Wednesday, September 29, 2010

Akan ku Jumpa

Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti

Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

ku takkan pernah cuba berhenti

langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

kerna ku tahu akanku jumpa diriMu

dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

kulihat semua gembira

bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi

mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu


*kalau nak mp3, boleh email kat saye ye.
Read more "Akan ku Jumpa..."

Target baru



Macam nak beli iphone 4
Read more "Target baru..."

Thursday, September 23, 2010

Bila letih

FIRST TRIMESTER

First trimester memang sangat challenging.

Muntah-muntah, loya-loya, demam.

Tapi masih boleh kontrol dan masih boleh overcome.

Walaubagaimanapun, aku tak boleh kontrol betul yang satu ni.

Letih.

Letih yang bersangatan.

Aku boleh menepek tidur selama 12 jam tak sedar-sedar.

Bila bangun badan rasa letih lagi.

Aku cuba pula tidur sekejap-sekejap dalam 30 minit ke satu jam.

Bila bangun badan rasa letih lagi.

Aku mengadu pada kawan-kawan yang pernah pregnant, semua bagi jawapan yang sama,

"Biasalah, orang mengandung memang macam tu"

Kecuali sorang.

Nurul cakap dengan aku,

"Rasa letih dan bertenaga semua datang dari Allah. Jadi mengadu kat Allah supaya hilangkan rasa letih tu."

Aku setuju.

Satu petang bulan Ramadan yang lalu, aku ter-menonton rancangan Jejak Rasul.
Masa tu topik mengenai Serikandi Islam. Ustazah dalam program tu petik satu hadis.
Yang sebenarnya dah lama aku TAHU tapi tidak MENGHAYATI.

Dalam Hadis yang diriwayatkan Muslim daripada Abu Hurairah, katanya, "Sayidatina Fatimah meminta seorang pembantu daripada bapanya, Rasulullah, dan mengadu beliau terlalu penat bekerja. Jawab Rasulullah, "Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur."

Depan-depan TV tu aku terus cuba.

Subhanallah 33 kali

Alhamdulillah 33 kali

Allahuakbar 34 kali

Terus tarik nafas dalam-dalam.

Tak sampai 5 minit, aku terus bertenaga semula.
Sekurang-kurangnya sampai berbuka-lah.

Amazing kan? Memang tiada yang lebih baik dari segala tips dan pedoman yang datang dari Rasulullah sendiri.

Oh ya, aku ada minum Anmum. Tapi tenaga yang diberikan Anmum tetap tak sama dengan

Subhanallah 33 kali

Alhamdulillah 33 kali

Allahuakbar 34 kali

Terus tarik nafas dalam-dalam.

Sebab, kita tidak boleh bergantung pada makhluk.

Anmum adalah 'makhluk'. Yang beri kuasa pada Anmum adalah Allah juga.

Sama seperti kita nak mintak duit pada abang kita, tapi abang kita pun dapat duit dari ayah kita.

Jadi kenapa tak terus mintak pada ayah sahaja?

Sebab tu keluarga aku pelik kenapa aku macam tak kena morning sickness dan sickness sickness lain masa mengandung.

Cik kaunselor di Jabatan aku cakap, semua tu saikologi je.
Sebab tu ada sesetengah bakal ibu mengalami sindrom tu sebaik saja lepas tau dirinya mengandung (walaupun masa tu dah pregnant 4-5 bulan).
Memang penat-lah aku bersaikologi dengan diri sendiri selama 3 bulan ni.

Eh, tapi tadi kan dah bagi tips menghilangkan penat? (^^,)


UBAT JADI PANDAI

Ada juga kawan-kawan yang cadangkan makan itu dan ini supaya anak jadi pandai.

Kadang-kadang sampai sanggup belanja beratus-ratus selama 9 bulan mengandung.

Baguslah, tanda kita sayang anak.

Aku bukan taknak makan, tapi aku takut.

Takut hati aku bergantung pada ubat tersebut, terus lupa yang Allah juga bagi anak aku pandai nanti.

Cik Kaunselor aku cakap lagi,
"Anak ko degil ke tidak nanti bergantung pada ko baca Quran ke tak masa mengandung"

Sekali lagi, aku setuju.

Tapi aku tak tau apa yang akan berlaku. Aku pernah cakap dengan mak aku, kalau dapat anak lelaki, aku takut dia sayang bini dia lebih.

Jauh betul aku fikir, kan?

Mak aku cakap,

"Kalau nak anak yang setia pada ibu dan ayahnya, baca banyak-banyak Surah Luqman"

Mak aku macam tu lah. Walaupun dia dalam medical line, tapi nasihat dia semua macam tu. Memang tak pernah dia suruh aku makan itu ini untuk anak jadi baik pandai dan cergas. Balik-balik, kena kat aku.

Sekali lagi, aku setuju.

.....

.....

.....

Oh, menaip lama-lama aku dah rasa penat pulak.

Subhanallah 33 kali

Alhamdulillah 33 kali

Allahuakbar 34 kali

Terus tarik nafas dalam-dalam.


Alhamdullillah, kepada Allah juga kita mengadu! Read more "Bila letih..."

Tuesday, September 21, 2010

"Wahai wanita solehah.."

"Wahai wanita solehah..

Jangan risau akan jodohmu,

kerana muslimin yang bijaksana itu,

tidak akan terpaut pd wanita hanya kerana kecantikan

atau lirikan senyum,

pada bicara manja yang mengoda,

atau pada pujuk rayu seorang wanita yang

meruntuhkan imannya,

Sesunguhnya lelaki itu adalah peminpin kepada wanita,

andai belum sampai jodohmu,

anggaplah bahawa lelaki yang sedang engkau nantikan itu,

sedang menbina sahsiah kepimpinan dirinya,

bagi memimpin dirimu.

Kerana pada wanita itu,

pasti ada kekurangan dan kelak

lelaki yang benar-benar layak

pasti akan hadir untuk melengkapkan

kekuranganmu~

Read more ""Wahai wanita solehah.."..."

Monday, September 20, 2010

Since 12 weeks ago



Tak suka..
1. Tak boleh sejuk sangat, mesti nak muntah

2. Tak suka sangat-sangat bau perfume wanita, mesti nak muntah.

3. Tak suka makan kat luar, terutama ala carte sebab mesti terbayang tukang masak letak ajinamoto banyak-banyak, mesti nak muntah (walaupun my favourite food stall kat bangi)

4. Tak boleh jalan dan berdiri lama-lama, kepala jadi pening. Jadi dah tak suka shopping (apa la nak buat kat bandung nanti)

5. Tak suka sesetengah orang. Sangat senang tak suka orang sekarang. Aish.


Suka..
4. Disebabkan no.3, jadi sangat suka masak, siap buat jadual nak makan apa untuk breakfast, lunch and dinner untuk seminggu (walaupun tak larat sangat nak berdiri lama-lama)

5. Sangat suka ikan! Walaupun tak boleh bau hanyir ikan (muntah sekali). Dah beli stok ikan (Siakap, ikan merah, selar dan tongkol). Mak tanya ini nak makan sebulan ke? Ngeh ngeh ngeh.

6. Suka bau buku (walaupun tak baca). Sangat suka pergi MPH Alamanda untuk bau buku je.

7. Revert to number 2, sangat suka bau perfume lelaki termasuk bau minyak rambut lelaki.


That was since 12 weeks ago. Harap-harap cepatlah saya menjadi manusia normal semula.

Aish. Read more "Since 12 weeks ago..."

Tuesday, September 14, 2010

Think and Grow Rich


In my journey to financial freedom, I have read many books of inspirational stories, motivation, personal finance guide and everything that will help me to achieve my dream.


But..


Nothing can match this special book :

I bump into this book while at the MPH, Alamanda. I have read the soft copy (e-book) version but reading the hard copy (the real book) is much more fun!

The book shows me what I have to have in myself and my brain to makes me able to reach my dream. It definitely change the way I think of life and people around me.

There are 13 steps towards riches (I likely more to say dream than riches! =))

1. Desire
2. Faith
3. Autosuggestion
4. Specialized knowledge
5. Imagination
6. Organized planning
7. Decision
8. Persistence
9. Power of the mastermind
10. The mystery of sex transmutation
11. The subconscious mind
12 The brain
13. The sixth sense


This is a classic book. Age 65 years old, many have read the book and become inspired by the stories. One of them is Irfan Khairi. And it still relevant in this modern world. I took my time to read each pages so that I wont miss anything.

And..

It is not just for people who wanted to be rich. It is for the people who have a big dream but do knot know how to start and how to be strong in a negative environment which will stop you from stepping towards your dreams.

I would like to have my sis as an example. She is a bright student, entering one of the most prestigious school in Malaysia. First when she enter the boarding school, my father disagree because she did not given any choice but to be in art stream. She have to learned accounting, business-type-of-studies for her SPM.

When I asked her, she wanted to stay because she love accounting so much since she was 14 years old. My father have a different vision. He want her to take science stream so she can be a doctor one day. She is bright and I have no doubt she can be a good doctor one day.

But I encourage her to do what she WANT, what she LIKES because I always believe in 'passion will drive you better'.
Now she is the second best student out of 4 classes in the school. I know she will be doing well and be a good accountant one day (even though I hasut her to be a lawyer instead! ngeh3.)


The key word is..

DESIRE. BURNING DESIRE.

The word desire is fully define in the first chapter. It started with a story of Edwin C.Barnes who really wanted to be Thomas Edison's business partner. (Kill yourself if you didn't know who is Thomas Edison!).
Barnes said :
"There is but ONE thing in this world that I am determined to have, and that is a business association with Thomas A. Edison. I WILL BURN ALL BRIDGES BEHIND ME, AND STAKE MY ENTIRE FUTURE ON MY ABILITY TO GET WHAT I WANT".

So, if you wanted to be a doctor, don't care what others said. If you want to be an accountant, don't care what others said.

Back to the wonderful book, Think and Grow Rich, maybe you will ask me what is the price of this book?

It is only RM 29.90. That is the amount you have to invest. Comparing to the impact it gives me, the value of RM 29.90 is so cheap!

Invest in knowledge - that is first.

Read more "Think and Grow Rich..."
 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks