Sunday, April 18, 2010

There is only one success--to be able to spend your life in your own way


Kadang-kadang kita tak sedar bahawa hidup kita diatur oleh seseorang. Kita lahir, ibu dan ayah bagi nama yang baik-baik. Kemudian kita belajar hingga peringkat tertinggi, ijazah atau yang lebih tinggi. tapi kita tak sedar, is this what we want? We want to live like this until we reached 50? Sure?


Sekarang tanpa sedar, orang suka cakap kat aku, "Oh senang la kau dah kerja kerajaan" which I think part of it is true but the other half is not. Why i said so?

Because I am a high achiever.

Semua orang ada impian. Dan aku letak target untuk capai pada umur 40 tahun nanti. And what is that?

Financial freedom.

Masa mula-mula masuk kerja dengan 'the best majikan ever' - kerajaan Malaysia, I think all the pencen and all the kemudahan will be enough for me. But, it is not. Aku tak puas, tak puas dengan kerja aku dan tak puas dengan hidup aku. So am I being greedy? I dont know, someone have to decide that.

So I did a little calculation. Dengan target 5k sebulan selepas bersara, aku tak rasa aku boleh capai kalau aku mengharap KWSP semata-mata. Pencen apatah lagi. Tak mungkin. So I need alternatives income and get rid of ALL the bad debts. Adoi, baru 25 years old dah banyak debt. Paling aku menyampah tentunya PTPTN *sigh*sigh*.

So I am 25 years old, so how much is my savings will be after I reached 58 years old? Kerja kerajaan sekarang memang lepas 58 years old baru dapat pencen. Pencen pun dalam 70% dari jumlah gaji akhir. Tolak GCR semua tu la. I am talking about monthly income ni.

So, what if aku simpan rm300 per month dalam ASB misalnya?

1 tahun : RM300 x 12 bulan = RM 3600
After 33 years, pada umur 58 tahun, dengan dividen 7% paling kurang, aku dapat kumpul lebih kurang RM 458,131.55. Rakyat Malaysia hidup lebih kurang sampai 70 tahun. So, untuk sampai ke umur 70 tahun, aku cuma boleh spend RM 458,131.55 / ((70tahun - 58 tahun) x 12 bulan ) = RM 3 181 sebulan which aku rasa sangat tak cukup.
So kalau aku start saving RM300 tahun depan ketika usia aku dah masuk 26 tahun, tentu nilai tersebut berkurang.

So the key is..

Start your saving NOW.

Sedar tak sedar, sebenarnya most of government servants cuma fikir setakat 58 tahun. Sebab fikir kerajaan akan tanggung semua selepas bersara. First day taklimat kerja lagi aku dah sedar one thing. All of that (pencen, tanggungan hospital), semua tu sebenarnya KEMUDAHAN, bukan HAK. Hak pekerja hanyalah gaji. Elaun pun bukan HAK, cuti juga bukan HAK. At least kalau kerja swasta, cuti adalah HAK pekerja. Jadi kalau kerajaan nak cut the annual leaves from 25 days per year kepada 12 hari je, memang boleh sangat-sangat. Apatah lagi kalau kerajaan nak tetapkan pencen hanya 20% misalnya dari gaji akhir. Memang boleh sangat-sangat. Jadi aku tak melatah bila bulan disember yang lepas kecoh mengenai kerajaan nak mansuhkan elaun tetap perumahan, sebab elaun tersebut adalah kemudahan, bukan HAK.

Aku dah rasa sangat susah masa aku mula-mula kerja dalam bulan 11 tahun lepas. Macam-macam masalah dengan bahagian sumber manusia menyebabkan gaji aku ditunda 3 bulan. And my savings habis bayar kat company lama. Nasib baik aku dah kahwin dan ada suami yang support aku. Dalam masa 3 bulan tu memang teruk. Aku jadi buntu sebab savings dah habis.

Tapi semuanya pengajaran buat aku dan suami. Eventhough I lost 70% monthly income berbanding salary lama aku, tapi aku force diri aku dan suami untuk saving lebih. Macam ekonomi dunia jugak, akan berlaku hiccups bila-bila masa dan masa tu kita tak tau nak buat apa.

Nanti dah ada baby maybe calculation akan jadi lain. Kena updates selalu mengikut keadaan kewangan.

I have start my savings dan kalau aku tak usik dividen tu, mungkin 5k tu akan tercapai (oh yes, with multi-stream of incomes - tak kira la pasif ke aktif ke...)

Dan tak lupa, zakatkan sikit hasil simpanan tu. Bukankah zakat itu membersihkan harta?

Mungkin ramai yang kata aku pentingkan wang dan tak pernah puas dan cukup dengan apa yang ada (pendek kata kufur nikmat), here is my answer :

Kalau duit tak cukup lepas bersara, takkan ada kebahagian dan perkara-perkara lain. Kita akan jadi lebih tamak. Kita akan mengharap anak-anak untuk belanja bulanan.

So start your savings now. Berhentilah dari berfikir kerajaan akan menanggung hidup kita setelah bersara kelak.

Cemerlang dunia, cemerlang akhirat :)

You choose...

Ameeenn~
Read more "There is only one success--to be able to spend your life in your own way..."
 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks