Friday, November 26, 2010

Kau judge orang, orang akan judge kau satu hari nanti.

Aku pernah berada dalam kelompok easy-easy-judge-people.

Kelompok ni anggap diri mereka perfect, islamika, semua orang jahat kecuali diri mereka.

Dulu aku pernah cakap aku tak faham kenapa orang itu dan orang ini berperangai macam bukan orang Islam.

Sampai satu tahap aku sendiri terkena judge - hanya kerana aku sorang pakai seluar jeans sedangkan kelompok itu semua pakai baju kurung dan tudung labuh bagai.

Jadi aku keluar dari kelompok itu dan kenal dunia yang lain dari dunia aku sebelum ini.

Tapi tak bererti tiba-tiba aku tinggalkan tudung dan sembahyang, ya!

Tuhan uji aku dengan banyak perkara.

Baju aku pernah basah sebab kena jirus dengan kilkenny (betul ke aku eja ni). Memang aku marah. Tapi aku diam sebab yang jirus tu one of my chinese friend yang mabuk tak hengat.
Dan ya, dia bukan Islam.

Kawan aku pernah muntah dalam kereta dia yang aku drive sebab mabuk teruk. Aku diam sebab itu kereta dia. Bau jangan cerita la. Muka cantik, muntah tetap busuk.
Dan ya, dia bukan Islam.

Aku pernah duduk dalam non-halal restaurant, tengok je orang sebelah aku makan kerbau pendek. Itu masa-masa mula kerja, aku tak tau macam mana nak cakap "Taknak ikut pegi lunch makan babi" pada boss aku sendiri.

Aku paling menyampah kalau ada yang look down pada perempuan yang smoking. Seolah-olah aku-tak-merokok-jadi-aku-suci.

Yes, aku memang tak suka orang merokok. Tapi aku tak pernah pandang serong pada perempuan yang merokok. Sebab, lelaki pun merokok. Jadi apa bezanya? Kalau perempuan merokok tu jalang, lelaki yang merokok pun jalang jugak. Kan?
Tak payah beria-ria kutuk perempuan merokok kalau laki kau sendiri merokok.

Dulu masa zaman belajar-belajar, aku selalu fikir orang malas dan selekeh tapi dapat result bagus ada bela toyol.
Gila su'u dzon. Tambah lagi orang keliling cerita macam-macam.
Sekarang dia dapat kerja lagi bagus dari aku sendiri. Rasa macam kena penampar jepun.

Sebab tu aku selalu cakap sekarang, jangan judge orang sesuka hati. Walau kau solat 5 waktu tak tinggal, pergi usrah tak pernah missed, baca al-quran 5 waktu sehari, al-mulk dan mathurat tak pernah tinggal, kau tetap tak ada hak untuk judge orang.

Hanya Allah sahaja yang berhak judge hambanya. Dan Allah itu maha adil.

Kalau orang tu buat salah, kau hanya boleh buat apa yang mampu. Kalau iman kau gila lemah (macam aku), doakan saja orang itu mendapat hidayah. Dan kalau kau ada kuasa pemerintah, buat la apa yang patut. Lelaki yang tak pergi sembahyang jumaat dihukum pakai skirt dan diarak atas kereta lepas tu pusing satu bandar, misalnya.

Kalau tak boleh, do not judge. Kau judge orang, orang akan judge kau satu hari nanti.

Percayalah.

1 orang telah menjerit:

Anonymous said...

its not abt judging people...whats wrong is still wrong...we cant deny it...well for me being judgmental person is not wrong..its just what u feel abt the person...

 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks