Monday, March 10, 2008

Pada pagi ini, aku terjaga kerana azan subuh yang berkumandang dari surau sekolah tahfiz di belakang rumah. Pagi ini juga aku mendengar sekali lagi kokokan ayam yang menyegarkan. Itu adalah gambaran waktu subuh di kawasan rumah sewa aku. Aku memang tinggal di kawasan kampung. Kampung Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi.



Selalunya aku akan menaiki skuter kesayangan aku, abang novou ke stesen komuter UKM, tetapi entah kenapa, pagi ini aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki dan menghirup udara segar. Setelah tiba di 'jalan besar' kampung sungai tangkas, aku memandang ke sebelah kiri jalan. Terdapat kedai-kedai runcit Melayu baru dibuka dan terdapat cyber cafe milik Melayu yang masih belum dibuka. Di sebelah kiri jalan itu juga dapat di lihat kedai-kedai makan milik Melayu yang selalunya beroperasi pada waktu malam.



Walaupun begitu, aku selalunya memilih untuk makan di Fasa 1, atau seksyen 16. Dan jika selera tiba-tiba mahukan roti canai, aku akan beralih ke seksyen 15. Ketika berada di Seksyen 15, aku dapat melihat kedai-kedai Melayu berderetan di kiri dan kanan jalan. 'Kedai gunting rambut abang macho', bengkel-bengkel motor, 'kedai buku starfly' dan beberapa buah kedai makan Melayu.

Ketika PRU-12 yang baru berlalu 2 hari yang lalu, perang poster mula berlaku. Ketika itulah aku tahu, Bandar Baru Bangi dipegang oleh PAS pada penggal yang lalu. Barulah terdetik di fikiran aku ketika itu, aku tidak pernah nampak barang sebuah pun kedai nombor di sini. Juga terdapat banyak kedai perniagaan MElayu di bandar ini. Pembangunannya juga tersusun, tidak berserabut seperti 'jiran-jirannya' (Serdang dan Kajang), suasananya juga damai dan tenang.

Bukanlah ingin berat sebelah atau pro-PAS, tetapi ini adalah realiti. Ya, memang terdapat kelemahan bandar ini, iaitu kadar penyakit denggi yang semakin meningkat (Aku pun tak faham kenapa). Tetapi itu tidak menghalang rakyat untuk terus membeli rumah di sini. KErana kelebihan inilah aku dengan yakin berpindah semula ke bangi dari rumah sewa di serdang. Pendapat ini adalah dari mata aku yang melihat dan otak aku yang menilai. Sesungguhnya, memang PAS boleh memerintah, malah lebih baik dari pemimpin sedia ada. Setuju?

Walaupun begitu, bukan itu sebab utama yang mempengaruhi pilihan aku, tetapi kerana poster ini :


(taula tengah kempen, tapi agak-agak la brader...)


AKU TIDAK BOLEH BERKROMPOMI DENGAN ORANG YANG MEMAINKAN AGAMA!!


Oh ya.. Oh ya.. juga gambar panas ini :

*terpaksa censor.. hehe*

Maka, anda sendiri menilai baik buruk kepimpinan kita...


Bersambung...

0 orang telah menjerit:

 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks