Thursday, March 24, 2011

Bersamamu TV3 : Kemiskinan Bukan Satu Hiburan

Aku memang dah lama tak suka dengan rancangan Bersamamu TV3 (sejak dari episod pertama lagi).

Kemiskinan Bukan Satu Hiburan - Shahabudeen Jalil

Saya jarang menonton TV, tetapi baru-baru ini saya tertonton rancangan Bersamamu di TV3.

Tidak sempat beberapa minit saya menonton, saya menjadi sangat tidak selesa dengan rancangan ini.

Saya jadi tidak selesa bukan kerana saya tidak kesian atau bersimpati dengan orang miskin yang ditunjukan oleh rancangan itu tetapi adalah kerana saya merasakan ada sesuatu yang sangat tidak kena dengan rancangan ini.

Untuk pemahaman semua, saya perlu nyatakan bahawa kemiskinan bukan satu hiburan. Bagi orang yang menonton rancangan ini, ramai yang menitiskan air mata, dan ramai juga yang bersimpati dan menderma. Jauh disudut hati kita, kita akan berkata “nasib baik hidup aku tidak seteruk orang itu”. Ini memuaskan ego kita.

Dengan meletakan kemiskinan di mata orang ramai, ramai orang akan menganggap kemiskinan ini sebagai positif dan mereka akan mendekatkan diri mereka kepada kemiskinan. Mereka akan anggap, mereka tidak perlu bekerja keras kerana terdapat ramai orang yang lebih miskin dari mereka.

Kemiskinan menghampiri kekufuran.

Sepatutnya, apa yang dilakukan adalah meletakkan kebaikan kekayaan dalam hati-hati orang miskin dan bukan sebaliknya.

Jika orang miskin itu tahu bertapa bagusnya menjadi kaya dan tahu bahawa mereka juga mampu menjadi kaya, mereka akan bergerak ke arah kekayaan. Mereka tidak akan selesa dengan kemiskinan.

Jadi sepatutnya kita menunjukkan jalan untuk orang miskin ini untuk menjadi kaya dan bukan menjadikan mereka sebagai objek hiburan supaya kita merasa diri kita bagus.

Bantulah mereka dengan memberi jalan dan peluang untuk mereka maju. Mulakan ini dengan menukar mind-set mereka terhadap kekayaan. Buat mereka percaya bahawa kekayaan itu mulia dan kemiskinan itu menghampirkan diri kepada kekufuran.

Perkara ini boleh dimulakan dengan pihak berkuasa yang mengajarkan mereka dengan konsep kekayaan yang betul. Media juga boleh memainkan peranan dengan membantu mempromosikan perniagaan mereka. Bukan dengan cara menjadikan mereka sebagai objek hiburan semata-mata.

Kaedah pertolongan seperti ini adalah yang terbaik kerana anda akan menolong mereka bukan untuk makan sehari tetapi anda menolong mereka untuk makan untuk seumur hidup.

terima kasih

Shahabudeen Jalil


Read more "Bersamamu TV3 : Kemiskinan Bukan Satu Hiburan..."

Tuesday, March 22, 2011

37 Weeks dan Ceramah Susu Ibu

Uh uh? Sedar tak sedar dah 37 weeks usia perut boyotku ini.

Bila-bila masa je boleh terbersalin. Paling tak nak kalau terkuyup dalam bas masa nak pergi kerja atau balik kerja. Uhuh tidakkk~ Sebab orang keliling cakap I ni aktif sangat pergi sana pergi sini, dah la pergi kerja balik kerja naik public transport. Tabahkan, i? Hehe.

Itu tak termasuk panjat tingkat 4 walkup flat atau apartment semata-mata nak cari rumah! Sekarang dah rasa tak mampu. Boleh geram dan telan air liur jelah tengok listing yang ada, tapi apakan daya dah tak mampu nak mendulang. Uhuk~

Jumaat lepas, Mr.hubby and I sempat hadir satu ceramah untuk ibu pertama. Banyak jugak ilmu yang dapat masa ceramah tu, tambah lagi I memang banyak tanya. Maklumlah, dalam hati dok semangat nak fully breastfeed! Yang bestnya ceramah ni free! Tak payah bayar semata-mata nak dapatkan ilmu yang sememangnya semua ibu dan ayah patut tahu.

Dalam ceramah tu, diterangkan dengan panjang lebar:

- kenapa kena fully breastfeed at least sampai umur baby 6 bulan,

- juga kenapa tak digalakkan bagi air masak atau susu formula untuk baby.

- Juga kenapa hospital kerajaan tak asingkan baby dan mummy selepas bersalin (macam mana yang selalu dibuat dihospital swasta),

- cara-cara elakkan anak kena kuning

- dan tips-tips untuk ready-breastmilk sebaik sahaja lepas bersalin. Yelah, selalu sangat dengar mummy takde susu bila lepas bersalin, lepas urut baru ada. Jadi, I pun tanya la..

- juga ada bagi jadual untuk working-mummy pump breast sewaktu kerja. Jadi sebenarnya takde masalah untuk working mummy fully breastfeedkan baby!


*Mr. Hubby belajar cara-cara cuci tali pusat baby*

Alhamdulillah my mum very supportive, my husband as well sangat menggalakkan praktis susu ibu dan juga penggunaan kain lampin moden (cloth dypers). My mum cakap, dulu masa we all kecik-kecik, dia masih pakaikan lampin kain untuk anak-anak dia dikala kawan-kawan dan sedara mara lain semua sibuk dengan Pampers. Jadi senang la nanti tak payah I bagi ceramah pulak kat beliau. Semoga I pun tabah macam beliau. Heh~


Jangan tanya baby dalam perut ni boy or girl.. because it is a suprise! Parents dia pun tak tau. hehe.

Read more "37 Weeks dan Ceramah Susu Ibu..."

Monday, March 21, 2011

kenapa ibu-ibu patut gunakan cloth diapers?




Semoga saya menjadi ibu yang tabah!!

Read more "kenapa ibu-ibu patut gunakan cloth diapers?..."

Thursday, March 10, 2011

36 weeks!

Ada berita tak best lepas scan baby semalam. Mula-mula doktor cakap uri kat bawah padahal scan haritu uri ada kat upper segment.

So, disebabkan baby dah 36 weeks (huh?? dah 9 bulan!!), so doctor dah nak buat surat untuk bedah. Uhu~ Sangat tak nak!!

Untuk double confirm, doktor panggil specialist yang kebetulan ada kat klinik semalam untuk check, betul ke uri kat bawah. Aku dah cuak sangat-sangat.. taknak la bedah!! Nak bersalin normal juga macam orang lain.

Doktor pakar cakap, uri duduk kat bawah, tapi kat tepi kepala, macam baru nak naik ke atas. Tak tutup laluan lagi untuk baby keluar. Huh! Lega perasaan tak jadi bedah. Tapi doktor cakap, jangan angkat benda-benda berat. Cerek air pun tak boleh angkat! Jadi Cik Abang : Sila masak untuk saya. weee~

Aku rasa mungkin sebab sabtu ahad lepas terlebih aktif sebab ada kenduri anak saudara kahwin kat johor. Ala, bukan buat kerja sangat pun tapi kalau angkat benda-benda berat tu memang ada. Aku punya la risau sampai lupa nak tanya doc the baby's sex. Malam tu mak call baru teringat, alamak lupa nak tanya doktor. Takpela, ada juga la elemen-elemen kejutan nanti. Heh. Beli baju pun warna kuning striking dengan hijau. Bosan la i asyik putih jee..

Oh ya, gambar-gambar hari kahwin tu baru nak upload kat fb tadi, tapi tergendala pulak sebab terkejut baca surat dari boss suruh buat penilaian teknikal kertas A4 untuk jabatan (opps.. that was suppose to be a secret - nanti ada pulak yang nak rasuah i - haha - perasan!). Terkejut sebab ada 51 dokumen kena tengok. Aku baru ingat nak relax-relax tunggu nak bersalin. Cis!



Flower girl - without flower?


Rombongan yang sangat ramai.


First tol!


Second tol!


Third tol!


Fourth tol!

Lagi picas kat FB saye.. (^^,)



Read more "36 weeks!..."

Tuesday, March 08, 2011

macam mana nak letak icon kecil kat sebelah address bar dalam browser?

Ada sorang kawan tanya, macam mana nak letak icon kecil kat sebelah address bar dalam browser?

Sebenarnya boleh je tanya Mr.Gooogle. Tapi untuk memudahkan, share jela kat sini.

Kan?


Berikut adalah cara-caranya. Kalau ada jalan shorcut lagi dari yang ni, sila share ye~

1. Sediakan icon tu dulu. Icon tersebut hendaklah dalam saiz 10x10. Memang kecil pun, tapi takpe, nanti dalam browser nampak cantik je.
2. Kemudian save icon tu sebagai favicon.ico. Pastikan dalam format .ico. Kalau selepas save, namanya tetap favicon.ico.jpg, sila rename. Eh, nak save kat mana? Save la kat mana-mana folder dalam root. Best practice letak kat folder images. Supaya semua image terkumpul dalam satu folder, senang nak manage.
3. Kemudian, buka file .html tersebut dan masukkan line berikut selepas tag head dan sebelum tag title.

html>

head>

>link rel="shortcut icon" href="images/favicon.ico" type="image/x-icon"> link rel="shortcut icon" href="images/favicon.ico" type="image/x-icon"

title> Ini Website Saya

4. Save file tersebut.

5. Refresh browser dan tengok hasilnya (^^,)

Sekian terima kasih. Read more "macam mana nak letak icon kecil kat sebelah address bar dalam browser?..."

Thursday, March 03, 2011

Gambar 1

Read more "Gambar 1..."
 
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks