Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday #2


Read more "Wordless Wednesday #2..."

Wednesday, September 21, 2011

POWER! untuk berubah


Selepas taklimat oleh AKPK di pejabat sebelum bersalin haritu, baru aku tahu Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bukan sahaja membantu orang yang tiada duit, tapi juga membantu orang yang banyak sangat duit sampai tidak tahu nak belanjakan duit ke mana.

Satu lagi program yang sangat baik untuk kita ialah program POWER oleh AKPK. Apa yang menarik, program ini juga diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Jadi atas alasan apa lagi untuk tidak pergi??

Sedikit mengenai program POWER AKPK:

SESI POWER!

POWER! akan membantu anda menguruskan kewangan dan hutang dengan lebih baik melalui 6 bab praktikal tentang:
  • Pengurusan Aliran Tunai
  • Asas Meminjam
  • Penggunaan Kad Kredit Secara Bijak
  • Membeli Kereta
  • Membeli Rumah
  • Mengurus Hutang Anda

LOKASI POWER!

Anda boleh memilih untuk menghadiri sesi POWER! di:

Ibu pejabat AKPK, Kuala Lumpur
Setiap hari Sabtu @ 9.30 pagi hingga 1.30 petang

Pada hari Ahad terpilih seperti di bawah (dalam Bahasa Malaysia):
  • 25 September 2011
  • 30 Oktober 2011
  • 13 November 2011
  • 18 Disember 2011
Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching
Setiap hari Rabu @ 9.30 pagi hingga 1.30 petang

Jadi ada 4 tarikh hari Ahad yang boleh dipilih jika tidak boleh datang pada hari lain.



Kebanyakkan dari kita selalunya menganggap kita dah 'hustler' bila masuk bab-bab pengurusan kewangan peribadi. Sebab dah boleh beli rumah, beli kereta dan sebagainya.

Tapi apa salahnya kita rendahkan diri kerana ilmu sentiasa berkembang dan pasti ada perkara-perkara baru yang dapat kita ketahui dengan menghadiri sesi seperti ini.

Dan tidak semestinya bila kita tiada masalah kewangan, maka kita tidak perlu menghadiri sesi seperti ini.

Memang duit tak boleh di bawah mati.


Tapi..


HUTANG akan di bawah sampai mati.


Setuju? Read more "POWER! untuk berubah..."

Monday, September 12, 2011

Hidup ini terlalu singkat untuk kita saling bersengketa..

Salam aidilfitri. Maaf zahir batin.
Published with Blogger-droid v1.7.4
Read more "Hidup ini terlalu singkat untuk kita saling bersengketa....."

Thursday, September 08, 2011

Bila kita sendiri memilih untuk tidak bermula

Telah banyak seminar dan kelas dihadiri. Telah banyak blog dan buku yang dibaca. Tapi saya masih belum mempunyai sebuah rumah untuk tujuan pelaburan. Minat itu ada. Ilmu itu ada. Tapi kenapa masih belum bermula?



Itu adalah saya (dan mungkin kamu?) beberapa tahun yang lalu. Saya mencari ilmu dan sedar tentang 'kewujudan' pelaburan hartanah lebih awal dari kebanyakkan orang. Pada usia 17 tahun, saya telah mula membaca Rich Dad, Poor Dad - Robert Kyosaki (walaupun ketika itu masih pening-pening lalat), sedar akan kewujudan rumah lelong yang boleh mendatangkan keuntungan, tahu akan harga rumah yang sentiasa naik. Tapi, saya masih belum mempunyai sebuah rumah untuk pelaburan.

Bila saya sudah mula bekerja dan mempunyai gaji, saya menghabiskan sebahagian besar gaji saya untuk menghadiri kelas dan seminar berkaitan pengurusan kewangan dan pelaburan hartanah.




Setelah beberapa tahun, saya masih tidak mempunyai keberanian untuk membeli walaupun sebiji rumah untuk pelaburan.

Kenapa?

1. Saya sendiri memilih untuk tidak bermula

Saya terikat dengan mentaliti orang di sekeliling saya bahawa pelaburan hartanah adalah 'risky'. Walaupun telah menghadiri banyak seminar dan membaca banyak buku, saya tetap goyah dan tidak yakin. Inilah salah satu keburukan mempunyai sikap terlalu mementingkan kesempurnaan.



Saya mahu tahu semuanya barulah saya akan bermula. Tapi, dalam ilmu pelaburan hartanah, semakin banyak yang kita tahu, semakin banyak pula yang kita tidak tahu. Itu adalah kesan berilmu tanpa amal.

2. Tidak mempunyai niat yang betul.

Niat yang betul disini ialah niat yang spesifik. Saya tahu pelaburan hartanah adalah sesuatu yang menguntungkan. Jadi saya berniat untuk mempunyai rumah bagi tujuan pelaburan. Tapi saya tidak spesifik - berapa biji rumahkah yang patut saya beli? Jenis apa? Lokasi dimana? Kerana persoalan-persoalan ini, saya 'tidak jadi' untuk bermula.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya.
Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”


3. Ilmu untuk Ilmu

Setelah mempunyai ilmu, sebenarnya kita disarankan berkongsi ilmu tersebut. Contoh terbaik adalah blog-blog pelaburan hartanah yang selalu saya baca seperti : Tuanbri.com, abangensem.com, properywaltz.com sebab bila kita kongsi ilmu, kita akan dapat ilmu baru (melalui komen dari para pembaca atau email dari pembaca) sama ada membetulkan salah tafsiran kita atau berkongsi ilmu baru.

Ilmu mereka adalah ilmu dengan amal. Sangat bermanfaat.

4. Balik kepada Ar-Rab

Tuhan yang memberi rezeki, tuhan juga yang mengambil rezeki. Semuanya berbalik semula pada Tuhan yang mengaturkan rezeki. Kadang-kadang, rumah itu sudah tetap menjadi milik kita, tapi kun fa yakun, tiba-tiba ada masalah lain, rumah tersebut terlepas dari menjadi milik kita. Jadi, setelah berusaha sehabis baik, maka bertakwalah. Semoga ada rezeki untuk kita semua.


*rumah pertama saya. uhu*

Untuk terus belajar, saya perlu mempraktikkan ilmu yang saya dapat. Along with that, saya akan belajar dan terus belajar. Nak tahu tahap ilmu kita, perlu praktik. Baru tahu apa yang kita tidak tahu.

Saya telah memilih untuk bermula. Pembelian rumah masih dalam proses, tapi ilmu yang saya dapat sepanjang proses tersebut adalah sesuatu yang berharga dan tidak akan diperolehi dari mana-mana seminar atau buku.

Sesungguhnya.. Pengalaman itu adalah sesuatu yang sangat bermakna! Read more "Bila kita sendiri memilih untuk tidak bermula..."
 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks