Monday, November 12, 2007

Untuk lelaki

Untuk lelaki~
9 perkataan yang sering digunakan wanita... the fact is .. it is TRUE!! *ngeee*

  1. "Baiklah" : PErkataan ini digunakan oleh wanita untuk mengakhiri pertengkaran apabila mereka benar dan anda perlu diam.
  2. "5 minit" : Jika wanita sedang bersiap, ini bermakna setengah jam lagi. 5 minit hanya bermaksud anda diberikan masa selama 5 minit untuk menonton perlawanan di tv sebelum disuruh mengemas rumah..
  3. "Takde pape" : KAta-kata ini hanyalah kata-kata penenang sebelum ribut yang sebenar muncul. PErkataan ini sememangnya mempunyai maksud tersirat. Dan anda perlu bersedia. Pertengkaran yang bermula dengan tidak ada apa-apa Selalunya berakhir dengan ringkas.
  4. "Buatlah!" : Ini adalah satu cabaran, bukan kebenaran untuk anda meneruskan apa sahaja niat anda. Jadi, jangan buat!
  5. Keluhan Kuat : Ini adalah sebenarnya sepatah kata, malah adalah satu pernyataan bukan lisan yang juga sering disalahertikan oleh lelaki. KEluhan kuat bermakna dia sedang menganggap anda adalah bodoh dan hairan mengapa dia mensia-siakan masanya dengan berdiri di sini dan bertengkar dengan anda mengenai hal yang tidak penting. (rujuk kembali untuk #3 untuk makna "takde pape".)
  6. "Takpe.." : Ini adalah kata-kata yang paling bahaya dari wanita kepada lelaki. 'Takpe' bermaksud wanita tersebut sedang berfikir dengan mendalam sebelum membuat keputusan bila dan bagaimana anda akan membayar untuk kesalahan yang anda telah lakukan. (Dendam)
  7. "TErima kasih" : Seorang wanita sedang berterima kasih kepada anda. Jangan bersoal jawab atau pengsan. Jawab je 'Sama-sama'.
  8. "APe-ape ajelah!" : Cara wanita untuk berkata 'Sial kau'.
  9. "Jangan risau, saya dah buat/ saya faham" : Satu lagi kata-kata yang merbahaya, bermaksud wanita itu telah berkali-kali memberitahu lelaki untuk melakukan sesuatu tetapi tidak diendahkan lelaki tersebut, dan dia kini melakukan perkara tersebut sendiri. Contoh : Kemas rumah atau basuh pinggan mangkuk. Ini kemudiannya akan menyebabkan lelaki itu bertanya "Apa yang tak kena dengan awak ni?" Dan wanita tersebut menjawab seperti nombor #3.

2 orang telah menjerit:

Anonymous said...

hahahaa..best2 mana dapat nie fakta k auta :) akak baru tahu akak selalu gak guna perkataan tu :)

Anonymous said...

Betul Ke Diorang Selalu Guna Perkataan Tu..

 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks