Tuesday, March 17, 2009

Kota yang tak berapa nak tinggi

Hari itu hujan turun dengan lebat sekali. Kami lalu di depan sebuah rumah bertema hijau. Semua hijau. Kanopi. Pelamin. Juga dinding rumah!

Hati dah mula rasa tak sedap. Capai telefon bimbit dan dial nombor Su.

Memang sah silap rumah!


......


......


Kami lepak dengan pengantin lelaki di rumah tandang dulu sementara tunggu mak andam siapkan pengantin perempuan. Aku tau dia gelabah sebab pegang rokok pun tangan menggigil. Dia cakap tak suka sebab orang tengok dia masa bersanding. Memang la tengok awak, takkan nak tengok jurugambar pulak!


Hujan memang turun mencurah-curah. Kami mula risau. Kami sedar kami berada di Kota yang tak berapa nak Tinggi. Sekejap saja kami boleh terperangkap, jika hujan tidak berhenti. Aku jeling jam. 2 petang. Bila pengantin nak makan damai ni?

4 petang.

Pengantin masuk bilik, dan seperti filem hindustan, pasangan tukar baju lain dengan sekelip mata.



Wah! Macam askar!

Kami mula tunggu untuk pengantin makan damai. Perut dah lapar. Semua nak rasa kek 3 tingkat!

Sebaliknya, pengantin terus ke pelamin semula. Pengantin lelaki pegang bakul penuh isi coklat.

Rumah menjadi kecoh. Pengantin baling coklat dalam bakul pada tetamu. Budak-budak mula berebut. Tapi aku pelik. Kenapa bunyi coklat yang dibaling seperti bunyi besi keping jatuh ke atas lantai?



Aku nampak! Rupanya syiling 50 sen. Kali ini orang tua pun mula berebut sama. Ya, termasuk aku (aku masih muda remaja, harap maklum).


Sesungguhnya, 3 jam berada di Kota Tinggi, mengajarkan aku satu perkara :

Hijau itu memang mendamaikan!




Buat Sham dan Su, anda memang sweet. Your heart belongs to each other. Semoga berbahagia sehingga ke syurga!

Nota 1 : Sebulan bukanlah lama. Tidakkkkk!
Nota 2 : Minggu ini mungkin ke Pahang. Meraikan kenduri kahwin ibu mengandung. *wink*


Read more "Kota yang tak berapa nak tinggi..."
 
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks