Wednesday, November 30, 2011

4 Tips Mencipta Matlamat Kewangan

credit to : PAKDI

Semua orang boleh bercakap seperti berikut:

Saya mahu jadi kaya, ada kereta besar, rumah besar.

Tapi itu cuma angan-angan Mat Jenin. Matlamat kewangan perlu lebih spesifik, mempunyai tempoh masa dan keluar dari zon selesa kita hari ini.

Matlamat kewangan yang baik dapat memandu kita sepanjang hidup kita. Berikut adalah 4 tips mencipta matlamat kewangan yang baik.

1. Berfikir Umpama mahu Menanam Durian

Kita perlu memastikan cita-cita kewangan kita ada tempoh masa yang panjang. Ini membolehkan kita keluar dari zon selesa kita dan pada masa yang sama masih kekal realistik.

Apa-apa yang menjangkau tempoh melebih 10 tahun adalah satu matlamat jangka masa panjang. Pada masa yang sama, kita boleh menetapkan matlamat kewangan yang sederhana dari 3 – 10 tahun dan matlamat jangka masa pendek, 3 tahun dan ke bawah.

2. Darab 100

Sekiranya kita mempunyai pendapatan RM 3,000 sebulan, apa kata tetapkan matlamat sehingga mencapai RM 300,000 sebulan. Ya, ini pasti mencakar-cakar zon selesa kita.

3. Besar dan Lebih Besar

Pastikan cita-cita kewangan kita adalah jauh lebih besar dari situasi kewangan yang kita hadapi sekarang. Ini pasti banyak membantu kita.

Maksudnya, jika kita hari ini dibebani hutang RM 30,000 misalnya, maka sasarkan untuk mempunyai aset bernilai RM 300,000 selepas beberapa tahun. Apabila kita mempunyai perspektif baru sebegini, maka kita pasti menyedari sebenarnya masalah kewangan kita adalah kecil.


4. Kongsi dengan Orang yang Anda Sayang dan Suka

Orang yang berangan-angan Mat Jenin hanya bercakap. Orang yang benar-benar serius akan bertindak. Setelah menyiapkan matlamat kewangan, kongsikan kepada individu-individu yang rapat dengan kita.

Kongsikan sehingga individu-individu tersebut mentertawakan kita, bercakap sinis atau meminta kita memikirkannya semula. Ya, ketika itu barangkali kita telah mempunyai satu matlamat kewangan yang cukup baik.


0 orang telah menjerit:

 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks