Tuesday, July 21, 2009

Soalan-soalan cepu emas, perak dan gangsa.

Orang asyik tanya,

"Hey macam mana rasa dah kahwin?"

"Ada perubahan apa-apa?"

Aku paling pantang soalan ni, "Dah ada isi?"

Sebagai mendaulatkan bahasa malaysia, aku jawab, "ada.. kami memang bagai isi dan kuku.."

Sekarang ni memang pantang aku MC sikit, sakit perut sikit, walhal pegang perut sikit pun orang akan tanya soalan tu.

Soalan seterusnya yang juga membuatkan aku rasa nak bujang balik,

"Sabtu Ahad free? Datang la rumah, bawak album gambar kahwin ya.."

Memang sorry aku nak layan.. Nak tengok gambar, datang la rumah.

Lagi satu, orang akan tanya, "Dah pergi honeymoon? Honeymoon kat mana?"

Soalan macam ni biasanya aku jawab dengan sopan,"Aku tunggu tiket Bali dua hala dari engkau."

Aku sebenarnya tak rasa banyak perubahan setelah kahwin ni. Mungkin sebab kami masih tinggal berasingan dan aku hanya pulang ke rumah hujung minggu.

Sebab, sebelum kahwin pun aku bangun awal, lepas subuh buat sarapan untuk diri sendiri, lepas tu lepak-lepak kat ruang tamu sambil tengok tv. Itu juga aku buat lepas kahwin. Sabtu dan Ahad juga begitu.
Cuma kapasiti baju aku basuh dah jadi 2 kali ganda, dan bahagian aku masak juga dah jadi sekali ganda. Itu sahaja.

Satu-satunya perbezaan semasa aku bujang dan selepas aku kahwin ialah :
Mak aku dah tak tanya aku ada duit makan tak bila tiba hujung bulan!

Aku rasa, mungkin dia segan nak tanya kot? Erm.. =P

Note 1 : Gambar masih belum siap. Aku pun tak gelabah macam korang. Ish ish ish.
Note 2 : Hujung minggu aku penuh aktiviti sampai bulan puasa. Sila buat appoinment untuk datang rumah aku. Terima kasih.

Read more "Soalan-soalan cepu emas, perak dan gangsa...."
 
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks