Monday, February 21, 2011

Anak adalah pelaburan jangka panjang.

Sedar tak sedar lagi sebulan hidup aku akan berubah 180 darjah. Dari berdua akan bertiga. Aku dah mula start calculation perbelanjaan untuk anak. Bagi aku anak adalah aset. Sebab kelahirannya ke dunia membawa sekali rezeki untuk penjaganya. Dan anak juga adalah pelaburan jangka panjang.=)

Kawan aku cakap, ibu bapa akan invest dan invest untuk anak. Selepas 25 tahun, iaitu selepas anak mula boleh bekerja, barulah boleh tuai hasil investment. Hehe.

Lain orang lain pendapat.

Begitu juga bentuk investment dan medium untuk investment tersebut.

Terutamanya untuk tujuan pendidikan.

Aku ada satu cita-cita. Aku tidak mahu anak aku berhutang untuk sambung belajar. Kalau boleh biarlah ber-biasiswa. Tapi, kalau tak layak untuk biasiswa?

Dengan knowledge yang cetek mengenai investment's tool, aku hanya nampak 2 option untuk pelaburan jangka panjang bagi anak:

Cara pertama : LOAN ASB

1. Ambil Loan ASB RM50,000, untuk 25 tahun yang mana bayaran bulanannya RM285 permonth.
Selepas 20 tahun, jika dividen ASB ialah 7% pa dan dengan selesaikan loan ASB :

=(Loan - loan balance ) + accummulated dividen
=50,000 - 12,000 + 108 000
=RM146 000

Cara kedua : Hartanah

2. Beli medium cost apartment RM 150,000 untuk 30 tahun , kalau ikut rate sekarang bulanannya RM785 per month, sewakan supaya tenant yang tolong bayar hutang disamping boleh dapat duit poket lebih (Positif cashflow).

Jika dalam 20 tahun harga apartment tersebut naik dalam 2% pa :

Harga selepas 20 tahun (Market Value) : RM 223 000
Cash selepas jual (lebih kurang) : 0.9 x market value - (loan balance + keuntungan)
: 0.9 x 223 000 - 67 000
: RM 133 700

Kenapa 20 tahun? Itu umur anak aku ( yang belum lahir ) untuk masuk IPT. Jika anak dah 5 tahun misalnya, boleh juga kira untuk 15 tahun. Aku kira pun secara kasar, mungkin ada silap di mana-mana. Jadi better kira sendiri dengan bantuan tools ni :

Amortization Calculator (untuk kira loan balance)
Future Value Calculator (untuk kira future value ASB dan hartanah) - nama pun Future Value Calculator - sila ketuk kepala sendiri. Hoho.

Cara aku ni simple sebab sekarang cash tak banyak dalam tangan dan baru je nak beli sebiji rumah. (Low risk)

Orang lain mungkin ada cara yang lebih menarik dan lebih mudah. Kan?


ps : Mini seminar Hartawan Hartanah akan diadakan pada bulan Mac atau April. Rajin-rajin la tengok blog TuanBri.

0 orang telah menjerit:

 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks