Wednesday, December 01, 2010

Second Rules : ALM

Cerita 1 :

Satu malam yang sejuk, sedang kau tengah menonton buletin utama, telefon genggam, eh telefon bimbit, eh henset la senang cerita, berbunyi-bunyi sambil bergetar-getar.

Kau angkat dan bagi salam.

Oh, kawan kau rupanya.

Setelah seminit dua bebasi-basi, dia mula masuk kepada topik utama.

Kawan kau : Beb, aku nak pinjam duit. Dalam seribu. Bini aku sakit, anak aku menangis dah 2 hari tak minum susu, nanti bulan depan gaji aku bayar. Ok tak?

Kau : ______________________ (sila isi tempat kosong)

Cerita 2 :

Satu petang sebelum pulang dari kerja, kawan sepejabat kau ajak minum di gerai mamak berhampiran pejabat.

Setelah berbasi-basi, dia terus masuk ke point utama.

Kawan kau : Ko ada dalam seratus dua tak? Minggu depan aku bayar.

Kau : ______________________ (sila isi tempat kosong)

.....................................................................................................................................

Second rule of money : Alms

Susah kan kalau berada dalam situasi macam tu. Tambah lagi duit yang kita ada cukup-cukup makan untuk tekak kita.

Aku pun pernah berada dalam situasi macam tu. Tapi, ingat balik the first rule of money. Jadi tak boleh emosi.

Kalau tiada seribu, seratus pun dah cukup. Dan, anggap ia sebagai sedekah. Kalau dia nak bayar, itu rezeki kau.

Kalau kau sendiri anggap ia hutang, kau akan jadi emosi bila dia tak bayar-bayar. Walaupun hutangnya pada kau 10 sen je. Betul kan?

Aku ni pandai cakap je, susah jugak nak buat sebenarnya. Tapi, percayalah, rezeki kau akan bertambah jika kau amalkan benda ni.


Sebab tu aku selalu bangkang bila orang kata "Orang kaya orang kedekut". Sebab orang kaya memang amalkan alms ni.




Dia kaya sebab dia banyak sedekah.



















ps : habislah lepas ni ramai la orang datang kat aku nak pinjam duit. haha.

0 orang telah menjerit:

 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks