Friday, February 25, 2011

Poverty, I realized, wasn't only a lack of financial resources; it was isolation from the kind of people that could help you make more of yourself.



Main bowling lebih kurang sama dengan pelaburan hartanah.

Target dalam permainan bowling adalah untuk menjatuhkan semua pin (strike).

Dalam pelaburan hartanah juga ada target. Terpulang pada target masing-masing sama ada untuk generate passive income atau untuk flipping.

Strategi untuk strike dalam permainan bowling juga berbagai-bagai cara. Adakalanya strategi berjaya, adakalanya tidak. Terpulang pada player sendiri untuk tentukan strategi terbaik. Untuk menentukan strategi terbaik, tentulah perlukan masa untuk latihan yang cukup. Latihan yang tak cukup menyebabkan target tidak tercapai, bola bowling lebih suka duduk dalam longkang daripada menghentam pin.

Strategi untuk mencapai target dalam pelaburan hartanah juga ada banyak. Adakalanya strategi tersebut tidak menjadi. Terpulang pada pelabur sendiri untuk tentukan strategi terbaik. Untuk menentukan strategi terbaik, tentulah perlukan latihan dan sebelum berlatih, mesti ada ILMU yang cukup. Tapi, ILMU saja tak cukup kalau tak PRAKTIK.

Kan?

Bagi aku, satu lagi ciri yang paling penting untuk BERMULA dalam pelaburan hartanah ialah KEBERANIAN. Disebabkan rekod aku hanya ada satu rumah untuk mula bermain dalam bidang ini, soalan yang aku selalu dapat selain daripada

"Macam mana beli rumah boleh dapat duit pulak?"

atau

"Murahnya rumah tu, macam mana nak cari?"

ialah

"MACAM MANA KAU BOLEH BERANI NAK BELI RUMAH?"

Memang mula-mula takut. Macam-macam fikir. Dan masa tu tiada seorang pun kawan-kawan rapat aku yang bermain dengan hartanah.


Aku keseorangan.


Ya, aku pergi seminar-seminar berkaitan hartanah. Tapi disebabkan seminar tu kebanyakkannya agak mahal, terpaksalah hadir seorang tanpa suami . Dan disebabkan dia tidak hadir, maka dia juga seperti kawan-kawan yang lain.


Takut dan tak menyokong langsung minat aku.


Jadi, pada pendapat peribadi , untuk bermula dalam bidang pelaburan hartanah, memang perlu kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama. Pendek kata,


..team yang baik.



Disebabkan team inilah, berjaya juga memberanikan diri untuk beli rumah bagi tujuan pelaburan.

Dan disebabkan team inilah juga, cik abang menjadi lebih positif dan mula percaya,

beli rumah memang boleh dapat extra cash ye?

Ye?

Ye?

Yeke???

Yelah...

dan.. modal sikit pun boleh beli rumah ye??

Ye?

Ye?

Yeke???

Yelah...

Tambah lagi sewaktu sesi pecah ais di Taman Warisan, Putrajaya, dia sendiri dengar ada orang dapat extra cash RM30k sebab beli rumah.



Ye?

Ye?

Yeke???

Ye!!!

Memang rasa macam gifted sebab ada team yang best ni.

Yang tak kesah latar belakang sama ada keje ape, gaji berapa.

Yang tak pernah tanya pakai kereta ape, merc ke BM ke, proton ke.

Yang tak pentingkan diri sendiri dan sentiasa beri laluan untuk orang berjaya.

Yang tak kedekut ilmu dan memakai konsep 'sama-sama berjaya'.

Memanglah rasa macam gifted sebab ada team yang best ni. =)

Semoga ahli kelab buat-duit-dengan-rumah ni bertambah ahlinya. Memang seronok jika monopoli kaum lain dalam bidang hartanah ni berjaya dipecahkan oleh Melayu. Kan?


Jadi point aku sebenarnya ialah :


Team Kajang-Bangi : Bila nak open table kat Bagan Lalang?


Hehehehe.


Poverty, I realized, wasn't only a lack of financial resources; it was isolation from the kind of people that could help you make more of yourself.



Read more "Poverty, I realized, wasn't only a lack of financial resources; it was isolation from the kind of people that could help you make more of yourself...."

warna-warna solat

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam. Read more "warna-warna solat..."

Monday, February 21, 2011

Anak adalah pelaburan jangka panjang.

Sedar tak sedar lagi sebulan hidup aku akan berubah 180 darjah. Dari berdua akan bertiga. Aku dah mula start calculation perbelanjaan untuk anak. Bagi aku anak adalah aset. Sebab kelahirannya ke dunia membawa sekali rezeki untuk penjaganya. Dan anak juga adalah pelaburan jangka panjang.=)

Kawan aku cakap, ibu bapa akan invest dan invest untuk anak. Selepas 25 tahun, iaitu selepas anak mula boleh bekerja, barulah boleh tuai hasil investment. Hehe.

Lain orang lain pendapat.

Begitu juga bentuk investment dan medium untuk investment tersebut.

Terutamanya untuk tujuan pendidikan.

Aku ada satu cita-cita. Aku tidak mahu anak aku berhutang untuk sambung belajar. Kalau boleh biarlah ber-biasiswa. Tapi, kalau tak layak untuk biasiswa?

Dengan knowledge yang cetek mengenai investment's tool, aku hanya nampak 2 option untuk pelaburan jangka panjang bagi anak:

Cara pertama : LOAN ASB

1. Ambil Loan ASB RM50,000, untuk 25 tahun yang mana bayaran bulanannya RM285 permonth.
Selepas 20 tahun, jika dividen ASB ialah 7% pa dan dengan selesaikan loan ASB :

=(Loan - loan balance ) + accummulated dividen
=50,000 - 12,000 + 108 000
=RM146 000

Cara kedua : Hartanah

2. Beli medium cost apartment RM 150,000 untuk 30 tahun , kalau ikut rate sekarang bulanannya RM785 per month, sewakan supaya tenant yang tolong bayar hutang disamping boleh dapat duit poket lebih (Positif cashflow).

Jika dalam 20 tahun harga apartment tersebut naik dalam 2% pa :

Harga selepas 20 tahun (Market Value) : RM 223 000
Cash selepas jual (lebih kurang) : 0.9 x market value - (loan balance + keuntungan)
: 0.9 x 223 000 - 67 000
: RM 133 700

Kenapa 20 tahun? Itu umur anak aku ( yang belum lahir ) untuk masuk IPT. Jika anak dah 5 tahun misalnya, boleh juga kira untuk 15 tahun. Aku kira pun secara kasar, mungkin ada silap di mana-mana. Jadi better kira sendiri dengan bantuan tools ni :

Amortization Calculator (untuk kira loan balance)
Future Value Calculator (untuk kira future value ASB dan hartanah) - nama pun Future Value Calculator - sila ketuk kepala sendiri. Hoho.

Cara aku ni simple sebab sekarang cash tak banyak dalam tangan dan baru je nak beli sebiji rumah. (Low risk)

Orang lain mungkin ada cara yang lebih menarik dan lebih mudah. Kan?


ps : Mini seminar Hartawan Hartanah akan diadakan pada bulan Mac atau April. Rajin-rajin la tengok blog TuanBri. Read more "Anak adalah pelaburan jangka panjang...."

Friday, February 11, 2011

motivation is a must - quote from irfan khairi.

  1. Untuk jadi kreatif, fikir seperti kanak2. kanak2 tidak meletakkan had dalam fikiran mereka. kita yang dewasa akan selalu fikir- boleh ke berjaya? nanti apa orang kata kalau kita berjaya? kalau buat camni boleh tak? Kanak2 tidak meletakkan had, sebab tu kanak2 kreatif!

  2. Hargai diri kita sendiri. Bila kita menghargai diri, kita akan dapat melihat potensi diri kita. Yakin bahawa we are great and can do great things with great results. Keyakinan dalam diri sendiri adalah kunci utama kejayaan!

  3. Bila ada yang tidak menyokong usaha kita untuk berjaya, berbanyak bersabar. tambahan lagi mereka yang rapat dengan kita. sekiranya anda ada kenalan, ahli keluarga, suami atau isteri yang berusaha untuk berjaya- berikan sokongan yang terhebat sekali. ianya adalah pemberian yang tidak ternilai! rezeki pastinya berganda dengan sokongan orang tersayang. ;)

  4. Have fun! senyum selalu! tak perlu lah serious sangat dalam hidup. bila kita gembira & berseronok melakukan apa yang kita suka, insyaallah rezeki akan berganda datang kepada kita ;)

  5. Ada kalanya, terdapat kata2 negatif orang lain diberikan pada kita. apa anda perlu buat? buat tak tau sahaja… TAKDE MAKNANYA. apa yang penting, jangan sampai kata2 negatif itu memasuki diri kita sendiri sehingga kita percayakannya dan mula ragu2 kebolehan sendiri!

Sebenarnya no. 4 adalah solution terbaik untuk menghadapi perkaran 1, 2, 3 dan 5! (^^,) Read more "motivation is a must - quote from irfan khairi...."
 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks