Tuesday, March 08, 2011

macam mana nak letak icon kecil kat sebelah address bar dalam browser?

Ada sorang kawan tanya, macam mana nak letak icon kecil kat sebelah address bar dalam browser?

Sebenarnya boleh je tanya Mr.Gooogle. Tapi untuk memudahkan, share jela kat sini.

Kan?


Berikut adalah cara-caranya. Kalau ada jalan shorcut lagi dari yang ni, sila share ye~

1. Sediakan icon tu dulu. Icon tersebut hendaklah dalam saiz 10x10. Memang kecil pun, tapi takpe, nanti dalam browser nampak cantik je.
2. Kemudian save icon tu sebagai favicon.ico. Pastikan dalam format .ico. Kalau selepas save, namanya tetap favicon.ico.jpg, sila rename. Eh, nak save kat mana? Save la kat mana-mana folder dalam root. Best practice letak kat folder images. Supaya semua image terkumpul dalam satu folder, senang nak manage.
3. Kemudian, buka file .html tersebut dan masukkan line berikut selepas tag head dan sebelum tag title.

html>

head>

>link rel="shortcut icon" href="images/favicon.ico" type="image/x-icon"> link rel="shortcut icon" href="images/favicon.ico" type="image/x-icon"

title> Ini Website Saya

4. Save file tersebut.

5. Refresh browser dan tengok hasilnya (^^,)

Sekian terima kasih.

0 orang telah menjerit:

 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks