Thursday, July 01, 2010

Saya TAK NAK sambung belajar



If you think degree is not enough, then take your masters.


Aku ada degree IT dan bekerja dalam bidang IT. Jadi adakah aku patut ambil Msc IT?

Aku ada degree IT tetapi bekerja dalam unit latihan, jadi adakah aku patut ambil Msc IT juga?

Aku ada degree telco engineering tetapi bekerja dalam unit HR, jadi apakah jenis master yang aku patut ambil?

Ada yang berpendapat untuk ambil degree juga. Meaning, in the end, kau akan ada 2 degree.

Pendapat aku :

1. Kau tanya dulu diri kau, apa kau nak dalam hidup ni?

Nak jadi system analyst? Nak jadi HR Manager? Nak jadi engineer? Lecturer? Business Owner?

2. Kau tanya bos kau, apa peluang yang akan kau ada kalau kau sambung Master?

Tak semua pekerja berani buat. Aku bernasib baik sebab pernah kerja dalam syarikat US yang mementingkan 'open environment'. Pekerja boleh berbincang dengan bos mengenai masa depannya. Senang nak jumpa boss sebab boss tak duduk dalam bilik ber-facebook dan ber-ym diam-diam buat kerja. Boss duduk dengan pekerja di cubicals.

Bila hati kau dah tetapkan kau suka mengajar misalnya, kau cuba lah kpli atau dpli. Tapi jangan sebab nak kerja kerajaan kau sibuk nak jadi cikgu. Sebab hati kau pada 'kerja kerajaan', bukan mengajar. Kau akan menyesal sebab cikgu paling lambat naik gaji / pangkat / etc.

Tengok balik hati kau nak apa. Jangan dengar cakap orang lain yang tak pernah kerja terus sambung master atau ajak kau join bidang yang dia join. Tanya pada orang yang betul.
Kalau kau suka kerja kau sekarang, tanya pada bos kau. Kalau kau suka pada kerja aku, kau tanya pada aku.

Bila hati kau dah tetapkan kau tak boleh jadi engineer dan kau suka management, baik kau sambung dalam bidang management.


Dont waste your time doing things you dont like,
Passion will drive you better!

0 orang telah menjerit:

 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks