Friday, November 04, 2011

Sebelum Bercuti...

Sebagai penjawat awam berjaya (yeke?) suka sekali aku nak nasihatkan - jangan percaya dengan Internet, cakap-cakap kedai kopi atau sembang waktu rehat tentang apa yang kerajaan atau orang kerajaan buat untuk bangunkan negara ni.

Bukan tidak boleh kritik, boleh sangat. Tapi biarlah membina. Rata-rata yang aku dengar, kritik, kritik, kritik. Sepatutnya kritik-cadangan-kritik-cadangan. Macam blog ini yang aku suka baca sebab beliau juga penjawat awam dan suka mengkritik tapi selepas tu bagi cadangan membina.



Sejak Laporan KAN keluar, lagi macam-macam cerita. Dari hari itu aku tadah telinga dengar orang tua swasta membebel pasal bayar cukai, gaji penjawat awam dia yang bayar dan macam-macam lah. Bila aku tanya, apa cadangan anda untuk menambahbaik perkara tersebut?

Senyap.

Dan hari itu di facebook ada soalan "Patutkan penjawat awam dibayar bonus sedangkan mereka tak sokong kerajaan pun?". Rata-rata kawan sepejabat aku ketawa bila baca soalan tu. Melenting jauh sekali sebab sebenarnya kami boleh kata itu adalah soalan paling bodoh.

Penjawat awam berkhidmat di bawah kerajaan yang memerintah. Kalau PAS memerintah, maka berkhidmat di bawah PAS lah. Kalau DAP, DAP lah. Kalau BN, BN lah. Tiada isu mengenai tak sokong atau sokong kerajaan maka layak dapat bonus.

Penjawat awam juga bayar cukai. Cuma gaji penjawat awam yang kecil berbanding swasta masih tak melayakkan mereka untuk bayar cukai.

Aku dulu kerja swasta juga. Tapi tak pernah pertikaikan kenapa penjawat awam dapat bonus tapi aku tak dapat bonus?? Soalan bodoh tu namanya.

Aku tak berani komen mengenai pembaziran yang dilakukan oleh sesetengah kementerian dan agensi kerajaan. Jabatan Audit hanya jalankan tugas mengaudit (bukan cari salah, ye).

Banyak isu yang dibangkitkan oleh rakyat adalah sebenarnya kerana kurang tahu mengenai polisi dan dasar kerajaan. Jadi tak perlu agaknya nak mempertikaikan banyak perkara sedangkan kita sendiri tidak arif mengenai cara kerajaan menguruskan negara. Serahlah kepada yang arif, sembang kedai kopi tak kemana kan. Sebab kadang-kadang kita tak sedar statement kita di facebook, twitter etc nak hentam orang politik, tapi tak sedar kawan-kawan disekeliling yang sedih sebab kena 'hentam' juga. SEdikit sebanyak tempiasnya ada.

Analoginya, kita dengar bunyi bising di sebelah rumah kita, kemudian kita pun mula buat spekulasi macam-macam. Bila duduk di kedai kopi kita pun mula bercerita dengan orang lain, dan orang di kedai kopi menyampaikan cerita tersebut pada orang di pejabat dia. dan begitu lah seterusnya. Pernah dengar permainan 'telefon buruk' ?


Sama seperti keadaan di Kelantan. Ramai orang kata Kelantan negeri termiskin. Penduduknya miskin, kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Mana kita tau semua tu? Dari kaca tv? Dari media? Dari sembang kedai kopi? Pernah tak duduk bersama dengan orang kelantan di kelantan? Dari pandangan mata kita mereka memang miskin. Tapi mereka bahagia tak? Bagi aku, istilah miskin itu subjektif. Kalau pendapatan aku 1 juta sebulan, tetapi hutang aku 1.1 juta. Kaya tak aku? Dan kalau pendapatan aku rm200 sebulan, perbelanjaan aku RM50 sebulan, miskin tak aku?

Uh, dah melalut bab financial pulak.

Aku bengang je sebenarnya sebab ramai yang komen itu dan ini adalah yang bukan ahli dalam bidang itu.



Dah lah nak balik!

0 orang telah menjerit:

 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks