Monday, November 22, 2010

Mempromosikan dosa sebagai sesuatu yang seronok, indah dan menguntungkan.



Empat Virus Dosa Di Hati Manusia

1. Rasa Bersalah Dengan Dosa

Apabila pertama kali membuat dosa, hatinya diulit kesalan yang amat sangat dan diburu rasa bersalah. Jiwanya resah kerana telah melakukan sesuatu yang menentang fitrah semulajadi manusia yang pada fitrahnya amat suka melakukan kebaikan.

2. Rasa Biasa Dengan Dosa

Rasa berdosanya tidak kekal lama apabila dosa yang sama diulang buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Rasa bersalah tidak datang lagi pada tahap ini. Ia hilang sedikit demi sedikit.

3. Rasa Seronok Dengan Dosa

Pada tahap ini, manusia sentiasa mengintai peluang untuk melakukan dosa. Diri dan hati seronok dan rasa indah dengan dosa. Tiada lagi rasa bersalah.

4. Jadi Pembela Kepada Dosa

Nafsunya tidak pernah puas dan kehendaknya tidak terbatas. Diri dan hatinya begitu seronok melakukan dosa dan keseronokkan melakukan dosa itu menjadikannya pembela dan pejuang dosa yang dilakukannya. Tahap ini adalah kronik. Mempromosikan dosa sebagai sesuatu yang seronok, indah dan menguntungkan.

Awas, hati yang sakit lama-kelamaan akan menjadi buta.

Allah berfirman yang bermaksud, “Dan sesiapa di dunia ini buta hatinya, maka di akhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya.” (Surah al-Isra’ 17:72)

Hati kita dijangkiti virus yang mana?

0 orang telah menjerit:

 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks