Monday, February 04, 2008

Cinta IT Sayang IT (II)


Aku jadi terus tak bersemangat nak daftar di UKm. KEtika orang lain sibuk sibuk beli itu ini, aku duduk lepak kat rumah, jadi, ketika hari pendaftaran, banyak barang-barang peribadi yang aku tak bawa. Barang-barang dan dokumen rasmi memang aku bawa, alhamdulillah. JAdi semasa proses pendaftaran memang tiada masalah. Cuma, aku adalah salah seorang yang mengangkat ikrar mahasiswa baru dengan memakai baju berwarna hijau! Aku memang tak bersemangat langsung sehingga aku langsung tak baca baju apa yang perlu dibawa (sepatutnya baju kurung berwarna biru untuk majlis angkat ikrar). apa-apa ajalah...

Maka bermula lah hidup aku sebagai mahasiswa IT di UKM. PAda hari pertama pengenalan kepada fakulti, aku telah tertipu dengan kata-kata ketua jabatan, bahawa kehadiran kami pada hari ini ialah untuk mencipta penemuan baru dalam IT. Contohnya, mungkin graduan kali ini boleh mencipta satu kawasan tanpa wayar atau sambil duduk di dalam hutan untuk menunggu durian gugur, boleh la plug-in laptop pada batang pisang dan terus surf internet.. (Aku sangat kagum.. wahh.. sungguh canggih!!). Sungguh tidak-bersalah (innocent) aku pada ketika itu mengenai dunia IT. Apa-apa ajalah...

Sewaktu di dalam kelas aku menjadi sangat rendah diri. KErana keyakinan yang ada inilah aku menjadi seorang pendiam (first month je.. hehe). Tambah lagi ramai antara kawan-kawan fakulti IT yang berpindah ke fakulti lain. MEngambil jurusan lain yang mungkin lebih menjamin mereka dalam aspek kerjaya. YElah.. "IT ni ada kerja ke???".

Walaubagaimanapun, keyakinan aku bertambah hari demi hari, tambah lagi bila dapat tau bukan aku seorang je yang menjadi pelajar lelong. Hampir separuh kelas tak pilih IT dalam 8 pilihan yang disediakan borang UPU. Salah seorang ialah Shida, pelajar Sains Maklumat yang selalu mendapat anugerah dekan hampir setiap semester (walaupun tak pilih IT).

Semester 1, subjek kegemaranku ialah Pengenalan IT oleh Encik Ridzwan, Encik Zakree dan Encik Azaharin. Mereka kelakar, dan kerana mereka lah aku mula minat IT. (Sape kate minat tak boleh dipupuk??). Encik Azaharin yang sedia maklum mengenai pelajar lelong yang ramai di fakulti IT terus mencadangkan pada kami supaya bermula dengan akhbar InTech sisipan The Star kalau tak silap aku, diterbitkan setiap hari RAbu. Cara ini agak berkesan dan aku mula membeli majalah PC setiap bulan dan melanggan majalah Chips selama setahun. (Walaupun aku tak faham sepatah haram pOnn....). Dan aku mula menonton filem Star Trek dan yang sewaktu dengannya.



Encik Ridzwan, memang ramai yang sukakan dia. Dia rajin dan sangat suka membantu pelajar. Dan dia ________ .. err.. err.. (Fill in the blanks.. hehe). Dia mengajar kami sehingga tahun kedua di UKM. Aku suka dia sebab dia kenal pelajar-pelajar dia. Boleh sebut nama dan boleh angkat tangan kalau jumpa kat mana-mana. Sooooo humble! Dan
yang paling penting dia sangat sayang jabatan kami!! YEy!

Encik Zakree, pensyarah kegemaran aku (You will always be!).
Walaupun fizikalnya tidak mengizinkan gadis-gadis bermimpi di malam hari, tapi aku tetap sukakan gayanya. Cara dia mengajar penuh bergaya. Segala info yang dia bagi memang aku ingat sampai bila-bila. Jika aku seorang pensyarah, aku akan ikut teknik dia mengajar, aplikasikan semua teori dalam hidup sebenar. Aku masih ingat kuiz untuk subjek DSS (Sistem pembuatan keputusan), soalan dia senang, tuliskan nama pengarang, penerbit dan nama buku teks yang digunakan untuk subjek DSS. (MEmang ramai yang kantoi ler~). Tujuan dia cuma satu, mahu kami tahu bahawa setiap orang adalah penting di dalam satu sistem (termasuk makcik cleaner.). Unik kan? (Tapi aku tau, ada juga pelajar yang tak suka cara dia mengajar. Kamu yang tak suka, duduk la bawah tempurung kerana MZAN mengajak kita berfikir, bukan spoon feeding macam sekolah dulu.) Dan kerana dia lah aku menonton cerita Stealth sebanyak 6 kali!


(bersambung....)

7 orang telah menjerit:

Anonymous said...

Wah.. RIndunye Zaman 1st Year.. Lecturer² Yang Disebutkan Itu Memang Rawk Habis. Tapi En. Azharin Telah Keluar Untuk Meneruskan Perjuangan Dalam Bidang Swasta.

Wahh.. Trase Nak Jadi Pensyarah Lak..

Anonymous said...

Qai:
Nak jadi pensyarah? Bagus.

Sarah Mohd Shukor said...

wahai hawa yg berlagak,

sy ingt ada entry smbungan dh. jenguk2, ada cerita kawan kawin plak. tau la awk nak kawin jgk. sy pun nak kawin jgk. tp silalah. silalah kawin dulu. sy ni tak keje lg. huhu. sadis je mcm nak bawak diri :p nnti bila2 smbung cite ni. sy nak sgt tau apa la life stdent kt msia. ok!

Unknown said...

waaaaa.. itu encik ridzwan si empunya jejari cantik!!! i admire his fingers sooo much! haha.. tapi, xbtau la.. maluu..

and, encik zakree!!! he's cute! i like him.. dia adalah pensyarah yg best. tapi, skejap je dia ajar.. sbb asik bagi ktorg pensyarah ganti je.. tah nape :(


rindu nya kat UKM!!!
aaaah..


p/s. mn gbr encik azharin pulak? our lecturers ni tau ke tak muka dorg terpampang kat blog sorg ex-student dorg nie?? hehe..

Anonymous said...

sarah :
Eceh. Bakal doktor janganla mengeluh. Wah, dah taun 5 ke.. Cepatnya masa berlalu.. Aiih...

nina :
Diorg tak tau. Jangan bagitau. Muka encik azaharin takde sebab tak jumpa..
*sbnrnye malas nak cari*

Anonymous said...

miss encik Ridzwan so much!eheh..tsrian..haha..rindu nak blajo nga encik ridzwan..n en.faidzul..ohoh..seksa..dpli..

Anonymous said...

hukss... rindunya zaman UKM.. huhu.. hurm, apa lagi Hawa.. sambung la master kat UKM..sure bole jumpe balik lecturer kesayangan neh =P

kalo free ckp..nk jumpe..huhu =(

 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks