Thursday, January 03, 2008

::: 2008 :::

Tahun 2008. Lapan (8) itu nombor bertuah, kata kawanku, seorang lelaki Cina. Mungkinkah 2008 bakal menyaksikan tuah untuk aku?

Azam baru?

Azam baru?

Azam baru?

Ada beberapa yang aku catatkan dan aku tampal di dinding meja yang lembut di ofis dan dinding almari di rumah, antaranya.

Aku ingin sekali menjadi aku yang dulu. Innocent, Shy, Sweet.. (bleh blah..haha).

Yeah, okay. Tak tipu, aku nak jadi lebih baik dari tahun 2007 (morally, thinking and relation to people around me) yes aku tahu aku agak 'agresif' tahun lepas.
Ok, itu azam aku.


Aku ingin buat duit. Duit $$$$$$.. Project free-lance aku target untuk buat lebih. Jadi sesiapa yang nak buat laman web untuk company, small application ke, sila email aku di shanmea@gmail.com. (No forwarded emails please!! Aku sula sekor-sekor karang!!)

Aku ingin mendalami dunia penulisan secara serius (yeah right.. aku tau apa korang akan kata. tak boleh blah la hawa... kan ? kan? Korang memang kuat cemburu). Jangan terkejut jika karya aku terpampang di dada-dada akhbar. (Yeah..).

Setakat itu dulu azam aku. Yang pertama memang berat. Tapi untuk berubah perlukan pengorbanan. Bukankah begitu?

Sebenarnya, aku tak pernah ada azam tahun baru, sebab .. aku mempunyai azam bulan baru. Maksudnya, aku ada azam untuk setiap bulan yang dilalui. (Contohnnya : Azam saya bulan depan ialah membeli mesin basuh baru dan sebagainya.) sebab bagi aku susah nak capai azam yang dibuat untuk setahun akan datang. Okay,aku mengaku, aku agak suka berubah-ubah.

Tapi tak mengapa kan. Aku cuba untuk membuat azam baru dan untuk menjelmakan dalam bentuk usaha azam-azam tersebut. Just wait and see. NGehhhhhh......

Jadi, apa azam baru kamu?

*sila kira berapa perkataan 'azam' dalam entri di atas*

7 orang telah menjerit:

syuhada said...

azam-azam kira 1 perkataan ke 2 ehe ..

tahun baru, azam baru, sinar baru.. (^_^)

Anonymous said...

Azam satu perkataan je..tapi banyak kali muncul..

Sarah Mohd Shukor said...

salam hawa.

nak dalami dunia penulisan dgn serius ye? sy sokong! sungguh ni! sy sokong 100%!

*SiRibenMerah said...

salam hawa..
Happy new year 2008..
akak br nk berjinak2 dgn blog neh..hehe..sokonglah saya..muahaha..

-iyra-

hawa said...

Salam sume..

Syuhada : azam-azam kira satu perkataan. Eh, dua la. Eh.. satu kan? Eh, tiga kot?

mrozaidi : Anda benar.

Sarah : Terima kasih. Perlukan mentor. Abg Faisal Tehrani ok tak? *wink*

siribenmerah : Ya, saya sokong!

Maliki xp said...

Salam... macam pernah tengok je HP Planner dalam gambar tu? Saya pun orang baru gak, baru je nk berjinak² ngn penulisan, hehe... jom sama² gegarkan dunia penulisan blogger thn 2008/1429 ni...chayoq²!

Anonymous said...

Maliki xp :

HP staff ke?

 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks