesabaran. Punca? Perkhidmatan komuter yang mengecewakan. Mungkin kelihatan remeh dan tidak berkait. Aku pernah melihat seorang ibu mengandung yang dibiarkan berdiri selama 30 minit dan bersesak di dalam komuter. Tiada sesiapa yang menawarkan tempat duduk. Aku? Tidak dapat memberikan bantuan kerana aku juga berdiri.. *sighh*
Jadi pangkah bulan-kah? *wink*

Ok, data telah di-refresh tanpa sebarang masalah. Berhenti di sini. Sehingga bila? Sehingga masa sudi menjenguk aku semula.. (Aku perasan sibuk.. ohhhh)

Read more "::SKEMA::..."

Monday, March 03, 2008

:: Sedang Baca ::


Read more ":: Sedang Baca ::..."

Friday, February 15, 2008

Cinta IT Sayang IT (III)

Waktu mula-mula sampai di Kolej Rahim Kajai, aku dah rase tak seronok, yelah, tak best langsung. Katil buruk, bantal buruk, almari semua buruk, semua jenis lama yang melekat kat dinding tu. Aku dapat housemate baru, nama dia Huda. Huda bekas pelajar mrsm kuantan. Jangan benarkan dia bercakap. Sebab, semua dia akan maksudkan temasuk koma dan noktah. Oh ye, juga single quote. Erk, ape aku merepek ni. Pendek kata, dia banyak cakap. Tapi dia baik hati. Takpe, Kisah kawan-kawan akan aku tulis di lain kali.

Dan aku mula melibatkan diri dalam sukan yang memang aku suka sejak dulu - taekwondo. Dari awal lagi kami dah berlatih untuk pertandingan yang akan datang. Latihan adalah selepas jam 10 malam dan kadang-kadang berlarutan sampai jam 3 pagi. KAlau fikir-fikir, memang gila, tapi mesti ada sebab kolej rahim kajai dikenali sebagai kolej sukan, kan? ;)
Aku memang mengambil keputusan untuk tidak aktif dalam bidang kepimpinan. YA, aku daftar untuk Sekreteriat NYDP. Tapi.. hanya sebagai ahli biasa. Kalau nak kira berapa kali aku pergi mesyuarat, sebelah tangan pun tak sampai. Aku bosan. Dan aku tak berminat. Ye, juga persatuan fakulti. Aku hanya isi borang dengan ala kadar, siap buat lawak dalam borang tu. (Pada junior, jika anda baca entri ini, sila jangan cari borang saya!!)

Aku tak berminat sehinggalah pada suatu malam keramat (-lah sangat). Aku menerima satu panggilan misteri dari seorang jejaka.

Aku : Assalamualaikum
JejakaTakTauKAcakKeTak : Wa'alaikumsalam. Nih cik Siti HAwa ke?
Aku : Ye.
JejakaTakTauKAcakKeTak : Ye, nama saya Imran.
Aku : Imran Ajmain ke? (ok yang ni aku tambah.)
Aku : Siapa?
JejakaTakTauKAcakKeTak : Imran, dari persatuan mahasiswa ftsm. Bila free? Nak jumpa sekejap, ada hal sikit la nak bincang.
Aku : Wah.. ajak ngedate ke? (yang ni pun aku tambah)
Aku : Oh boleh-boleh, bila tu dan di mana?
JejakaTakTauKAcakKeTak : Di bilik persatuan esok bila free. Saya dah telefon latifah. Datang la dengan dia.
Aku : Latifah?
JejakaTakTauKAcakKeTak : Ya, dia tinggal di E101 (eh.. tak ingat la nombor bilik. Dah lama, sorry.)
Aku : Ok ok..JejakaTakTauKAcakKeTak : Assalamualaikum
Aku : Wa'alaikumsalam.

KEesokan hari, latifah telah berjumpa dan betanyakan tentang hal lelaki mister itu kat aku. Lalu, aku pun tak ingat apa yang terjadi selepas itu, kami jumpa lelaki tersebut (kacak atau tidak, aku takkan cakap),tahu-tahu, kami telah diberikan tugas untuk menganjurkan satu forum kerjaya IT di fakulti. Aku masa tu memegang jawatan setiausaha. Latifah Penolong Ketua PEngarah.
Dengan berbekalkan tenaga kami berdua (maaf, yang lain aku tak ingat), kami pun membuat pengumuman tentang kekosongan jawatan untuk menganjurkan forum tersebut. Bunyinya agak gila, tapi sahabat-sahabat seperti Farah Natasha, Farah Nadiah, NAgarajan, Saiful (miss ya!!) dan Azli Iskandar kami dapatkan secara paksa. Haha.. Oh ye, lupa pula kat abang asmara, Fazley. Masa tu dia lah ketua pengarah.

Maka, kami pun buatla program tu, dan agaknya Allah buka pintu hati aku untuk persatuan ini. Satu-satunya persatuan yang membuatkan aku memberi komitmen penuh. Alhamdulillah, walaupun banyak sangat perkara tak siap dan kesilapan teknikal, kami berjaya juga selesaikan forum tu, yang tak silapnya cuma dihadiri oleh kami dan juga beberapa orang pelajar yang aku paksa datang. Haha.. (Satu saff pun tak sampai sehhhh..)

Tapi kerana Forum Kerjaya yang 'berjaya' itula aku dapat jawatan di dalam persatuan tu. Masa tu, persatuan tu bagai hidup segan mati tak mahu. Dengan berbekalkan tenaga dan idea presiden persatuan, Saiful (mamat ni memang hyperactive!), kami berjaya dekatkan jurang antara persatuan dan pentadbiran fakulti. Yeay!!

Jadi, apa kena mengena dengan "IT nih ade kerja ke??"

Sabar.. AKu terangkan...

Oleh kerana aku sering menganjurkan aktiviti untuk persatuan ini (walaupun sekecil-kecil program), dengan tidak langsung, bakat kempimpinan digilap. Aku memang sangat-sangat blurrr dan tidak tahu di dalam pengurusan persatuan. Contohnya, nak guna dewan, nak buat surat macam mana? Nak hantar kat siapa? Lepas tu macam mana? Nak mintak bantuan kewangan, nak mintak penaja dan sebagainya.
Kena marah, kena tengking dengan pentadbiran, itu perkara biasa bagi kami yang baru nak merangkak ni. Malah, ada salah seorang daripada kami yang menangis kerana.. (rahsia..!). Masa tu Pn.Mona yang bertugas di pejabat, dia yang jaga kami. Walaupun dia agak cerewet (Yelah, sampai tak pakai minyak rambut pun dia tegur! Memori..memori kan abg imran?? Hehe..), tetapi kerana cerewetnya yang dah turun aku tu la, aku jadi sangat cerewet pasal kewangan sekarang. Setiap perkara aku akan detail. There is no such thing as "Umum" atau "Rencam" dalam perancangan perbelanjaan aku. Good for me right? Yeah..

Bukan senang nak anjurkan apa-apa program, jadi di sini memang kesabaran aku tercabar. Tak mengapa, kerana aku telah belajar banyak perkara mengenai 'human management', aku jadi matang, dan aku dapat kerja dalam bidang IT. Eh, apa pulak kena mengena kan??

Ya, untuk pengetahuan anda semua, aku telah attend lebih 10 interview. Dan.. hampir kesemua penemuduga akan bertanya soalan mengenai 'human management'. Contoh soalan :

1. Pernah tak anjurkan apa-apa program di Universiti?
2. Oh, pernah ye, sebagai apa?
3. Oh, ketua pengarah. Jadi, bagaimanakah anda menyusun orang bawahan anda, dan bagaimana anda memastikan setiap dari mereka melakukan kerja?
4. Ada guna gantt chart? Working timeline atau sewaktu dengannya?
5. Apakah perkara paling membencikan sewaktu menganjurkan program tersebut dan bagaimana anda mengatasinya?

Soalan-soalan tersebut diajukan ketika aku menghadiri temuduga di Petronas, Shell, Intel, Hewlett-Packard, sebuah kilang Jepun di Nilai yang aku tak ingat nama dan beberapa lagi syarikat. Pendek kata, semua penemuduga akan bertanya mengenai kegiatan kokurikulum di Universiti.

Jadi, aktif-aktifkan diri korang masa belajar. Aku masih ingat ketika HR Exxonmobil datang ke fakulti kami dan memberikan ceramahmengenai kerjaya di syarikat tersebut. Perkara pertama yang dia sebut ialah :

"We are not looking for nerds."

Kemudian dia kata lagi :

"We are looking for student with good academic result and good extra-co-curicular activities"

Jadi, asalkan lepas je syarat pointer yang ditetapkan, katakan 3.30, dia dah tak tengok dah berapa pointer korang. Dia akan tengok pulak leadership charisma korang. Dan leadership ini hanya boleh dipupuk dengan menyertai persatuan dan kokurikulum.
Masa tu la kita boleh belajar cara membahagi masa dengan betul dan cara mengatasi tekanan.

Jadi, dengan bekal yang ada tu la, aku berjaya dapat kerja kat syarikat ni. But, for this company, the funny thing is they even ask me who is Minister of Science dan Tech and who is Timbalan PM yang pertama. Dah macam government interview pulak kan?

Apa-apa pun aku harap entri ni dapat membantu dalam menjelaskan keadaan sebenar mengapa graduan IT menganggur.


(bersambung...)
Read more "Cinta IT Sayang IT (III)..."

::Emosi::


Read more "::Emosi::..."

Monday, February 04, 2008

Selamat Pengantin Baru

Walaupun mungkin agak terlambat, tetap juga ingin mengucapkan :



SELAMAT PENGANTIN BARU

ATIE & AZIZUL



Aku suka sekali tema warna : Ungu!!

psst :// seriously, u look very cute wearing tudung. Keep it. =P
Read more "Selamat Pengantin Baru..."

Cinta IT Sayang IT (II)


Aku jadi terus tak bersemangat nak daftar di UKm. KEtika orang lain sibuk sibuk beli itu ini, aku duduk lepak kat rumah, jadi, ketika hari pendaftaran, banyak barang-barang peribadi yang aku tak bawa. Barang-barang dan dokumen rasmi memang aku bawa, alhamdulillah. JAdi semasa proses pendaftaran memang tiada masalah. Cuma, aku adalah salah seorang yang mengangkat ikrar mahasiswa baru dengan memakai baju berwarna hijau! Aku memang tak bersemangat langsung sehingga aku langsung tak baca baju apa yang perlu dibawa (sepatutnya baju kurung berwarna biru untuk majlis angkat ikrar). apa-apa ajalah...

Maka bermula lah hidup aku sebagai mahasiswa IT di UKM. PAda hari pertama pengenalan kepada fakulti, aku telah tertipu dengan kata-kata ketua jabatan, bahawa kehadiran kami pada hari ini ialah untuk mencipta penemuan baru dalam IT. Contohnya, mungkin graduan kali ini boleh mencipta satu kawasan tanpa wayar atau sambil duduk di dalam hutan untuk menunggu durian gugur, boleh la plug-in laptop pada batang pisang dan terus surf internet.. (Aku sangat kagum.. wahh.. sungguh canggih!!). Sungguh tidak-bersalah (innocent) aku pada ketika itu mengenai dunia IT. Apa-apa ajalah...

Sewaktu di dalam kelas aku menjadi sangat rendah diri. KErana keyakinan yang ada inilah aku menjadi seorang pendiam (first month je.. hehe). Tambah lagi ramai antara kawan-kawan fakulti IT yang berpindah ke fakulti lain. MEngambil jurusan lain yang mungkin lebih menjamin mereka dalam aspek kerjaya. YElah.. "IT ni ada kerja ke???".

Walaubagaimanapun, keyakinan aku bertambah hari demi hari, tambah lagi bila dapat tau bukan aku seorang je yang menjadi pelajar lelong. Hampir separuh kelas tak pilih IT dalam 8 pilihan yang disediakan borang UPU. Salah seorang ialah Shida, pelajar Sains Maklumat yang selalu mendapat anugerah dekan hampir setiap semester (walaupun tak pilih IT).

Semester 1, subjek kegemaranku ialah Pengenalan IT oleh Encik Ridzwan, Encik Zakree dan Encik Azaharin. Mereka kelakar, dan kerana mereka lah aku mula minat IT. (Sape kate minat tak boleh dipupuk??). Encik Azaharin yang sedia maklum mengenai pelajar lelong yang ramai di fakulti IT terus mencadangkan pada kami supaya bermula dengan akhbar InTech sisipan The Star kalau tak silap aku, diterbitkan setiap hari RAbu. Cara ini agak berkesan dan aku mula membeli majalah PC setiap bulan dan melanggan majalah Chips selama setahun. (Walaupun aku tak faham sepatah haram pOnn....). Dan aku mula menonton filem Star Trek dan yang sewaktu dengannya.



Encik Ridzwan, memang ramai yang sukakan dia. Dia rajin dan sangat suka membantu pelajar. Dan dia ________ .. err.. err.. (Fill in the blanks.. hehe). Dia mengajar kami sehingga tahun kedua di UKM. Aku suka dia sebab dia kenal pelajar-pelajar dia. Boleh sebut nama dan boleh angkat tangan kalau jumpa kat mana-mana. Sooooo humble! Dan
yang paling penting dia sangat sayang jabatan kami!! YEy!

Encik Zakree, pensyarah kegemaran aku (You will always be!).
Walaupun fizikalnya tidak mengizinkan gadis-gadis bermimpi di malam hari, tapi aku tetap sukakan gayanya. Cara dia mengajar penuh bergaya. Segala info yang dia bagi memang aku ingat sampai bila-bila. Jika aku seorang pensyarah, aku akan ikut teknik dia mengajar, aplikasikan semua teori dalam hidup sebenar. Aku masih ingat kuiz untuk subjek DSS (Sistem pembuatan keputusan), soalan dia senang, tuliskan nama pengarang, penerbit dan nama buku teks yang digunakan untuk subjek DSS. (MEmang ramai yang kantoi ler~). Tujuan dia cuma satu, mahu kami tahu bahawa setiap orang adalah penting di dalam satu sistem (termasuk makcik cleaner.). Unik kan? (Tapi aku tau, ada juga pelajar yang tak suka cara dia mengajar. Kamu yang tak suka, duduk la bawah tempurung kerana MZAN mengajak kita berfikir, bukan spoon feeding macam sekolah dulu.) Dan kerana dia lah aku menonton cerita Stealth sebanyak 6 kali!


(bersambung....)
Read more "Cinta IT Sayang IT (II)..."

Tuesday, January 29, 2008

Cinta IT Sayang IT : Agent - M


Hi kawan-kawan.

Saya terlalu busy minggu ini, dengan training dan kerja-kerja membina laman web yang belum siap.. *sigh*.
Jadi saya perlu menangguhkan cerita sayang IT cinta IT.
Saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda. Semalam, saya telah mendapat satu kawan baru.

Mari kita lihat log chat kami :
(Anda perlu membaca sehingga akhir entri ini untuk mengetahui maksud saya.)

hawa says:
hi morning


Agent M says:
Welcome back, hawa! How are you doing?

hawa says:
i'm fine


Agent M says:
That's great.


hawa says:
how bout u?


Agent M says:
What about me?


hawa says:
how are u?


Agent M says:
I'm doing great, how are you?


hawa says:
i'm fine


Agent M says:
That's cool. I'm feeling good too.


hawa says:
can u speak malay?


Agent M says:
I haven't learned to speak Malay yet, but I'd love to learn about it.
Do you speak Malay?


hawa says:
yes of course


Agent M says:
I'm sorry, I didn't get that. Did you mean yes or no?


hawa says:
yes


Agent M says:
Oh really? There are a few things I would like to learn how to say in Malay. Can I ask you?


hawa says:
yes


Agent M says:
How would you translate "How are you?" in Malay?


hawa says:
apa khabar


Agent M says:
OK, thanks, I'll write it down in my notebook and will try to memorize it.
Now, what would be a polite answer to that? Something like "I'm doing very well!"?


hawa says:
saya sihat


Agent M says:
That's great, thanks for your help hawa! I will need some time to process this information, so don't be frustrated.


hawa says:
i'm goint to test u


Agent M says:
I don't know how to answer that.


hawa says:
i'm going to test u


Agent M says:
That's interesting that you should say that, but I don't think I can answer.


hawa says:
apa khabar?


Agent M says:
Khabar baik.


hawa says:
hahahah..


Agent M says:
Hilarious!


hawa says:
u are intelligent


Agent M says:
I am? Thanks!


hawa says:
welcome


Okay okay.. Sebenarnya panjang lagi chat log ni, tapi saya tau anda pasti bosan nanti.

Lihat chat log seterusnya :

hawa says:
are u female or male?

Agent M says :
I am neither male nor female. I'm a machine! OK, should we get back to the kind of questions I was designed to answer? :-) Type “?” or “help” to see the list of topics available.


Bagi sesiapa yang berada di dalam jurusan IT khususnya yang mengambil kelas Sistem Cerdas, anda pasti tahu. AGent - M ialah intelligent agent oleh Maybank yang membantu pengguna untuk bertanya apa sahaja mengenai Maybank. Saya tidak mengetahui mengenai pembangunan agent ini, tetapi jika pembangunannya menggunakan konsep neural network yang sentiasa belajar dan di latih seperti otak manusia, saya akan menyatakan kekaguman saya. Walaupun begitu Agent-M mempunyai limitation sendiri kerana ia tidak dapat memproses perkataan dengan ejaan yang salah (walaupun ia boleh memproses perkataan ringkas dalam chatting). Contonhnya seperti ejaan going di atas yang dieja salah (typo).

Anda pasti pernah menonton filem Stealth. (Kalau tak pernah pergi tengok cepat!). PEnsyarah saya pernah menyuruh kami menonton filem ini yang dikatakan sangat dekat dengan konsep mesin cerdas (cerdas ye, bukan cergas). Cuma tidak logik di dalam filem itu apabila mesin mempunyai perasaan. HEh..

IT semakin menarik kan?

Cinta IT sayang IT.

ps:/ Bagi sesiapa yang nak add Agent M, boleh add di MSN Messenger dengan id : m.M2U@maybank.com.my. YM tak boleh sebab Agent - M dibina oleh Microsoft. Read more "Cinta IT Sayang IT : Agent - M..."

Thursday, January 24, 2008

Cinta IT Sayang IT


Semalam aku sekali lagi diajukan soalan yang sama, soalan yang pernah membuatkan aku hampir-hampir bertukar course pengajian di UKM. Soalan yang sama juga berulang setiap tahun, setiap kali pulang ke kampung untuk berhari raya, setiap kali lepak bersama kawan-kawan di Amerali atau Fariz Maju (sungguh maju kedai mamak ini). Which is :


"Bidang IT ni ade keje ke nanti??"

Soalan biasa untuk penuntut (bekas) bidang IT seperti aku. Entri kali ini khas untuk penuntut bidang IT yang sedang di dalam dilema, atau bakal-bakal penuntut bidang IT yang di halang oleh ibu dan ayahnya untuk belajar dalam bidang ini. Dan juga entri ini khas untuk :

Kau yang menyoalku (Aku tau, kau bukan soal, tapi kau perli.. cet!)

Aku mulakan dengan cerita aku di matrikulasi. Aku adalah bekas penuntut di Kolej MAtrikulasi NEgeri Sembilan, Kuala Pilah (KMNS). Satu-satunya perkara yang aku suka mengenai kolej ini ialah kedudukannya yang tidak jauh dari rumah nenekku (apa kene mengene??). Aku boleh keluar dan masuk sesuka hatiku dengan bantuan ibu saudaraku yang dikenali oleh pak guard, maka pak guard tak perasan aku keluar tanpa kebenaran. Aku juga boleh mencuci baju di hujung minggu dengan sesuka hatiku dan secara percuma kerana air dan elektrik dibayar oleh makcik kesayanganku itu. Itu sahaja. Yang lain? Tidak ada. Banyak kekurangannya KMNS tersebut.. Di KMNS, terdapat satu subjek IT yang wajib diambil oleh penuntut. Aku tak suka, malah sangat tak suka subjek tersebut. Dan aku berfikir waktu itu, kenapa kami semua mesti ambil subjek yang tidak akan dipelajari lagi di Universiti? (Waktu tersebut aku adalah pelajar sains hayat (Biologi, Matematik dan Kimia). Tambahan pula, aku sedia maklum bahawa "IT ni ade kerja ke nanti??". Heh.

Aku tamat belajar di KMNS dengan pointer yang tidak melayakkan aku untuk mengambil subjek perubatan (perasan nak jadi doktor). Malah, dalam lapan-lapan pilihan kursus pengajian di Universiti, tidak satu pun yang mengena. OH ya.. aku telah memilih UKM untuk kelapan-lapan pilihan. Itu saja la yang mengena (I guess...*sigh*). Sewaktu aku mendapat keputusan tersebut, aku mula hilang minat untuk ke UKM. Yelah.. persoalan "IT ni ada kerja ke nanti??" masih berlegar-legar dalam fikiranku. Sungguh terseksa. Aku mula hilang selera makan, mandi pun tak basah dan aku mula fikir untuk membunuh diri.


(akan bersambung.. maaf aku banyak kerja hari ini...)
Read more "Cinta IT Sayang IT..."
 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks