Thursday, November 29, 2007

ayat-ayat cinta


Setiap hari.. rutin ku adalah menyapa seorang sahabat. Aku memang suka chatting dengan beliau. Walaupun kadang-kadang membawa kepada perselisihan pendapat. Tapi bak kata beliau, February Baby, marahnya cepat, redanya juga cepat.

Kenapa aku berbeliau-beliau ni?


[Cinta cara Islam (?)]
SH: ko penah baca tak novel Ayat-Ayat Cinta?
SH: karya Habiburrahman El Shirazy
SH: bagus sgt
SH: aku suke.. aku still tgh baca
SH: aku rase..
SH: ko ngan ahsat elok baca buku tu
SH: tapi aku rase ahsat dah bace
SH: tak silap aku die penah sebut
SH: novel
SH: bagaimana bercinta cara Islam
RH: sapa?
RH: ahsat??
SH: a'ah
SH: aku dah start baca takleh letak dah

RH: oooo
SH: nak pinjam?
RH: ada ek bercinta cara islam...hahaa...tak tau lak
SH: haha
RH: aku dgr sms pon x bleh
SH: bukan bercinta ekceli
SH: macam ko ngan ahsat la
SH: suke je tapi tak cakap
SH: same la macam dalam novel ni

RH: hehe
RH: biarkan tergantung

[Paksa]
SH: tapi aku tak kira
SH: sementara ko lapang ni
SH: pegi baca novel tuh
SH: aku paksa.

RH: hehe
RH: pinjam la


RH: 1 Ayat-Ayat Cinta: Sebuah Novel Pembangun Jiwa (Pemenang Pena Award

Novel Terpuji Nasional 2005)
Author : Habiburrahman El-Shirazy
Usual local delivery : 1-2 weeks
RM 22.90
RH: ni eh?
http://www.mph.com.my/search/nsearch.cfmdo=detail&pcode=9832672368
RH: adeh bahasa indonesia hehe
RH: aku tgh baca ....kalau best aku beli...rm22.90... beli online

SH: penulis die Indon
RH: a'ah
RH: aku search tadi.....utk review je
RH: tetiba nmpk file pdf
RH: hahaha
RH: bahagian mana best baca

SH: full novel ke?
RH: a'ah full r
SH: tak sama la baca cmtuh ngan novel di tangan
RH: hehe tau
RH: baca dlm ni kene tumpuan habis
RH: hahah
RH: kalau buku leh baring2
RH: anyway....sbb ko dh ade copy dia...actually legal ko buat copy utk

personal...mean dlm bentuk pdf...so aku bg ko ...mana tau lupa bawak leh
baca....hehe
SH: "Ayat-ayat cinta" memangnya pintar mengheret kita menjejaki - malah

menghidu perhubungan Fahri (Indon) dan Maria (Mesir) secara penuh
mengajar, menhantar isyarat dan kebijaksaan baru melalui perhubungan
sopan antara insan dua negara"
SH: ko tau tak sape yg quote kata2 tuh

RH: sapa?
SH: A.samad said
RH: oooo
SH: aku bli buku ni sebab a.samad said pun baca
SH: lepas first page, terus tak letak dah
RH: actually buku ni mahal...tapi cetakan baru rm22.90
RH: mmg harga camtu eh?

SH: a'ah, aku bli semalam, btul harga die
SH: lagi satu buku Travelog Haji
SH: so aku dapat discount la


[Beli Online]
RH: aku nk beli online MPH ni
RH: 1-2 hari sampai
shanmea: bape shipping?
RH: lom tgk lagi
SH: owh...
SH: hmm aku mmg cari buku2 cmnih sekarang
SH: tapi susah nak cari
SH: kalo tak pun kat www.ameenbooks.com
SH: tapi 2 mnggu
SH: tp best sebab kadang2 ade buku baru yg penulis die sign

RH: selain mph ape eh
SH: www.ameenbooks.com
SH: kat situ sume byk buku yg susah nak mampos cari kat pasaran
SH: tak pun
SH: www.ujanailmu.com.my
SH: tu pun same
SH: tapi ujanailmu tu kat ampangan seremban


[Pengaruh]
SH: bg hadiah ni sunnah nabi
SH: hehe
SH: dah terpengaruh dah aku ngan ayat-ayat cinta
SH: semalam mintak tamar hindi kat mapley
SH: pening die cakap takde
SH: hehe

[Akhirnya]
SH: wei
SH: cepat ler anta novel pembangun jiwa tu

RH: hehe
RH: yela

Read more "ayat-ayat cinta..."

Free Dinner.. Again?


Free Dinner...

Dear team in KL,

Time to Celebrate !!
Team in KL has done an excellent job to transit operation from Chennai to KL in very short time. Nov report operation had some hick ups. But with all your efforts, we delivered. Congrats !

Team in KL, please go celebrate the achievement. Your hard work is recognized and you deserve a celebration. Please continue the good job there. I wish i can be there with you soon.

I've asked Lyndsey to arrange a lunch/dinner to celebrate. Have FUN !!


Dear team in SG,

Work Hard ~
Team in SG is going for a dinner tonight. The purpose of the dinner for SG is to take a short break from hard working month end with many challenging deliverables in few days. I truly appreciate team in SG's effort and hard work to drive the results. The deadline is tight and task is not easy. I trust we all here to deliver together.

One person's success is team's success.
One person's commitment is team's commitment.
When one person fails, we all fail.

Team in SG, let's have a break tonight.

Team in KL, trust you will have a great time soon too.

It will be a transforming year for Sales Information Mgmt (SIM is our team) in FY08. Let's work together to create great results.

Best Regards,

Yenni Wu



Tanya balik : Kenapa saya suke kerja saya??
Jawab balik : Sebab dia beeesssttt.............! Read more "Free Dinner.. Again?..."

Wednesday, November 28, 2007

Dr.Syeikh belajar dalam Bahasa Melayu

“Bahasa Melayu telah menjadi alat perhubungan dan pengucapan bermakna sejak zaman Kesultanan Melayu lagi. Jangan lupa catit Francois Valentyn dalam bukunya Aud en Nieuw II Del V bahawa pada akhir abad 17 dan abad ke 18, bahasa Melayu adalah bahasa yang paling bermartabat di seluruh kota pelabuhan di kepulauan Melayu. Jika seseorang tidak mengetahui bahasa Melayu seolah-olah dia tidak mengerti apa-apa pun.
Bahasa Melayu telah mendapat perhatian luar biasa seawal tahun 1522. Ini bukan fakta main-main. Siapa dalam kalangan kita yang tidak pernah mendengar nama Antonio Pigafetta, seorang pelayar berbangsa Itali dari Vicenta yang telah menyusun sebuah kamus kecil hasil penjelajahannya di laut Melayu selama tiga tahun. Kamus tersebut bernama Vokabell De Quedti Populi Mori. Pigafetta belayar bersama pelaut Barat yang tersohor si Ferdinand Magellan. Tentu, daftar kata Melayu itu hanya berjumlah 400 patah perkataan tetapi ia membuktikan bahawa bahasa Melayu adalah sebuah bahasa yang agung dan perkasa hingga menggiurkan orang Barat”


Rindu Ini Luar Biasa ~ Faisal Tehrani
Read more "Dr.Syeikh belajar dalam Bahasa Melayu..."

Baca


Aku bukan orang sastera.
Tapi aku menggemari sastera. Itu tidak salah, bukan?
Biar orang kata itu jiwang dan ini jiwang.
Aku tak pernah peduli.
Ini bukan jiwang, kawan.
Inilah sastera, seni dan budaya kita.
Hati aku memang mudah menggemari bacaan sastera.
Penulis favourite ku Faisal Tehrani dan terbaru, Isa Kamari.
Aku bosan dengan novel-novel picisan yang ada.
Maaf. Aku tak termasuk 'geng' alaf21, walaupun aku agak menggemari RamleeAwangMurshid.
Tidak. Aku bukan pembenci novel Inggeris. Malah aku membesar dengan siri FearStreet-RL Stine dan tatkala umurku mencecah 12 tahun, aku telah mula membaca dan mengumpul SidneySheldon's.
Minat membacaku semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.
Mulanya begini.
Aku hanya ingin mengisi masa lapang ketika menaiki tren pergi dan pulang dari tempat kerja.
40+40=80 minit. Itulah jumlah masa yang aku ada untuk membaca.
Memang pelik apabila memikirkan aku dapat berdiri tanpa bergerak dengan sebuah buku di tanganku selama 40 minit.
Ingin saja aku jeritkan kepada semua penumpang tren surah Al-Alaq ayat 1-5.
Ya, memang ada segelintir Melayu yang memegang buku di tangan.
Tapi sayang, bukan buku ber Bahasa Melayu.
Mungkin bukan hariku untuk berjumpa orang Melayu yang membaca buku Bahasa Melayu di dalam tren.
Itu aku tidak tahu.

Ayuh kawan-kawan.
"Bacalah dengan nama Tuhanmu..."
Read more "Baca..."

Layannnnn~~


Tombo Ati - Opick


Read more "Layannnnn~~..."

Tuesday, November 27, 2007

Baru

New layout.
Simple as it is.
Like it or just close. Read more "Baru..."

Thursday, November 22, 2007

king16

Busy.
Not in the mood to write.
Dengar lagu dalam blog ni.
Khas untuk pembaca setia - kak raja.
Enjoy.. Read more "king16..."

Wednesday, November 21, 2007

::Biasa sahaja::

30 Days Of Nights

Di Alaska, setiap kali tiba musim sejuk, matahari tidak akan muncul sehingga 30 hari. Musim sejuk kali ini akan diingati oleh beberapa orang penduduk yang mengalami pengalaman paling mengerikan di dalam hidup mereka. Bayangkan anda hidup 30 hari tanpa matahari, semua perhubungan komunikasi dimatikan, termasuk yang menggunakan satelit, semua perhubungan melalui jalan udara tiada, pendek kata anda hidup di dalam bandar yang terpisah dari dunia luar. Tidak tahu apa yang terjadi di luar, dan mereka di luar sana tidak tahu apa yang terjadi kepada anda. Dan anda diancam bahaya pontianak yang bermaharajalela.

"Vampire didnt exist"

"Let them know we're not a legend"

Pendek kata, filem ni pasal pontianak bijak yang hisap darah. Typical kan? Sama sahaja seperti filem-filem lain. Sad ending story - which i dont like!! Huhu~

Read more "::Biasa sahaja::..."

Monday, November 19, 2007

Delicious meal at DeLiciOus



Aku nak tambah apa yang aku suke tentang tempat keje baru ni. Ready??


Celebrating Birthday Bash!!!!!!


Tarikh : 19 Nov 2007

Masa : 12-2.30pm (exceed lunch hour.. ngeh ngeh)

Tempat : Delicious Restaurant at Bangsar Village


Celebrating birthday November and December babies..

Makan dan makan dan makan..


Aku order :


Main :

~Sambal Tumis Udang set (dengan nasik putih, keropok ikan, kerabu nenas dan SERUNDING DAGING).

Aku suka sangat sebab pedas dan sedap!! Mula-mula aku rasa sambal tu aku dah tau diorg pakai serbuk cili dari India. Terasa sangat cili dia dan terus aku meneruskan suapan aku walaupun sebenarnya perut aku dah penuh dengan mushroom soup. Decoration sangat kreatif sebab sambal udang tu diorang masukkan kat dalam kulit jantung pisang yang dari jauh nampak macam sampan. Serunding daging pun sangat sedap!! Lazat.


~Mushroom soup

Aku tak suka mushroom soup. I used to. But Delicious's Mushroom Soup telah mengubah seleraku terhadap mushroom soup. Sedap siot!! Bukan ape, diorg guna cendawan jepun yang kaler itam tuh.. Mushroom yang kaler putih tuh diorg tabur dalam soup tuh. Wahahhaha.. Memang maveles ler!!!


~Death in Iced Chocolate

Ini minuman yang aku order. Aku memang hantu coklat. Pagi ni je dah belasah 2 paket kinder bueno. Dalam iced chocolate ni ada 3 lapis, lapisan yang pertama, satu scoop vanilla ice cream, lapisan kedua creamy (macam susu la) and the third one, chocolate cair.. memang meleleh beb~ seriously delicious..


So, harga untuk semua ni,

Sambal Udang RM9.90.

Mushroom soup rm9.90 and

iced chocolate, RM7.00.


The best thing is, i dont have to pay~~!! *Ngeeee*


TAnya balik : KEnapa saya suka kerja saya??
JAwab balik : Sebab dia best!!


*waiting for 4.30pm for the birthday cake, Haegen Dasz ice cream cake*

Read more "Delicious meal at DeLiciOus..."

Haji Mabrur

"Dan serulah manusia supaya mereka mengerjakan haji, nescaya mereka akan mendatangimu dengan berjalan kaki dan menunggang kenderaan berjenis-jenis unta yang kurus. Mereka datang dari seluruh pelusuk rantau yang jauh supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah bagi mereka, serta mereka dapat mengingati dengan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu dengan sebab Allah telah mengurniakan mereka binatang-binatang ternakan untuk dijadikan qurban."
(Al-Haj ayat 27 hingga 29)
Selalunya solat jemaah zohor hanya ada 1 saf setengah jemaah. Semalam tiba-tiba bertambah kepada 3 saf (dah kira baik). Kenapa ya? Oh.. ada kenduri rupanya. Kenduri doa selamat. Semua lelaki.
Di Johor pada tarikh tertentu, kenduri orang pergi haji ada jugak. Mereka panggil marhaban. Sayu hati melihat hadirin menangis ketika doa dibacakan. Terus saja rindu pada tempat itu. Bumi waqafan bumi bertuah. Kerana begitu banyak sekali mutiara yang dapat dikutip, buat bekalan di hari mendatang.
Marhaban itu? Ya, semua wanita.
Menarik.
"Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak"
Read more "Haji Mabrur..."

Friday, November 16, 2007

Sakit itu natijah dosa

Salam semua.
Aku dah sihat (Sambil menelan antibiotik yang terakhir).
Terima kasih kawan-kawan atas email, sms dan panggilan telefon.
Aku dah sihat.
Moga dosa-dosa kecilku digugurkan.
Amin.
Read more "Sakit itu natijah dosa..."

Monday, November 12, 2007

Layu

Hari isnin. Hari bosan. Kira. 1,2,3,4 hari lagi untuk hari jumaat. Arghh... aku memang suka cuti.

Kenapa?

Cuti boleh lepak. Cuti buat aku gembira.

"Pergi kerja gomen la cmtuh!!" kata mereka.
"Ya", aku kata. "Tapi bukan sekarang". kata aku lagi.

Otak aku makin layu. Kenapa? Dah lama tak guna? Ya agaknya. Sudah 1,2,3,4,5,6 bulan aku 'berhenti' belajar. Tak, bukan yang itu. Maksud aku, berhenti memerah otak.

"Kau kan tengah kerja? Tak pakai otak ke?" tanya mereka. "PAkai, tapi tak heavy macam masa study dulu." aku jawab.

Ya, aku sedang baca buku FT - Tuhan Manusia. Dah masuk 2 minggu. Tak habis lagi. Otak aku memang tak boleh terima heavy reading sekarang. Tapi buku FT - TM memang menarik. TM memang suruh aku pakai otak. Baca-analisa-ulas. Kerja pakai otak buat aku teruja. SEronok bila dapat selesaikan satu-satu kerja. Ini hasil kerja aku. MAcam tu la.

Aku rasa aku perlu bangkit semula. Fikirkan semula masalah negara. "Poyo". Tak la, cuma mahu bangkitkan semangat pakai otakku semula. Itu pun salah ke??

Aku dengan azam baru. TM akan aku habiskan sehingga hujung minggu ini. Awak yang bernama kekasih, jangan ganggu saya hujung minggu ini. Pergi stand-by, ok? Bagus, awak memang kekasih yang comel!
Read more "Layu..."

Untuk lelaki

Untuk lelaki~
9 perkataan yang sering digunakan wanita... the fact is .. it is TRUE!! *ngeee*
  1. "Baiklah" : PErkataan ini digunakan oleh wanita untuk mengakhiri pertengkaran apabila mereka benar dan anda perlu diam.
  2. "5 minit" : Jika wanita sedang bersiap, ini bermakna setengah jam lagi. 5 minit hanya bermaksud anda diberikan masa selama 5 minit untuk menonton perlawanan di tv sebelum disuruh mengemas rumah..
  3. "Takde pape" : KAta-kata ini hanyalah kata-kata penenang sebelum ribut yang sebenar muncul. PErkataan ini sememangnya mempunyai maksud tersirat. Dan anda perlu bersedia. Pertengkaran yang bermula dengan tidak ada apa-apa Selalunya berakhir dengan ringkas.
  4. "Buatlah!" : Ini adalah satu cabaran, bukan kebenaran untuk anda meneruskan apa sahaja niat anda. Jadi, jangan buat!
  5. Keluhan Kuat : Ini adalah sebenarnya sepatah kata, malah adalah satu pernyataan bukan lisan yang juga sering disalahertikan oleh lelaki. KEluhan kuat bermakna dia sedang menganggap anda adalah bodoh dan hairan mengapa dia mensia-siakan masanya dengan berdiri di sini dan bertengkar dengan anda mengenai hal yang tidak penting. (rujuk kembali untuk #3 untuk makna "takde pape".)
  6. "Takpe.." : Ini adalah kata-kata yang paling bahaya dari wanita kepada lelaki. 'Takpe' bermaksud wanita tersebut sedang berfikir dengan mendalam sebelum membuat keputusan bila dan bagaimana anda akan membayar untuk kesalahan yang anda telah lakukan. (Dendam)
  7. "TErima kasih" : Seorang wanita sedang berterima kasih kepada anda. Jangan bersoal jawab atau pengsan. Jawab je 'Sama-sama'.
  8. "APe-ape ajelah!" : Cara wanita untuk berkata 'Sial kau'.
  9. "Jangan risau, saya dah buat/ saya faham" : Satu lagi kata-kata yang merbahaya, bermaksud wanita itu telah berkali-kali memberitahu lelaki untuk melakukan sesuatu tetapi tidak diendahkan lelaki tersebut, dan dia kini melakukan perkara tersebut sendiri. Contoh : Kemas rumah atau basuh pinggan mangkuk. Ini kemudiannya akan menyebabkan lelaki itu bertanya "Apa yang tak kena dengan awak ni?" Dan wanita tersebut menjawab seperti nombor #3.
Read more "Untuk lelaki..."

Friday, November 09, 2007

Game ORang Lemah Fizikal

G.O.L.F
Masa : 9pg-10pg
Tempat : PAdang Golf UPM
Peserta : ORang-orang lemah fizikal (ngeh ngeh)

*peserta bersiap*

*lain-lain peserta lemah fizikal*

*pukul bola jauh-jauh lepas tu suruh orang lain kutip*

*terkecuali dari lemah fizikal*

Walaupun game nih bosan, yelah, pukul-pukul bola, lepas tu ada orang kutip, kan lagi thrill kalau pemukul bola tu kutip sendiri, yang sangkut-sangkut kat pokok tu, kena amik sendiri. Bola yang jatuh dalam semak tu pun kena amik sendiri , lepas tu bila dapat bola tu, dapat hadiah rm10 satu bola. LAgi adventure lagi susah masa nak cari bola tu, lagi tinggi hadiah dia. ha.. baru la thrill! Tapi elok jugak, buleh lepak sonok2, tengok pakcik-pakcik (err.. uncle-uncle la. tak vouge la panggil 'pakcik'! pastikan anda tidak salah sebut - vouge = vog bukan voge. Aku sula sekor-sekor karang) tunjukkan skill masing-masing. Dan paling best dapat spend masa dengan awak. Lame dah kita tak pergi main golf sama-sama kan? *ngeeee*

Read more "Game ORang Lemah Fizikal..."

Wednesday, November 07, 2007

Kita lihat : Apa kata survey????

1. Kau suka makan petai tak?
*suka*
2. Pandai duduk bersila tak?
*lebih dari pandai*
3. Ini survey Bahasa Malaysia yg keberapa kau jawab?
*pertama*
4. Kau mandi pakai sabun ke, pakai gelmandian?
*gel*
5. Clubbing tu haram ke?
*haram jadah*
6. Baju apa kau pakai skrg?
*baju kebangsaan*
7. Mid Valley ke Times Square?
*mines*
8 . Pukul berapakah kau masuk tido smlm?
*10 malam* Giler penat.. aihhh..*
9. Apakah berita yg plg kecoh berlaku skrg ni?
*PAsal datuk ramli si polis*
*PAsal perhimpunan UMNO*
*Pasal dr.sheikh angkasawan negara*
10 . Pernah minum Ali Cafe? Untuk apa?
*penah*saje nak rase*yarkss!!
11 . Warna kegemaran kau?
*ungu + putih*
12. Cinta itu...
*pelik*
13. Negeri manakah di Malaysia kautidak pernah kunjungi?
*sabah dan sarawak*
14. Pak Lah ke Dr. M?
*Dr.Sheikh.. Err.. Ntah.*
15. Di sekolah rendah, kau tergolong budak kategori apa?
*budak sekolah*ler
16. Kau rasa kau baik hati x?
*baru-baru nih dah berubah jadi kejam*
1 7. Kumpulan muzik paling kau minat?
*local or international?*
18. Kau tgk Bersamamu x?
*rancangan yang paling aku benci*
19. Kalau kau tiba2 rasa nk mencaci,apakah perkataan kegemaran kau?
*sh*t*
20. Namakan dua benda yg kau benci pasal KL.
*komuter delay*bangla busuk*
21 . Pelakon lelaki tempatan kegemaran kau
*fahrin ahmad*
22. Pelakon wanita tempatan kegemaran kau pulak?
*sheila rusli* ha..gelak.. gelak..
23. Maya Karin ke Nasha Aziz?
*Nasha Aziz*
24. Tempat kau selalu melepak (selain pusat membeli-belah) dgn rakan-rakan?
*downtown night market*
25. Adakah kau gembira ketika ini?
*bosan*
26. Kenapa?
*sebab aku tgh jawab survey bosan*
2 7. Dimanakah kau dilahirkan?
*dewan bersalin*
28. Apakah yg kau akan lakukan selepas ini?
*publish post ini*
29. Apakah yg kau lakukan hari ini?
*teruskan hari yg membosankan* bagila idea*
30 . Apakah menu kau malam tadi??
*saya tak makan malam tadi* tido itu lebih penting*
31. Suka menyanyi?
*Tak*
32. Rendang ayam ke rendang daging?
*Rendang Tok*
33. Bilakah kau hendak mendirikan rumah tangga?
*Bulan disember tahun nye tak tau bile*
34 . Kau rapat dgn ayah atau emak?
*same aje*
35. Survey ni seronok atau bosan?
*bosan!*

kau telah ditagged! sila buat survey diatas. PAdan muka.. haha

Tagged :
~nurul~
~azie~
~kak raje~
~reezwan~
~ilyn virgobiru~
tu je.. yang lain tuh aku kasik survey lain.
Read more "Kita lihat : Apa kata survey????..."

Tuesday, November 06, 2007

Surat cinta


Surat rasmi untuk Datuk Chan Kong Choy

Hari ini aku naik komuter lagi. Hari-hari naik komuter. Hari-hari naik komuter. Naik komuter hari-hari. Tapi, hari-hari pun adalah sama saje. Seksaan ini tidak dapat ditanggung lagi, maka lahirlah surat ini. Ini adalah perenggan intro.

Mungkin aku yang tak faham sistem komuter, atau memang komuter sebegitu keadaannya? Mengapakah kamu selalu mendelay-delaykan perjalanan komuter. Delay komuter itu adalah bermaksud selama 20 minit. Itu pun masa peak hours. Ketika sume org nak balik cepat. APekejadahnye semua ini?? Ini adalah perenggan isi pertama.

Tggu la situ lama-lama. Lama-lama tggu situ.. Smpai penuh manusia kat platform, lepas tuh hangkut sekali sume. Apekehei??

Sexual harassment berlaku dimana-mana. termasuk dalam komuter. PEndatang asing nih pun satu hal lagi. Igt nih macam kat negara diorg?? Naik smpai ke bumbung?? Tolak sane tolak sini. Ibu megandung pun boleh terberanak kat situ. Ish ish ish.. Apekejadahnye semua ini?? Ini adalah perenggan isi kedua.

Aku harap kamu turun padang untuk lihat sendiri keadaan ini. Bukan turun padang bola nak support myteam *yang kalah dengan indon haritu* tapi turun ke platform stesen kuala lumpur, stesen kl sentral atau stesen midvelly (stesen nih tak ptut ada). Lihat sendiri. KAlau buleh, rase sendiri, betapa menariknye. Pengalaman tu kalau dulu hanya dpt tgk kat oversea je.. *india, indon, bangla* Tapi sekarang buleh tgk kat mesia gak, tanah tumpah darahku, negarakuku.. ku ku ku ku.. (reshmonu kate). Jadi aku rase bleh wat satu tarikan pelancong utk datang. Jadi surat ini ditujukan pada RAis YAtim jugak . Aku dah merepek. Ini adalah perenggan penutup.

*Aku tengah hafal nama menteri..
Read more "Surat cinta..."

Friday, November 02, 2007

Kenapa Saya Suka Kerja Saya


Kenapa saya suka kerja saya?

Sebab die bessssttttt..

Kenapa die bessstttt?

Sebab :
  1. Kompeni besar. MNC. Talk about job security.

  2. Ada bas dari KL Sentral - Opis. Its free. Talk about saving budget and time consuming.

  3. Kerja tak susah. No more programming. No more working till late at night. No more tensen-tensi. Talk about satisfaction.

  4. Ada breakfast. Everyday. Free. I love wednesday. Kenapa? Sebab wednesday heavy breakfast. Perut penuh sampai lunch time. Talk about saving budget.

  5. Flexible. No punch in-out. Talk about satisfaction.

  6. Very high-tech. Everything online. Using Netmeeting. Talk about experiences and exploring.

  7. Laptop. Free. Talk about benefits and beeeessst.....!

Tanya balik : Kenapa saya suka kerja saya?
Jawab balik : Sebab die beeesssst.....





Read more "Kenapa Saya Suka Kerja Saya..."

Thursday, November 01, 2007

H::A::W::A


'Tanda orang beradat, elok perangai sempurna sifat'
'Tanda orang beriman, perangai elok bicaranya sopan'
'Tanda orang berilmu, cakapnya tidak menyingkap malu'
'Tanda orang terpuji, bercakap tidak mengeji'
'Berbicara tidak memfitnah, menyanggah tidak menyumpah'


Read more "H::A::W::A..."
 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks