Friday, August 27, 2010

♥ Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah ♥


Entry yang dipetik dari facebook ini (tak pasti sumbernya), khas untuk wanita suci bergelar ibu dan isteri tetapi mempunyai suami yang tidak bertanggungjawab (baca : laki tak gune). I have met a few and I think the number get higher each month. *sigh*sigh*


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama suami ,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..




~ALLAH knows BESt!~♥
Read more "♥ Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah ♥..."

Monday, August 09, 2010

Love letter



Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang.. banyak2 baca Al-Quran.

Juga...

Baca tafsir sekali. It is a love letter from Allah. Very calming!

Zaman moden ini, dah tiada alasan untuk tidak membaca Al-Quran.

Online version : Boleh selak-selak macam selak Al-Quran fizikal. Dan ada bunyi setiap kali selak.



Read more "Love letter..."
 
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks