Tuesday, July 21, 2009

Soalan-soalan cepu emas, perak dan gangsa.

Orang asyik tanya,

"Hey macam mana rasa dah kahwin?"

"Ada perubahan apa-apa?"

Aku paling pantang soalan ni, "Dah ada isi?"

Sebagai mendaulatkan bahasa malaysia, aku jawab, "ada.. kami memang bagai isi dan kuku.."

Sekarang ni memang pantang aku MC sikit, sakit perut sikit, walhal pegang perut sikit pun orang akan tanya soalan tu.

Soalan seterusnya yang juga membuatkan aku rasa nak bujang balik,

"Sabtu Ahad free? Datang la rumah, bawak album gambar kahwin ya.."

Memang sorry aku nak layan.. Nak tengok gambar, datang la rumah.

Lagi satu, orang akan tanya, "Dah pergi honeymoon? Honeymoon kat mana?"

Soalan macam ni biasanya aku jawab dengan sopan,"Aku tunggu tiket Bali dua hala dari engkau."

Aku sebenarnya tak rasa banyak perubahan setelah kahwin ni. Mungkin sebab kami masih tinggal berasingan dan aku hanya pulang ke rumah hujung minggu.

Sebab, sebelum kahwin pun aku bangun awal, lepas subuh buat sarapan untuk diri sendiri, lepas tu lepak-lepak kat ruang tamu sambil tengok tv. Itu juga aku buat lepas kahwin. Sabtu dan Ahad juga begitu.
Cuma kapasiti baju aku basuh dah jadi 2 kali ganda, dan bahagian aku masak juga dah jadi sekali ganda. Itu sahaja.

Satu-satunya perbezaan semasa aku bujang dan selepas aku kahwin ialah :
Mak aku dah tak tanya aku ada duit makan tak bila tiba hujung bulan!

Aku rasa, mungkin dia segan nak tanya kot? Erm.. =P

Note 1 : Gambar masih belum siap. Aku pun tak gelabah macam korang. Ish ish ish.
Note 2 : Hujung minggu aku penuh aktiviti sampai bulan puasa. Sila buat appoinment untuk datang rumah aku. Terima kasih.

Read more "Soalan-soalan cepu emas, perak dan gangsa...."

Wednesday, April 15, 2009

...:: Undangan Perkahwinan :::...


A S S A L A M U A L A I K U M

Because you give joy to our life, now we like you to enjoy this moment together with us.

Because it will only be once in a lifetime..

With joyous hearts
we invite you to attend our wedding
Saturday, the second of May two thousand nine,
12 o'clock in the afternoon

3011 Jalan Bomba, Teluk Intan Perak.



OR

Saturday, nineth of May two thousand nine,

12 o'clock in the afternoon

Kampung Melayu Paloh, Kluang, Johor.


As precious as the ocean's treasures

too strong for anyone to measure

two hearts, joined together

sharing our lives forever.

Invited : Seri Perak'ian, Kisas'ian, KMNS's, UKM's
Read more "...:: Undangan Perkahwinan :::......"

Friday, April 03, 2009

Not invited

Semalam, ketika aku sedang distribute kad sekitar pejabat, aku singgah di sebuah meja kerja di hujung pejabat.

"Apa ni?", dia tanya.

"Kad.." aku jawab.

Dia buka sampul itu dengan gelojoh sekali.

"Eh, kau tak kahwin lagi ke?", dia tanya.

"Ya", aku jawab sambil bersedia untuk pergi ke meja lain.

"Mati-mati aku ingat kau janda...". Dia. Ketawa.

Aku rampas kad, masukkan dalam sampul semula dan aku berlalu sambil berkata,

"You are not invited".

Dia. Diam.


Nota 1 : Sesiapa yang tak boleh datang ke Perak, boleh juga datang Johor (jalan-jalan!)
Nota 2 : Masih mencari tukang kipas. Ada sesiapa nak tawarkan diri?
Read more "Not invited..."

Tuesday, March 17, 2009

Kota yang tak berapa nak tinggi

Hari itu hujan turun dengan lebat sekali. Kami lalu di depan sebuah rumah bertema hijau. Semua hijau. Kanopi. Pelamin. Juga dinding rumah!

Hati dah mula rasa tak sedap. Capai telefon bimbit dan dial nombor Su.

Memang sah silap rumah!


......


......


Kami lepak dengan pengantin lelaki di rumah tandang dulu sementara tunggu mak andam siapkan pengantin perempuan. Aku tau dia gelabah sebab pegang rokok pun tangan menggigil. Dia cakap tak suka sebab orang tengok dia masa bersanding. Memang la tengok awak, takkan nak tengok jurugambar pulak!


Hujan memang turun mencurah-curah. Kami mula risau. Kami sedar kami berada di Kota yang tak berapa nak Tinggi. Sekejap saja kami boleh terperangkap, jika hujan tidak berhenti. Aku jeling jam. 2 petang. Bila pengantin nak makan damai ni?

4 petang.

Pengantin masuk bilik, dan seperti filem hindustan, pasangan tukar baju lain dengan sekelip mata.



Wah! Macam askar!

Kami mula tunggu untuk pengantin makan damai. Perut dah lapar. Semua nak rasa kek 3 tingkat!

Sebaliknya, pengantin terus ke pelamin semula. Pengantin lelaki pegang bakul penuh isi coklat.

Rumah menjadi kecoh. Pengantin baling coklat dalam bakul pada tetamu. Budak-budak mula berebut. Tapi aku pelik. Kenapa bunyi coklat yang dibaling seperti bunyi besi keping jatuh ke atas lantai?



Aku nampak! Rupanya syiling 50 sen. Kali ini orang tua pun mula berebut sama. Ya, termasuk aku (aku masih muda remaja, harap maklum).


Sesungguhnya, 3 jam berada di Kota Tinggi, mengajarkan aku satu perkara :

Hijau itu memang mendamaikan!




Buat Sham dan Su, anda memang sweet. Your heart belongs to each other. Semoga berbahagia sehingga ke syurga!

Nota 1 : Sebulan bukanlah lama. Tidakkkkk!
Nota 2 : Minggu ini mungkin ke Pahang. Meraikan kenduri kahwin ibu mengandung. *wink*


Read more "Kota yang tak berapa nak tinggi..."

Thursday, February 05, 2009

Main-main bisnes


Ramai orang tak percaya bila aku cakap aku minat bisnes.
Kawan, aku tak main-main. Ini betul-betul.
Sebab itulah dari dulu lagi aku memang ada niat untuk sambung MBA.
Cina kat tempat kerja lama aku dulu selalu advice IT grad macam aku untuk sambung MBA, instead of MIT.
Dan aku memang nampak kesannya sekarang. Walaupun aku belum berada dalam kumpulan tersebut. IT dan Bisnes memang tak boleh dipisahkan.

Tiada masa + takut adalah alasan aku.

Tiada masa?

Betul.

Sambung MBA hanya part-time. Kebanyakan kelas adalah Sabtu dan Ahad. Sabtu dan Ahad kadang kala perlu ke pejabat.

Takut?

Sikit. Fobia projek tahun akhir masih menghantui aku.


Jadi apa alternatif yang ada?

Uncle Aziz


Orang bisnes kata, belajar uruskan wang sendiri dulu.


Nota :
1. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong jolokkan.
Read more "Main-main bisnes..."
 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks