Tuesday, November 23, 2010

pengalaman saya pergi pregnancy check up

Bosan.

Kali pertama checkup aku dah rasa nak bunuh diri.
Nak bukak buku pun kena tunggu 2 jam, padahal aku boleh tulis je maklumat atas buku tu sendiri-sendiri.

Aku tak nak komplen banyak-banyak, sebab aku tau perkhidmatan kesihatan di Malaysia boleh kata baik. Kalau kau nak bandingkan dengan negara-negara jiran Malaysia-lah.

Aku jadi menyampah sebab macam-macam la nurse tu suruh aku buat.

Kali kedua check up, HB aku jatuh dah dekat-dekat nak 10.0 gitu. Ala biasalah, first trimester kan memang macam tu, pening-pening, penat-penat, lagi tak selera nak makan.

So aku kena makan iron tablet 2 biji sehari pulak. Gila sembelit! Mau duduk berejam-rejam dalam tandas.
Berat badan pun flat, tak naik-naik. Macam aku cakap la, mana ada selera nak makan. Tu pun nurse tu bebel-bebel suruh makan.

checkup kali ketiga.

Kandungan aku dah masuk 5 bulan.
HB drop lagi ke 10.0. Tepat-tepat 10.0. Fuhh, penat aku makan iron sampai sembelit-sembelit, HB tak naik jugak.
Aku rasa mungkin penat sangat kot sebab 2 hari sebelum tu kenduri kahwin kakak aku. Aku kan orang kuat. Kononnya. Bila aku cakap macam tu, nurse tu terus kata, "Dan dan cover baik punya!"

Berat badan naik pulak 4kg. Gila! Tapi aku memang dah boleh agak sebab aku makan tak hengat dunia punya. Ni semua nurse tu punya pasal la. Kalau dia tak bebel suruh aku makan haritu, berat aku mesti naik sikit je. Ni gelabah punya pasal la ni!

Tak pasal-pasal aku kena check BP every Thursday. Nurse tu macam biasa la. Bebel lagi. Apa yang dirisaukan sangat aku pun tak faham.

Tapi aku agak teruja sebab dapat dengar heartbeat baby!
Wuhuuuu~ Laju betul 150 perminit tak silap aku.
Bunyi macam kuda tengah berlari-lari dalam acara lumba kuda! Heh.

Ala, sebenarnya nurse tu tau aku bengang sebab dia asyik bebel, tu yang sibuk-sibuk suruh aku dengar heartbeat baby pakai alat yang aku tak tau nama apa ntah.

SO next check checkup harap-harap ok la. BP ok, HB ok, berat pun kalau nak naik, sikit je.

Tapi yela kan, macam mana la aku nak measure apa yang aku makan supaya every month naik setengah kilo je. Ceh!

Penat dah aku dengar orang bebel ni. Baby duk menendang je masa nurse tu tengah bebel. Aku rasa dia pun menyampah!

1 orang telah menjerit:

Homestay Near Airport/UMP/Kolej Matrikulasi Pahang said...

hehehe.. syokkan prggy. biasala anak pertama memang excited. pasni g la scan 4d bila dah 7/8 bulan. lagi best boleh nampak baby tgah buat apa.

iron tablet tu napa mkn sampai 2. kalo try salindah hari tu insyaAllah takde masalah hb. sikin kalo ngandung memang cnfm hb low. time syahmi makan salindah hb cantik je.

pasal berat badan, jgn bnyk mkn, tu yg misi takut ada kencing manis. lgpun nanti bby besar n susah nak beranak. mcm kakyong takde nak dgr sgt cakap misi2 tu. huhuhu

 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks