Monday, November 12, 2007

Layu

Hari isnin. Hari bosan. Kira. 1,2,3,4 hari lagi untuk hari jumaat. Arghh... aku memang suka cuti.

Kenapa?

Cuti boleh lepak. Cuti buat aku gembira.

"Pergi kerja gomen la cmtuh!!" kata mereka.
"Ya", aku kata. "Tapi bukan sekarang". kata aku lagi.

Otak aku makin layu. Kenapa? Dah lama tak guna? Ya agaknya. Sudah 1,2,3,4,5,6 bulan aku 'berhenti' belajar. Tak, bukan yang itu. Maksud aku, berhenti memerah otak.

"Kau kan tengah kerja? Tak pakai otak ke?" tanya mereka. "PAkai, tapi tak heavy macam masa study dulu." aku jawab.

Ya, aku sedang baca buku FT - Tuhan Manusia. Dah masuk 2 minggu. Tak habis lagi. Otak aku memang tak boleh terima heavy reading sekarang. Tapi buku FT - TM memang menarik. TM memang suruh aku pakai otak. Baca-analisa-ulas. Kerja pakai otak buat aku teruja. SEronok bila dapat selesaikan satu-satu kerja. Ini hasil kerja aku. MAcam tu la.

Aku rasa aku perlu bangkit semula. Fikirkan semula masalah negara. "Poyo". Tak la, cuma mahu bangkitkan semangat pakai otakku semula. Itu pun salah ke??

Aku dengan azam baru. TM akan aku habiskan sehingga hujung minggu ini. Awak yang bernama kekasih, jangan ganggu saya hujung minggu ini. Pergi stand-by, ok? Bagus, awak memang kekasih yang comel!

0 orang telah menjerit:

 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks