Thursday, September 23, 2010

Bila letih

FIRST TRIMESTER

First trimester memang sangat challenging.

Muntah-muntah, loya-loya, demam.

Tapi masih boleh kontrol dan masih boleh overcome.

Walaubagaimanapun, aku tak boleh kontrol betul yang satu ni.

Letih.

Letih yang bersangatan.

Aku boleh menepek tidur selama 12 jam tak sedar-sedar.

Bila bangun badan rasa letih lagi.

Aku cuba pula tidur sekejap-sekejap dalam 30 minit ke satu jam.

Bila bangun badan rasa letih lagi.

Aku mengadu pada kawan-kawan yang pernah pregnant, semua bagi jawapan yang sama,

"Biasalah, orang mengandung memang macam tu"

Kecuali sorang.

Nurul cakap dengan aku,

"Rasa letih dan bertenaga semua datang dari Allah. Jadi mengadu kat Allah supaya hilangkan rasa letih tu."

Aku setuju.

Satu petang bulan Ramadan yang lalu, aku ter-menonton rancangan Jejak Rasul.
Masa tu topik mengenai Serikandi Islam. Ustazah dalam program tu petik satu hadis.
Yang sebenarnya dah lama aku TAHU tapi tidak MENGHAYATI.

Dalam Hadis yang diriwayatkan Muslim daripada Abu Hurairah, katanya, "Sayidatina Fatimah meminta seorang pembantu daripada bapanya, Rasulullah, dan mengadu beliau terlalu penat bekerja. Jawab Rasulullah, "Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur."

Depan-depan TV tu aku terus cuba.

Subhanallah 33 kali

Alhamdulillah 33 kali

Allahuakbar 34 kali

Terus tarik nafas dalam-dalam.

Tak sampai 5 minit, aku terus bertenaga semula.
Sekurang-kurangnya sampai berbuka-lah.

Amazing kan? Memang tiada yang lebih baik dari segala tips dan pedoman yang datang dari Rasulullah sendiri.

Oh ya, aku ada minum Anmum. Tapi tenaga yang diberikan Anmum tetap tak sama dengan

Subhanallah 33 kali

Alhamdulillah 33 kali

Allahuakbar 34 kali

Terus tarik nafas dalam-dalam.

Sebab, kita tidak boleh bergantung pada makhluk.

Anmum adalah 'makhluk'. Yang beri kuasa pada Anmum adalah Allah juga.

Sama seperti kita nak mintak duit pada abang kita, tapi abang kita pun dapat duit dari ayah kita.

Jadi kenapa tak terus mintak pada ayah sahaja?

Sebab tu keluarga aku pelik kenapa aku macam tak kena morning sickness dan sickness sickness lain masa mengandung.

Cik kaunselor di Jabatan aku cakap, semua tu saikologi je.
Sebab tu ada sesetengah bakal ibu mengalami sindrom tu sebaik saja lepas tau dirinya mengandung (walaupun masa tu dah pregnant 4-5 bulan).
Memang penat-lah aku bersaikologi dengan diri sendiri selama 3 bulan ni.

Eh, tapi tadi kan dah bagi tips menghilangkan penat? (^^,)


UBAT JADI PANDAI

Ada juga kawan-kawan yang cadangkan makan itu dan ini supaya anak jadi pandai.

Kadang-kadang sampai sanggup belanja beratus-ratus selama 9 bulan mengandung.

Baguslah, tanda kita sayang anak.

Aku bukan taknak makan, tapi aku takut.

Takut hati aku bergantung pada ubat tersebut, terus lupa yang Allah juga bagi anak aku pandai nanti.

Cik Kaunselor aku cakap lagi,
"Anak ko degil ke tidak nanti bergantung pada ko baca Quran ke tak masa mengandung"

Sekali lagi, aku setuju.

Tapi aku tak tau apa yang akan berlaku. Aku pernah cakap dengan mak aku, kalau dapat anak lelaki, aku takut dia sayang bini dia lebih.

Jauh betul aku fikir, kan?

Mak aku cakap,

"Kalau nak anak yang setia pada ibu dan ayahnya, baca banyak-banyak Surah Luqman"

Mak aku macam tu lah. Walaupun dia dalam medical line, tapi nasihat dia semua macam tu. Memang tak pernah dia suruh aku makan itu ini untuk anak jadi baik pandai dan cergas. Balik-balik, kena kat aku.

Sekali lagi, aku setuju.

.....

.....

.....

Oh, menaip lama-lama aku dah rasa penat pulak.

Subhanallah 33 kali

Alhamdulillah 33 kali

Allahuakbar 34 kali

Terus tarik nafas dalam-dalam.


Alhamdullillah, kepada Allah juga kita mengadu!

2 orang telah menjerit:

cherish said...

hawa...
sgt setuju dgn saranan tasbih tue=D

skng stiap hari apa sj kamu wt dgn sabar..insyaAllah dijanjikan pahala...bestnye...hehe
dats y anak sgt tidak blh derhaka pd ibu kan kan =)

-liyana khairuddin-

hawa said...

salam liyana!!! sejak kawen lame tak dgr cite!
ada berita baik ke? hehe.. sekarang kat mane ye? update sikit!

 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks