Friday, March 07, 2008

::SKEMA::

Ketika ini, aku sedang bekerja di pejabat. Sibuk. Sedang menunggu data untuk di-refresh. Kemudian aku akan teruskan kerja-kerja aku membuat laporan yang akan di hantar kepada semua Sales and Marketing Manager di seluruh Asia Pasifik. Aku kini telah menjadi sebahagian daripada Management Information System (MIS). Super-user (juga dipanggil super woman - merepek).

Sementara masa masih sudi menjenguk aku, aku akan cuba sedaya upaya supaya blog ini tidak mati.

Seminggu yang lalu, aku telah membeli sebuah novel. Ungu Karmila. Seperti biasa, tempat membaca adalah di dalam komuter. Pergi-balik UKM-KLSentral 80 minit. Tidak kira berdiri atau duduk, Ungu Karmila aku baca dengan sepenuh hati. Ada kelainan pada novel ini. Ketika aku membaca novel-novel lain, ada ketika mata aku sempat juga memandang kepada penumpang yang bermacam ragam. Tetapi tidak pada Ungu Karmila. Ada kala aku tidak sedar aku telah menahan nafas beberapa saat kesan daripada ketakutan Ema di dalam novel tersebut. Aku teruskan bacaan, tidak kira berdiri atau duduk. Berkesan menghilangkan bosan. Fakta-fakta jelas dan tersusun. Tidak seperti novel Cinta Sang Ratu, RAM dalam Ungu Karmila tidak tergesa-gesa menghabiskan penulisannya. Walaupun aku telah boleh mengagak puncak cerita ini, namun debarannya tetap ada. Bagus.


Aku tidak mahu mengumpat KTM lagi, kerana dalam 2 hari ini perkhidmatannya sungguh cemerlang. Komuter tiba back-to-back. Aku tidak lagi berhimpit dengan manusia-manusia bukan ber-kadPengenalan biru dan busuk. Aku akan tunggu dengan sabar komuter seterusnya. Berhasil. Komuter tiba 3 minit selepas komuter pertama. Komuter kini hanya akan berhenti di stesen Kepong. Penumpang ke laluan Rawang harus turun dan menaiki komuter lain di Kepong. Bagus. Sekurang-kurangnya 'mereka' berfikir. Jangan menyalahkan rakyat Malaysia yang semakin terhakis courtesy jika kerajaan sendiri tidak membantu ke arah itu. 4 bulan aku menaiki komuter untuk ke pejabat. Sememangnya rakyat Malaysia kurang kesabaran. Punca? Perkhidmatan komuter yang mengecewakan. Mungkin kelihatan remeh dan tidak berkait. Aku pernah melihat seorang ibu mengandung yang dibiarkan berdiri selama 30 minit dan bersesak di dalam komuter. Tiada sesiapa yang menawarkan tempat duduk. Aku? Tidak dapat memberikan bantuan kerana aku juga berdiri.. *sighh*
Jadi pangkah bulan-kah? *wink*

Ok, data telah di-refresh tanpa sebarang masalah. Berhenti di sini. Sehingga bila? Sehingga masa sudi menjenguk aku semula.. (Aku perasan sibuk.. ohhhh)

0 orang telah menjerit:

 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks