Tuesday, March 06, 2012

Sebut pasal impian dan angan-angan

Bila terlalu kerap update status facebook, jadinya sudah kering idea untuk blog.

Walaubagaimanapun.. harini aku cuba jugak nak update blog ni.

Actually nak sebut pasal passion. Aku ada 2 passion.

1) Berniaga
2) Hartanah

Yang pertama tu aku dah buat lama. Walaupun untung tak banyak, dan letih, tapi puas hati. Aku berniaga macam-macam benda, sebab aku tak tau lagi kat mana aku akan landing.
Tapi sekarang dah nampak sikit-sikit, apa yang aku boleh jual. Jadi aku akan teruskan. InsyaAllah.

Yang kedua tu, aku baru je buat. Baru ada 1 rumah untuk pelaburan. It's a long journey anyway. Sebab rumah pelaburan pertama ni pun ambil masa 1 tahun lebih baru settle. Gila, kan?
Sekarang ni dalam pencarian rumah kedua untuk pelaburan. Rasa gian pulak sebab haritu dapat cash senang-senang je. Rumah orang lain bayarkan. Siapa tak gian? Uh!


Orang selalu kata aku ni terlalu kejar dunia. Tapi aku nak ingatkan, bukankah antara amalan yang dibawa ke kubur ialah sedekah jariah? Aku rasa bosan setiap kali nampak orang susah aku dapat bagi seringgit dua je. Lepas tu aku selalu sakit hati bila tengok rancangan tv anak-anak orang miskin yang bijak pandai tapi tak dapat teruskan persekolahan sebab tak cukup duit.

Jadi aku rasa terpanggil untuk tingkatkan pendapatan. Untuk keluarga dulu (mak ayah) dan kemudian komuniti terdekat. Bukan tiada di kalangan keluarga aku yang hidup susah, masih ada. Kalau dapat bagi mak ayah duit belanja 4 angka sebulan, siapa yang tak rasa puas? Dan kalau dapat menyumbang kepada komuniti sedikit sebanyak kepuasan itu ada.

Tapi sebelum sampai ke situ, ilmu kena ada, mentor kena ada. Aku dah ada mentor dalam hartanah. Cuma untuk berniaga aku perlukan mentor juga. Yang boleh marah aku, nasihat aku dan tunjuk aku jalan.

Sebenarnya aku sedang tunggu seminar 3 hari Dr. Azizan Osman. Haritu pergi ke Seminar Kuasai Potensi Diri tanpa suami. Jadi seminar 3 hari ni (IMKK) aku cuba tarik suami aku sekali. Bukan apa, penat sangat kalau buat benda ni sorang-sorang. Semoga dengan pengisian seminar tu nanti dapat ubah mind set suami aku 360 degree!

Harap-haraplah.

Kemudian, dengan kuasa tindakan dan izin tuhan, apa yang aku hajatkan akan kesampaian...

We will wait and see..

Chiao (entah bila lagi nak update).

0 orang telah menjerit:

 
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks