Thursday, March 10, 2011

36 weeks!

Ada berita tak best lepas scan baby semalam. Mula-mula doktor cakap uri kat bawah padahal scan haritu uri ada kat upper segment.

So, disebabkan baby dah 36 weeks (huh?? dah 9 bulan!!), so doctor dah nak buat surat untuk bedah. Uhu~ Sangat tak nak!!

Untuk double confirm, doktor panggil specialist yang kebetulan ada kat klinik semalam untuk check, betul ke uri kat bawah. Aku dah cuak sangat-sangat.. taknak la bedah!! Nak bersalin normal juga macam orang lain.

Doktor pakar cakap, uri duduk kat bawah, tapi kat tepi kepala, macam baru nak naik ke atas. Tak tutup laluan lagi untuk baby keluar. Huh! Lega perasaan tak jadi bedah. Tapi doktor cakap, jangan angkat benda-benda berat. Cerek air pun tak boleh angkat! Jadi Cik Abang : Sila masak untuk saya. weee~

Aku rasa mungkin sebab sabtu ahad lepas terlebih aktif sebab ada kenduri anak saudara kahwin kat johor. Ala, bukan buat kerja sangat pun tapi kalau angkat benda-benda berat tu memang ada. Aku punya la risau sampai lupa nak tanya doc the baby's sex. Malam tu mak call baru teringat, alamak lupa nak tanya doktor. Takpela, ada juga la elemen-elemen kejutan nanti. Heh. Beli baju pun warna kuning striking dengan hijau. Bosan la i asyik putih jee..

Oh ya, gambar-gambar hari kahwin tu baru nak upload kat fb tadi, tapi tergendala pulak sebab terkejut baca surat dari boss suruh buat penilaian teknikal kertas A4 untuk jabatan (opps.. that was suppose to be a secret - nanti ada pulak yang nak rasuah i - haha - perasan!). Terkejut sebab ada 51 dokumen kena tengok. Aku baru ingat nak relax-relax tunggu nak bersalin. Cis!



Flower girl - without flower?


Rombongan yang sangat ramai.


First tol!


Second tol!


Third tol!


Fourth tol!

Lagi picas kat FB saye.. (^^,)



0 orang telah menjerit:

 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks