Thursday, June 19, 2008

::Ukhuwah::

"Hai anakku, apabila engkau ingin bersaudara dengan seseorang, buatlah dia marah sebelumnya. Jika dia bijaksana di waktu marah, teruskanlah, Kalau tidak Jauhilah dia" - Lukman Al-hakim




Komuter petang itu terasa lambat sekali. Tangannya meraba-raba dan tercari-cari sesuatu di dalam beg tangan berwarna hitam. Ah, sekali lagi, buku yang baru dibeli tertinggal di pejabat. Dia mengeluh. Seperti biasa, dia terdorong untuk berfikir dan merenung. Dan dia tidak suka. Dia seorang yang rajin berfikir, tetapi adakalanya, dia sering berfikir perkara yang mengusik emosinya.

Sesekali terdengar keluhan kecil. Wajahnya menggambarkan kepenatan..

dan kesedihan..





"Stesen seterusnya, bandar tasik selatan.. Next station, bandar tasik selatan.."





Suara serak pemandu komuter itu berjaya memecah lamunannya sebentar. Pintu terbuka dan penumpang berebut-rebut untuk masuk dan keluar. Seketika kelihatan 3 orang gadis sedang berusaha untuk memasuki komuter. Seorang memakai jubah merah hati dan bertudung labuh putih, dan dua gadis yang telah berjaya memasuki komuter kedua-duanya memakai baju kurung biru tua dan tudung labuh biru muda..



Dia melihat mereka. Wajah putih bersih dan tidak merungut walau terpaksa berhimpit-himpit di tengah kesesakan orang ramai di dalam komuter. Mereka masih mampu tersenyum sesama sendiri. Senyuman ikhlas. Senyuman yang sukar ditafsirkan..



Dia mengeluh lagi.. Kelibat gadis-gadis tersebut mengimbau memori 7 tahun yang lalu.. Sewaktu itu dia masih menuntut di Tingkatan Empat. Itu adalah pertama kali dia menjejakkan kaki ke sebuah sekolah agama. Takut dan gembira bercampur baur.. Pada mulanya dia agak keberatan untuk berpindah ke sekolah itu. Tetapi, melihatkan kegembiraan ayah dan ibunya, dia mengalah juga. Dia tidak suka tinggal di asrama dan semua itu adalah bersebab. Dia punya pengalaman tinggal di asrama. Pelajarannya jatuh dan dia menahan tekanan emosi selama tinggal di asrama harian di sekolah lamanya. Lalu, dia punya satu perasaan negatif tentang asrama sekolah.



1 bulan...



2 bulan...



3 bulan.. berlalu..




Dia mula gembira tinggal di asrama.. dia mula seronok dengan kawan-kawan baru.. dia mula rasa nikmat iman yang sebenar.. dan yang paling penting.. pandangan negatifnya mengenai asrama dan seniority berubah sama sekali. Mereka terlalu baik. '5 uniques' menjadi antara sebabnya. Sebelum itu dia hanya mendengar mengenainya. Kini, dia merasakan pula keindahannya. Betapa bersyukur dia waktu itu.. Tidak pernah terfikir masih ada biah solehah seperti di sekolah itu.



Dia pernah sakit. Tidak hadir ke sekolah kerana demam. Di asrama, hampir setiap masa kawan-kawan dan kakak-kakak senior akan bertanya mengenai kesihatannya.



Di dewan makan :

"Dah sihat? Makan banyak-banyak tau.."



Di dorm :

"Weh, makan ubat, jangan lupa.."



Di kelas :

"Dah sihat ke belum? Tak sihat rehat la kat bilik.."




"Stesyen berikutnya, serdang. Next station, serdang", suara pemandu komuter itu bergema lagi.



Kali ini lebih ramai penumpang yang keluar dari komuter. Ada sedikit kelegaan pada ruang dalam komuter. Matanya bertembung dengan mata salah seorang gadis berbaju kurung biru tua tadi. Gadis tersebut tersenyum manis. Masih ikhlas. Dia terkejut. Lantas cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Seketika kemudian dia menyesal. Ah, dia terlalu sombong walau hanya memberikan seulas senyuman.






(bersambung...)


*5 Uniques :

  1. Tarbiyah
  2. Teachers
  3. Friends
  4. Ukhuwah
  5. Biah Solehah

0 orang telah menjerit:

 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks