Monday, December 31, 2007
Wednesday, December 19, 2007
Laluan Baru
Aku baca Utusan Malaysia Online pagi ni dan tertarik dengan satu artikel ni. Pasal laluan baru putrajaya-kl. Macam best sebab macam dekat je .. Tapi tak try lagi, nantila nak cuba drive sampai damansara dari bandar baru bangi. Kalau betul dekat seperti yang dikata, boleh la drive pegi keje lepas ni. boleh save energy balik keje.. fikirkan pasal komuter je dah buat aku letih..
KL-Putrajaya 20 minit (edited)
Oleh NUR AZWA IBRAHIM
KUALA LUMPUR 18 Dis. – Jika sebelum ini anda perlu mengambil masa selama 40 hingga 50 minit untuk ke Putrajaya, namun tempoh itu mampu dipendekkan sehingga separuh dengan menggunakan laluan baru Lebuhraya KL-Putrajaya.
Pembukaan lebuh raya itu juga mampu menangani masalah kesesakan lalu lintas, khususnya untuk memasuki ibu negara menerusi laluan dari Desa Petaling ke Sungai Besi sebelum masuk ke Jalan Tun Abdul Razak.
Tihana berkata, secara keseluruhannya lebuh raya sepanjang 26 kilometer itu mempunyai lima persimpangan bertingkat dan dua plaza tol.
Lima persimpangan itu ialah persimpangan bertingkat Kampung Pandan, Salak Selatan, Kuchai Lama, Bukit Jalil dan Putrajaya.
‘‘Lebuh raya ini menawarkan pengguna laluan terus yang singkat tanpa perlu menghadapi masalah kesesakan lalu lintas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, baru-baru ini.
Tambah beliau, pengguna dari Kuala Lumpur menuju ke Putrajaya hanya mengambil masa antara 15 hingga 20 minit berbanding 60 minit mengikut laluan yang ada sekarang.
Sementara itu, tinjauan mendapati persimpangan bertingkat Kampung Pandan boleh dimanfaatkan oleh pengguna yang datang dari arah Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Pahang, Jalan Sultan Ismail, Taman Maluri, Pandan Jaya dan Kampung Pandan.
Persimpangan bertingkat kedua atau Salak Selatan pula menghubungkan pengguna dari Damansara, Bangsar, Jalan Duta dan Jalan Kuching ke lebuh raya ini.
Persimpangan bertingkat Kuchai Lama pula mempunyai dua susur masuk iaitu pertama untuk pengguna dari Kerinchi, Mid Valley, Bangsar, Bandar Tun Razak dan Taman Connaught dan yang kedua ialah dari Jalan Klang Lama, Kuchai Lama dan Taman Desa.
Menurut Tihana, persimpangan bertingkat Bukit Jalil merupakan satu-satunya persimpangan arah Kuala Lumpur ke Putrajaya yang mempunyai susur keluar iaitu ke Ampang, Cheras dan Hulu Klang.
‘‘Persimpangan yang dibina menyeberangi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Shah Alam (Kesas) menghubungkannya dengan Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR) 1 dan 2 sekali gus mengatasi masalah kesesakan di sepanjang laluan itu.
‘‘Ini juga membolehkan pengguna dari Klang, Shah Alam, Subang Jaya, Sunway, Gombak, Ampang dan Cheras menggunakan laluan ini untuk ke pusat bandar Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya dan KLIA,’’ katanya.
Selain itu, ia dapat menyuraikan trafik dari Kuala Lumpur ke Sungai Besi, Kajang, Lebuhraya KL- Seremban, Sri Petaling dan Bangi.
Selepas dua kilometer dari persimpangan Bukit Jalil, terdapat kawasan rehat dan rawat (R & R) Seri Kembangan yang menyediakan kemudahan kepada pengguna yang ingin berhenti untuk berehat, menunaikan solat dan juga menjamu selera.
Bacaan lanjut : Sini
Read more "Laluan Baru..."
Tuesday, December 18, 2007
Perut aku sakit sebab makan banyak (?)
Tak pecaye lagi???
Ni ade gambar. Ambik kau!!
Dinner kat Tony Roma's The Curve, Mutiara Damansara.
Menu : Macam-macam la.. tak larat nak tulis sume.. Buruk lantak. Huh.
*Tony Roma's inside*
*The food*
ps://suke hati awakla....
Friday, December 14, 2007
ayat-ayat cinta filemnya ya...
“Aku masih mencium bau surga. Wanginya merasuk ke dalam sukma.
Aku ingin masuk ke dalamnya. Di sana aku berjanji akan mempersiapkan
segalanya dan menunggumu untuk bercinta. Memadu kasih dalam cahaya
kesucian dan kerelaan Tuhan selama-lamanya.”
~Maria~
Kat bawah ni filemnya ya... tapi photos je la..
Nak tgk trailer? Drag bawah lagi..
~Fahri b Abdillah~
~Fahri (mana serbannya?)~
~Fahri dan Aisha~
~Perkahwinan Fahri dan Aisha.. Suka cantik sangat!!~
Ha.. yang ni trailer nya ya... Enjoy~~!!
Read more "ayat-ayat cinta filemnya ya......"
Thursday, December 13, 2007
Kompas Emas
Cerita pasal Lyra, Lord Asriel, Uncle Scoersby, Pn. Coulter, the cute Pan, Iorek Byrnison dan Serafina Pekkala (watak paling aku suka).
Anyway, grafik cantik, jalan cerita tak meleret, tapi ending cerita ni mengundang carutan di kalangan penonton sebab cerita tergantung, tak tau Lord Asriel selamat ke tak. Tapi tu la sequel namanya bang.. Nak tau lagi lanjut? Pergi nonton sendiri-lah..
(Kecewa sebab nak tengok National Treasure tapi tak keluar lagi semalam, so tengok cerita ni.. tapi not bad-lah.)
Iorek Byrnison.
Beliau ni putera raja beruang kutub tapi kena halau sebab kalah dengan Ragnar Sturlusson yang gila kuasa nak jadi raja beruang kutub.
Lyra ngan Uncle Asriel-nya yang cool.
Lyra ngan Billy (dah besar mesti hensem dak nih)
Lyra ngan Pn. Coulter (yang jahat?).
Konfius aku dengan watak Pn.Coulter ni, kejap baik kejap jahat..
Lyra kat dalam bilik pengetua (?) masa nak curi jubah sarjana.
Lyra kena nyorok dalam lemari jubah sebab ade orang datang.
Err.. Ni masa bila plak? Konfius konfius..
Ha.. Yang ni pulak Pan.. Daemon dak Lyra tu.. Pan ni pun satu tarikan dalam cite ni sebab comel dan buleh tukar-tukar jadi kucing dan burung. Dalam cite ni Daemon takleh pisah dengan manusia sebab masing-masing bersatu soul. Satu mati, satu lagi akan mati jugak..
*Eh? Lupe la nak letak gambar witch cantik si Serafina Pekkala. Takpela, lepas ni korang leh gi tengok..
Read more "Kompas Emas..."
Wednesday, December 12, 2007
Adat perpatih
- Harta Pusaka Suku
Harta Pusaka Suku adalah harta yang di warisi turun temurun sejak Dato Perpatih menjelajah (membuka?) kawasan Negeri Sembilan dan sebahagian Melaka seperti yang diketahui sekarang.
Jadi memang dah harta bini ko, takkan tetibe nak nyebok-nyebok claim. Ceh. - Harta Pusaka Waris
Harta jenis ini adalah harta yang berpandukan syarak dan pembahagiannya juga berpandukan syarak. Dan baca ini : HARTA SEPENCARIAN (semasa masih bergelar suami-isteri) ADALAH TERMASUK DI BAWAH HARTA PUSAKA WARIS.
So, korang bleh claim suke hati korang (dengan berpandukan syarak).
Sekarang aku tanya kamu :
Siapa kata kalau kahwin dengan orang Negeri Sembilan (terutamanya perempuan) akan jatuh miskin?
Siapa kata kalau kahwin dan bercerai dengan orang Negeri Sembilan (terutamanya perempuan) akan jadi papa?
Siapa kata?
Siapa kata?
Kalau betul terjadi? Maknanya dah kena tipu laaaaa..... padan muka.
Nantikan penjelasan mengenai adat perpatih.. akan datang.. *wink*
Read more "Adat perpatih..."Friday, December 07, 2007
Merdeka (?)
Wonderful. Highly recommended to ALL Cikgu Sejarah. Cool eh?
*ulasan later*
~suddenly miss my arwah atok so muucchhhhhh... You were a great story-teller.. mana nak dapat story 'fresh' from penentang Malayan Union (siap dengan tangisan dan penuh perasaan)?? Al fatihah buat arwah atok - Hj.Othman b Said~
Tuesday, December 04, 2007
P.D
Bomba memang sungguh berperanan dalam menyelamatkan masyarakat daripada kepanasan...
Saturday, December 01, 2007
Sedikit Ayat-ayat Cinta
Sedikit Ayat-Ayat Cinta
Aku merasakan keagungan Tuhan di seluruh jiwa.
PadaMu
Kutitipkan secuil asa
Kau berikan selaksa bahagia
PadaMu
Kuharapkan setetes embun cinta
Kau limpahkan samudera cinta...
“Aku masih mencium bau surga. Wanginya merasuk ke dalam sukma.
Aku ingin masuk ke dalamnya. Di sana aku berjanji akan mempersiapkan
segalanya dan menunggumu untuk bercinta. Memadu kasih dalam cahaya
kesucian dan kerelaan Tuhan selama-lamanya.”
Thursday, November 29, 2007
ayat-ayat cinta
Setiap hari.. rutin ku adalah menyapa seorang sahabat. Aku memang suka chatting dengan beliau. Walaupun kadang-kadang membawa kepada perselisihan pendapat. Tapi bak kata beliau, February Baby, marahnya cepat, redanya juga cepat.
Kenapa aku berbeliau-beliau ni?
[Cinta cara Islam (?)]
SH: ko penah baca tak novel Ayat-Ayat Cinta?
SH: karya Habiburrahman El Shirazy
SH: bagus sgt
SH: aku suke.. aku still tgh baca
SH: aku rase..
SH: ko ngan ahsat elok baca buku tu
SH: tapi aku rase ahsat dah bace
SH: tak silap aku die penah sebut
SH: novel
SH: bagaimana bercinta cara Islam
RH: sapa?
RH: ahsat??
SH: a'ah
SH: aku dah start baca takleh letak dah
RH: oooo
SH: nak pinjam?
RH: ada ek bercinta cara islam...hahaa...tak tau lak
SH: haha
RH: aku dgr sms pon x bleh
SH: bukan bercinta ekceli
SH: macam ko ngan ahsat la
SH: suke je tapi tak cakap
SH: same la macam dalam novel ni
RH: hehe
RH: biarkan tergantung
[Paksa]
SH: tapi aku tak kira
SH: sementara ko lapang ni
SH: pegi baca novel tuh
SH: aku paksa.
RH: hehe
RH: pinjam la
RH: 1 Ayat-Ayat Cinta: Sebuah Novel Pembangun Jiwa (Pemenang Pena Award
Novel Terpuji Nasional 2005)
Author : Habiburrahman El-Shirazy
Usual local delivery : 1-2 weeks
RM 22.90
RH: ni eh?
http://www.mph.com.my/search/nsearch.cfmdo=detail&pcode=9832672368
RH: adeh bahasa indonesia hehe
RH: aku tgh baca ....kalau best aku beli...rm22.90... beli online
SH: penulis die Indon
RH: a'ah
RH: aku search tadi.....utk review je
RH: tetiba nmpk file pdf
RH: hahaha
RH: bahagian mana best baca
SH: full novel ke?
RH: a'ah full r
SH: tak sama la baca cmtuh ngan novel di tangan
RH: hehe tau
RH: baca dlm ni kene tumpuan habis
RH: hahah
RH: kalau buku leh baring2
RH: anyway....sbb ko dh ade copy dia...actually legal ko buat copy utk
personal...mean dlm bentuk pdf...so aku bg ko ...mana tau lupa bawak leh
baca....hehe
SH: "Ayat-ayat cinta" memangnya pintar mengheret kita menjejaki - malah
menghidu perhubungan Fahri (Indon) dan Maria (Mesir) secara penuh
mengajar, menhantar isyarat dan kebijaksaan baru melalui perhubungan
sopan antara insan dua negara"
SH: ko tau tak sape yg quote kata2 tuh
RH: sapa?
SH: A.samad said
RH: oooo
SH: aku bli buku ni sebab a.samad said pun baca
SH: lepas first page, terus tak letak dah
RH: actually buku ni mahal...tapi cetakan baru rm22.90
RH: mmg harga camtu eh?
SH: a'ah, aku bli semalam, btul harga die
SH: lagi satu buku Travelog Haji
SH: so aku dapat discount la
[Beli Online]
RH: aku nk beli online MPH ni
RH: 1-2 hari sampai
shanmea: bape shipping?
RH: lom tgk lagi
SH: owh...
SH: hmm aku mmg cari buku2 cmnih sekarang
SH: tapi susah nak cari
SH: kalo tak pun kat www.ameenbooks.com
SH: tapi 2 mnggu
SH: tp best sebab kadang2 ade buku baru yg penulis die sign
RH: selain mph ape eh
SH: www.ameenbooks.com
SH: kat situ sume byk buku yg susah nak mampos cari kat pasaran
SH: tak pun
SH: www.ujanailmu.com.my
SH: tu pun same
SH: tapi ujanailmu tu kat ampangan seremban
[Pengaruh]
SH: bg hadiah ni sunnah nabi
SH: hehe
SH: dah terpengaruh dah aku ngan ayat-ayat cinta
SH: semalam mintak tamar hindi kat mapley
SH: pening die cakap takde
SH: hehe
[Akhirnya]
SH: wei
SH: cepat ler anta novel pembangun jiwa tu
RH: hehe
RH: yela
Read more "ayat-ayat cinta..."
Free Dinner.. Again?
Free Dinner...
Dear team in KL,
Time to Celebrate !!
Team in KL has done an excellent job to transit operation from Chennai to KL in very short time. Nov report operation had some hick ups. But with all your efforts, we delivered. Congrats !
Team in KL, please go celebrate the achievement. Your hard work is recognized and you deserve a celebration. Please continue the good job there. I wish i can be there with you soon.
I've asked Lyndsey to arrange a lunch/dinner to celebrate. Have FUN !!
Dear team in SG,
Work Hard ~
Team in SG is going for a dinner tonight. The purpose of the dinner for SG is to take a short break from hard working month end with many challenging deliverables in few days. I truly appreciate team in SG's effort and hard work to drive the results. The deadline is tight and task is not easy. I trust we all here to deliver together.
One person's success is team's success.
One person's commitment is team's commitment.
When one person fails, we all fail.
Team in SG, let's have a break tonight.
Team in KL, trust you will have a great time soon too.
It will be a transforming year for Sales Information Mgmt (SIM is our team) in FY08. Let's work together to create great results.
Best Regards,
Yenni Wu
Tanya balik : Kenapa saya suke kerja saya??
Jawab balik : Sebab dia beeesssttt.............! Read more "Free Dinner.. Again?..."
Wednesday, November 28, 2007
Dr.Syeikh belajar dalam Bahasa Melayu
Baca
Aku bukan orang sastera.
Tapi aku menggemari sastera. Itu tidak salah, bukan?
Biar orang kata itu jiwang dan ini jiwang.
Aku tak pernah peduli.
Ini bukan jiwang, kawan.
Inilah sastera, seni dan budaya kita.
Hati aku memang mudah menggemari bacaan sastera.
Penulis favourite ku Faisal Tehrani dan terbaru, Isa Kamari.
Aku bosan dengan novel-novel picisan yang ada.
Maaf. Aku tak termasuk 'geng' alaf21, walaupun aku agak menggemari RamleeAwangMurshid.
Tidak. Aku bukan pembenci novel Inggeris. Malah aku membesar dengan siri FearStreet-RL Stine dan tatkala umurku mencecah 12 tahun, aku telah mula membaca dan mengumpul SidneySheldon's.
Minat membacaku semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.
Mulanya begini.
Aku hanya ingin mengisi masa lapang ketika menaiki tren pergi dan pulang dari tempat kerja.
40+40=80 minit. Itulah jumlah masa yang aku ada untuk membaca.
Memang pelik apabila memikirkan aku dapat berdiri tanpa bergerak dengan sebuah buku di tanganku selama 40 minit.
Ingin saja aku jeritkan kepada semua penumpang tren surah Al-Alaq ayat 1-5.
Ya, memang ada segelintir Melayu yang memegang buku di tangan.
Tapi sayang, bukan buku ber Bahasa Melayu.
Mungkin bukan hariku untuk berjumpa orang Melayu yang membaca buku Bahasa Melayu di dalam tren.
Itu aku tidak tahu.
Ayuh kawan-kawan.
"Bacalah dengan nama Tuhanmu..."
Read more "Baca..."
Tuesday, November 27, 2007
Thursday, November 22, 2007
king16
Not in the mood to write.
Dengar lagu dalam blog ni.
Khas untuk pembaca setia - kak raja.
Enjoy.. Read more "king16..."
Wednesday, November 21, 2007
::Biasa sahaja::
Di Alaska, setiap kali tiba musim sejuk, matahari tidak akan muncul sehingga 30 hari. Musim sejuk kali ini akan diingati oleh beberapa orang penduduk yang mengalami pengalaman paling mengerikan di dalam hidup mereka. Bayangkan anda hidup 30 hari tanpa matahari, semua perhubungan komunikasi dimatikan, termasuk yang menggunakan satelit, semua perhubungan melalui jalan udara tiada, pendek kata anda hidup di dalam bandar yang terpisah dari dunia luar. Tidak tahu apa yang terjadi di luar, dan mereka di luar sana tidak tahu apa yang terjadi kepada anda. Dan anda diancam bahaya pontianak yang bermaharajalela.
"Vampire didnt exist"
"Let them know we're not a legend"
Pendek kata, filem ni pasal pontianak bijak yang hisap darah. Typical kan? Sama sahaja seperti filem-filem lain. Sad ending story - which i dont like!! Huhu~
Read more "::Biasa sahaja::..."
Monday, November 19, 2007
Delicious meal at DeLiciOus
Haji Mabrur
Friday, November 16, 2007
Sakit itu natijah dosa
Aku dah sihat (Sambil menelan antibiotik yang terakhir).
Terima kasih kawan-kawan atas email, sms dan panggilan telefon.
Aku dah sihat.
Moga dosa-dosa kecilku digugurkan.
Amin. Read more "Sakit itu natijah dosa..."
Monday, November 12, 2007
Layu
Kenapa?
Cuti boleh lepak. Cuti buat aku gembira.
"Pergi kerja gomen la cmtuh!!" kata mereka.
"Ya", aku kata. "Tapi bukan sekarang". kata aku lagi.
Otak aku makin layu. Kenapa? Dah lama tak guna? Ya agaknya. Sudah 1,2,3,4,5,6 bulan aku 'berhenti' belajar. Tak, bukan yang itu. Maksud aku, berhenti memerah otak.
"Kau kan tengah kerja? Tak pakai otak ke?" tanya mereka. "PAkai, tapi tak heavy macam masa study dulu." aku jawab.
Ya, aku sedang baca buku FT - Tuhan Manusia. Dah masuk 2 minggu. Tak habis lagi. Otak aku memang tak boleh terima heavy reading sekarang. Tapi buku FT - TM memang menarik. TM memang suruh aku pakai otak. Baca-analisa-ulas. Kerja pakai otak buat aku teruja. SEronok bila dapat selesaikan satu-satu kerja. Ini hasil kerja aku. MAcam tu la.
Aku rasa aku perlu bangkit semula. Fikirkan semula masalah negara. "Poyo". Tak la, cuma mahu bangkitkan semangat pakai otakku semula. Itu pun salah ke??
Aku dengan azam baru. TM akan aku habiskan sehingga hujung minggu ini. Awak yang bernama kekasih, jangan ganggu saya hujung minggu ini. Pergi stand-by, ok? Bagus, awak memang kekasih yang comel!
Read more "Layu..."
Untuk lelaki
9 perkataan yang sering digunakan wanita... the fact is .. it is TRUE!! *ngeee*
- "Baiklah" : PErkataan ini digunakan oleh wanita untuk mengakhiri pertengkaran apabila mereka benar dan anda perlu diam.
- "5 minit" : Jika wanita sedang bersiap, ini bermakna setengah jam lagi. 5 minit hanya bermaksud anda diberikan masa selama 5 minit untuk menonton perlawanan di tv sebelum disuruh mengemas rumah..
- "Takde pape" : KAta-kata ini hanyalah kata-kata penenang sebelum ribut yang sebenar muncul. PErkataan ini sememangnya mempunyai maksud tersirat. Dan anda perlu bersedia. Pertengkaran yang bermula dengan tidak ada apa-apa Selalunya berakhir dengan ringkas.
- "Buatlah!" : Ini adalah satu cabaran, bukan kebenaran untuk anda meneruskan apa sahaja niat anda. Jadi, jangan buat!
- Keluhan Kuat : Ini adalah sebenarnya sepatah kata, malah adalah satu pernyataan bukan lisan yang juga sering disalahertikan oleh lelaki. KEluhan kuat bermakna dia sedang menganggap anda adalah bodoh dan hairan mengapa dia mensia-siakan masanya dengan berdiri di sini dan bertengkar dengan anda mengenai hal yang tidak penting. (rujuk kembali untuk #3 untuk makna "takde pape".)
- "Takpe.." : Ini adalah kata-kata yang paling bahaya dari wanita kepada lelaki. 'Takpe' bermaksud wanita tersebut sedang berfikir dengan mendalam sebelum membuat keputusan bila dan bagaimana anda akan membayar untuk kesalahan yang anda telah lakukan. (Dendam)
- "TErima kasih" : Seorang wanita sedang berterima kasih kepada anda. Jangan bersoal jawab atau pengsan. Jawab je 'Sama-sama'.
- "APe-ape ajelah!" : Cara wanita untuk berkata 'Sial kau'.
- "Jangan risau, saya dah buat/ saya faham" : Satu lagi kata-kata yang merbahaya, bermaksud wanita itu telah berkali-kali memberitahu lelaki untuk melakukan sesuatu tetapi tidak diendahkan lelaki tersebut, dan dia kini melakukan perkara tersebut sendiri. Contoh : Kemas rumah atau basuh pinggan mangkuk. Ini kemudiannya akan menyebabkan lelaki itu bertanya "Apa yang tak kena dengan awak ni?" Dan wanita tersebut menjawab seperti nombor #3.
Friday, November 09, 2007
Game ORang Lemah Fizikal
*peserta bersiap*
*pukul bola jauh-jauh lepas tu suruh orang lain kutip*
*terkecuali dari lemah fizikal*
Walaupun game nih bosan, yelah, pukul-pukul bola, lepas tu ada orang kutip, kan lagi thrill kalau pemukul bola tu kutip sendiri, yang sangkut-sangkut kat pokok tu, kena amik sendiri. Bola yang jatuh dalam semak tu pun kena amik sendiri , lepas tu bila dapat bola tu, dapat hadiah rm10 satu bola. LAgi adventure lagi susah masa nak cari bola tu, lagi tinggi hadiah dia. ha.. baru la thrill! Tapi elok jugak, buleh lepak sonok2, tengok pakcik-pakcik (err.. uncle-uncle la. tak vouge la panggil 'pakcik'! pastikan anda tidak salah sebut - vouge = vog bukan voge. Aku sula sekor-sekor karang) tunjukkan skill masing-masing. Dan paling best dapat spend masa dengan awak. Lame dah kita tak pergi main golf sama-sama kan? *ngeeee*
Read more "Game ORang Lemah Fizikal..."Wednesday, November 07, 2007
Kita lihat : Apa kata survey????
kau telah ditagged! sila buat survey diatas. PAdan muka.. haha
Tuesday, November 06, 2007
Surat cinta
Surat rasmi untuk Datuk Chan Kong Choy
Hari ini aku naik komuter lagi. Hari-hari naik komuter. Hari-hari naik komuter. Naik komuter hari-hari. Tapi, hari-hari pun adalah sama saje. Seksaan ini tidak dapat ditanggung lagi, maka lahirlah surat ini. Ini adalah perenggan intro.
Mungkin aku yang tak faham sistem komuter, atau memang komuter sebegitu keadaannya? Mengapakah kamu selalu mendelay-delaykan perjalanan komuter. Delay komuter itu adalah bermaksud selama 20 minit. Itu pun masa peak hours. Ketika sume org nak balik cepat. APekejadahnye semua ini?? Ini adalah perenggan isi pertama.
Tggu la situ lama-lama. Lama-lama tggu situ.. Smpai penuh manusia kat platform, lepas tuh hangkut sekali sume. Apekehei??
Sexual harassment berlaku dimana-mana. termasuk dalam komuter. PEndatang asing nih pun satu hal lagi. Igt nih macam kat negara diorg?? Naik smpai ke bumbung?? Tolak sane tolak sini. Ibu megandung pun boleh terberanak kat situ. Ish ish ish.. Apekejadahnye semua ini?? Ini adalah perenggan isi kedua.
Aku harap kamu turun padang untuk lihat sendiri keadaan ini. Bukan turun padang bola nak support myteam *yang kalah dengan indon haritu* tapi turun ke platform stesen kuala lumpur, stesen kl sentral atau stesen midvelly (stesen nih tak ptut ada). Lihat sendiri. KAlau buleh, rase sendiri, betapa menariknye. Pengalaman tu kalau dulu hanya dpt tgk kat oversea je.. *india, indon, bangla* Tapi sekarang buleh tgk kat mesia gak, tanah tumpah darahku, negarakuku.. ku ku ku ku.. (reshmonu kate). Jadi aku rase bleh wat satu tarikan pelancong utk datang. Jadi surat ini ditujukan pada RAis YAtim jugak . Aku dah merepek. Ini adalah perenggan penutup.
*Aku tengah hafal nama menteri..
Read more "Surat cinta..."
Friday, November 02, 2007
Kenapa Saya Suka Kerja Saya
- Kompeni besar. MNC. Talk about job security.
- Ada bas dari KL Sentral - Opis. Its free. Talk about saving budget and time consuming.
- Kerja tak susah. No more programming. No more working till late at night. No more tensen-tensi. Talk about satisfaction.
- Ada breakfast. Everyday. Free. I love wednesday. Kenapa? Sebab wednesday heavy breakfast. Perut penuh sampai lunch time. Talk about saving budget.
- Flexible. No punch in-out. Talk about satisfaction.
- Very high-tech. Everything online. Using Netmeeting. Talk about experiences and exploring.
- Laptop. Free. Talk about benefits and beeeessst.....!
Tanya balik : Kenapa saya suka kerja saya?
Jawab balik : Sebab die beeesssst.....
Thursday, November 01, 2007
H::A::W::A
'Tanda orang beradat, elok perangai sempurna sifat'
'Tanda orang beriman, perangai elok bicaranya sopan'
'Tanda orang berilmu, cakapnya tidak menyingkap malu'
'Tanda orang terpuji, bercakap tidak mengeji'
'Berbicara tidak memfitnah, menyanggah tidak menyumpah'