Wednesday, January 02, 2008

Achievement tahun 2007 : Tag by Ilyn


Tag by Ilyn

Pencapaian tahun 2007. Sebenarnya terlalu banyak untuk dinukilkan di sini. Ilyn, memandangkan anda tag saya, dan list anda cuma 4, maka 4 sajela yang saya akan sampaikan. Maaf kerana terlewat beberapa hari. Sibuk.

Baiklah, antara 4 perkara yang aku kira sebagai kejayaan dalam tahun 2007 yang baru berlalu 2 hari lepas :

1. Mendapat perkerjaan (sebaik sahaja habis belajar).

Aku termasuk dalam golongan beruntung kerana telah mendapat pekerjaan sepenuh masa sebaik sahaja habis belajar. Itu adalah temuduga ku yang ke-8 (shhhhh...).

2. Kejayaan menghabiskan Ijazah Sarjanamuda Teknologi Maklumat dengan Kepujian (yang susssahhh bangat!)

Itu adalah kejayaan yang aku rasa paling berharga. Konvo memang sangat best (walaupun bosan sikit sebab semua geng aku konvo pada hari yang tak sama dengan aku). Bunga, kad ucapan tahniah, hadiah, coklat membuatkan konvo semakin best!


3. Mendapat pekerjaan (di syarikat MNC)

Target aku memang untuk bekerja di MNC sekitar lembah kelang. Setelah 3 bulan makan gaji buta kat TPM Bukit Jalil, akhirnya aku dapat pekerjaan yang lagi best. Kotakkan regret, tanamkan di perut himalaya dan katakan 'O, terima kasih tuhan'. (Ngehhhh)

4. Menyambung pertalian yang pernah putus.

Pada tahun 2007 aku mula tahu aku takkan jadi anak dara tua. Sekali lagi : Kotakkan regret, tanamkan di perut himalaya dan katakan 'O, terima kasih tuhan'.

2007 telah berlalu. Sujud pada tuhan tanda kesyukuran atas nikmat kurniaanNya. Alhamdulillah.

0 orang telah menjerit:

 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks