Thursday, August 02, 2012

Di sebalik dugaan ada kesenangan

Syukur Alhamdulillah..
Syukur pada Mu Ya Allah..

Atas dugaan yang Kau turunkan buat kami.

Disebabkan dugaan itu, aku makin jelas akan kesilapanku selama ini.
Kesilapan yang aku tidak sedar sama sekali.

We've been here for almost 3 years. Yet, I still dont understand

certain things. Tapi bila Kau uji aku sedemikian rupa, seolah-olah

mengetuk terus kepala aku direct to the head.

Ok. Aku memang tak boleh nak cerita panjang.

Cuma, bila dugaan sebegini datang sekali sekala.. membuatkan aku

semakin sayang pada anak dan suamiku.

Hubungan semakin rapat kerana ketika itulah baru diluahkan segala

yang terbuku di hati. Yang mendengar, menerima dengan hati terbuka.

Yang bercakap, meluahkan dengan perasaan berhati-hati.

Mungkin.. mungkin.. Semua ini MESTI berlaku untuk sedarkan aku dan

suami betapa kami masih punya banyak masa untuk melengkapkan satu

sama lain.



 Dalam pada itu, kami tetap menerima berita gembira.

Ayham akan dapat adik!

Huh, so fast? Tak la, bagi aku tak cepat, mungkin kerana anak

pertama merangkap cucu pertama, orang disekeliling tak sedar yang

Ayham dah besar!


















Kami menerima rezekiMu ini dengan penuh kesyukuran Ya Allah! :) Read more "Di sebalik dugaan ada kesenangan..."

Wednesday, June 06, 2012

Buang sawang

phewww... lama gila tak update blog.

sekarang sangat busy. 8-5 tu memang dah kerja tetap.

kemudian datang lagi 10-1 untuk kerja-kerja part time.

Fiuhh..

Then sabtu dan ahad sibuk dengan aktiviti itu ini, seminar itu ini sampai rumah pun tak sempat kemas *tampar diri sendiri*

Tapi kena fokus kan. Jadi sedang fokus. Sebab taknak la selama-lamanya hidup penat gila macam ni.




Kesian kat anak.

Bila balik rumah je, kalau kita tak layan sebab tengok tv *tengah layan Fahrin Ahmad kott* dia mula la datang dekat peluk-peluk ciumcium pipi. Uhu. Tu maksudnya dia nak perhatian.

Oh ye anak aku ni lain sikit. Dia tak buat perangai, dia buat baik dulu kalau nak perhatian.
Kalau tak layan jugak baru lah dia ambil mainan lepas tu campak ke bawah rumah *rumah saye tingkat 1*.

Terpaksa la ayah dia pegi kutip balik.

Jadi sekarang ni memang tengah berusaha keras untuk hidup relaks.

Hari tu dah cerita kat mak. Mak kan keramat hidup. Mak bagi restu tapi.. Ada tapi tau mak I ni.

Tapi jangan berhenti kerja! Kerja kerajaan kott.. hihi.

Yelah mak, nanti dah dapat bagi kat mak ribu-ribu ringgit sebulan baru berenti keje ye mak yeee.. hihihihi..

Ok berenti gelak, sila fokus.





Jadi aku rasa sekarang masa untuk on-job-training. Sebab aku percaya dengan kuasa tindakan.

11A dalam SPM sangat bagus.
Tapi kalau dalam bisnes, 11E lagi bagus.

Cuma taknak la dapat 11E kalau boleh dapat 11A.

Dulu aku tak boleh nak hadap kekalahan. But now, am trying to accept. As my sifu said, jadikan kerugian tu sebagai fees yang perlu dibayar untuk pengalaman berharga. Lain kali tak buat dah. Ye tak?

Anyway, orang tanya aku bisnes apa.

Aku buat macam-macam sebab tak tau apa yang suits dengan aku.

Tapi..

Sekarang dah jumpa satu yang betul-betul aku minat. So I have to go for it.

Nanti tau jugak sebab I mesti promot kat facebook I kan. Masa tu you all jangan tak beli pulak. Hihihihihih.....


*minggu depan nak ke terengganu.. cantik tak cantik tak??????

ok abaikan lelaki tersebut. Read more "Buang sawang..."

Tuesday, March 06, 2012

Sebut pasal impian dan angan-angan

Bila terlalu kerap update status facebook, jadinya sudah kering idea untuk blog.

Walaubagaimanapun.. harini aku cuba jugak nak update blog ni.

Actually nak sebut pasal passion. Aku ada 2 passion.

1) Berniaga
2) Hartanah

Yang pertama tu aku dah buat lama. Walaupun untung tak banyak, dan letih, tapi puas hati. Aku berniaga macam-macam benda, sebab aku tak tau lagi kat mana aku akan landing.
Tapi sekarang dah nampak sikit-sikit, apa yang aku boleh jual. Jadi aku akan teruskan. InsyaAllah.

Yang kedua tu, aku baru je buat. Baru ada 1 rumah untuk pelaburan. It's a long journey anyway. Sebab rumah pelaburan pertama ni pun ambil masa 1 tahun lebih baru settle. Gila, kan?
Sekarang ni dalam pencarian rumah kedua untuk pelaburan. Rasa gian pulak sebab haritu dapat cash senang-senang je. Rumah orang lain bayarkan. Siapa tak gian? Uh!


Orang selalu kata aku ni terlalu kejar dunia. Tapi aku nak ingatkan, bukankah antara amalan yang dibawa ke kubur ialah sedekah jariah? Aku rasa bosan setiap kali nampak orang susah aku dapat bagi seringgit dua je. Lepas tu aku selalu sakit hati bila tengok rancangan tv anak-anak orang miskin yang bijak pandai tapi tak dapat teruskan persekolahan sebab tak cukup duit.

Jadi aku rasa terpanggil untuk tingkatkan pendapatan. Untuk keluarga dulu (mak ayah) dan kemudian komuniti terdekat. Bukan tiada di kalangan keluarga aku yang hidup susah, masih ada. Kalau dapat bagi mak ayah duit belanja 4 angka sebulan, siapa yang tak rasa puas? Dan kalau dapat menyumbang kepada komuniti sedikit sebanyak kepuasan itu ada.

Tapi sebelum sampai ke situ, ilmu kena ada, mentor kena ada. Aku dah ada mentor dalam hartanah. Cuma untuk berniaga aku perlukan mentor juga. Yang boleh marah aku, nasihat aku dan tunjuk aku jalan.

Sebenarnya aku sedang tunggu seminar 3 hari Dr. Azizan Osman. Haritu pergi ke Seminar Kuasai Potensi Diri tanpa suami. Jadi seminar 3 hari ni (IMKK) aku cuba tarik suami aku sekali. Bukan apa, penat sangat kalau buat benda ni sorang-sorang. Semoga dengan pengisian seminar tu nanti dapat ubah mind set suami aku 360 degree!

Harap-haraplah.

Kemudian, dengan kuasa tindakan dan izin tuhan, apa yang aku hajatkan akan kesampaian...

We will wait and see..

Chiao (entah bila lagi nak update). Read more "Sebut pasal impian dan angan-angan..."

Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday #5




Read more "Wordless Wednesday #5..."

Tuesday, February 28, 2012

Tapak Huiyoo Bazaar RM140 - Plaza Alam Sentral - 3&4 Mac.

  • Sangat sesuai bagi peniaga-peniaga online yang nak cuba berniaga secara offline.
  • Juga sesuai bagi mereka yang baru hendak berniaga dan sebagai salah satu cara promosi terutama homemade items seperti kek, kuih, semua jenis craft termasuk felt, jahit sendiri, seni halus dan lain-lain.
  • Juga sesuai untuk besarkan network dengan peniaga-peniaga lain kerana satu hari anda mungkin memerlukan mereka.
  • Harga yang sangat rendah ini membolehkan anda mencapai keuntungan maksimum disamping pengalaman berharga.
  • Kedudukan tapak (Booth 6) sangat strategik dan boleh dilihat di sini : http://huiyobazaar.blogspot.com/
  • Selesa - tempat berhawa dingin, meja dan kerusi (2 buah) disediakan. Surau dekat, tempat makan dekat.

Berminat?

Call 012-2486195. Siapa cepat dia dapat.


RULES from the shopping mall's management : BAJU KURUNG, BRIDAL ITEMS, TUDUNG and KAIN PASANG for baju kurung are strictly NOT ALLOWED..

Read more "Tapak Huiyoo Bazaar RM140 - Plaza Alam Sentral - 3&4 Mac...."
 
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks