Monday, November 19, 2007

Haji Mabrur

"Dan serulah manusia supaya mereka mengerjakan haji, nescaya mereka akan mendatangimu dengan berjalan kaki dan menunggang kenderaan berjenis-jenis unta yang kurus. Mereka datang dari seluruh pelusuk rantau yang jauh supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah bagi mereka, serta mereka dapat mengingati dengan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu dengan sebab Allah telah mengurniakan mereka binatang-binatang ternakan untuk dijadikan qurban."
(Al-Haj ayat 27 hingga 29)
Selalunya solat jemaah zohor hanya ada 1 saf setengah jemaah. Semalam tiba-tiba bertambah kepada 3 saf (dah kira baik). Kenapa ya? Oh.. ada kenduri rupanya. Kenduri doa selamat. Semua lelaki.
Di Johor pada tarikh tertentu, kenduri orang pergi haji ada jugak. Mereka panggil marhaban. Sayu hati melihat hadirin menangis ketika doa dibacakan. Terus saja rindu pada tempat itu. Bumi waqafan bumi bertuah. Kerana begitu banyak sekali mutiara yang dapat dikutip, buat bekalan di hari mendatang.
Marhaban itu? Ya, semua wanita.
Menarik.
"Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak"

0 orang telah menjerit:

 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks