Aku baca Utusan Malaysia Online pagi ni dan tertarik dengan satu artikel ni. Pasal laluan baru putrajaya-kl. Macam best sebab macam dekat je .. Tapi tak try lagi, nantila nak cuba drive sampai damansara dari bandar baru bangi. Kalau betul dekat seperti yang dikata, boleh la drive pegi keje lepas ni. boleh save energy balik keje.. fikirkan pasal komuter je dah buat aku letih..
KL-Putrajaya 20 minit (edited)
Oleh NUR AZWA IBRAHIM
KUALA LUMPUR 18 Dis. – Jika sebelum ini anda perlu mengambil masa selama 40 hingga 50 minit untuk ke Putrajaya, namun tempoh itu mampu dipendekkan sehingga separuh dengan menggunakan laluan baru Lebuhraya KL-Putrajaya.
Pembukaan lebuh raya itu juga mampu menangani masalah kesesakan lalu lintas, khususnya untuk memasuki ibu negara menerusi laluan dari Desa Petaling ke Sungai Besi sebelum masuk ke Jalan Tun Abdul Razak.
Tihana berkata, secara keseluruhannya lebuh raya sepanjang 26 kilometer itu mempunyai lima persimpangan bertingkat dan dua plaza tol.
Lima persimpangan itu ialah persimpangan bertingkat Kampung Pandan, Salak Selatan, Kuchai Lama, Bukit Jalil dan Putrajaya.
‘‘Lebuh raya ini menawarkan pengguna laluan terus yang singkat tanpa perlu menghadapi masalah kesesakan lalu lintas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, baru-baru ini.
Tambah beliau, pengguna dari Kuala Lumpur menuju ke Putrajaya hanya mengambil masa antara 15 hingga 20 minit berbanding 60 minit mengikut laluan yang ada sekarang.
Sementara itu, tinjauan mendapati persimpangan bertingkat Kampung Pandan boleh dimanfaatkan oleh pengguna yang datang dari arah Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Pahang, Jalan Sultan Ismail, Taman Maluri, Pandan Jaya dan Kampung Pandan.
Persimpangan bertingkat kedua atau Salak Selatan pula menghubungkan pengguna dari Damansara, Bangsar, Jalan Duta dan Jalan Kuching ke lebuh raya ini.
Persimpangan bertingkat Kuchai Lama pula mempunyai dua susur masuk iaitu pertama untuk pengguna dari Kerinchi, Mid Valley, Bangsar, Bandar Tun Razak dan Taman Connaught dan yang kedua ialah dari Jalan Klang Lama, Kuchai Lama dan Taman Desa.
Menurut Tihana, persimpangan bertingkat Bukit Jalil merupakan satu-satunya persimpangan arah Kuala Lumpur ke Putrajaya yang mempunyai susur keluar iaitu ke Ampang, Cheras dan Hulu Klang.
‘‘Persimpangan yang dibina menyeberangi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Shah Alam (Kesas) menghubungkannya dengan Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR) 1 dan 2 sekali gus mengatasi masalah kesesakan di sepanjang laluan itu.
‘‘Ini juga membolehkan pengguna dari Klang, Shah Alam, Subang Jaya, Sunway, Gombak, Ampang dan Cheras menggunakan laluan ini untuk ke pusat bandar Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya dan KLIA,’’ katanya.
Selain itu, ia dapat menyuraikan trafik dari Kuala Lumpur ke Sungai Besi, Kajang, Lebuhraya KL- Seremban, Sri Petaling dan Bangi.
Selepas dua kilometer dari persimpangan Bukit Jalil, terdapat kawasan rehat dan rawat (R & R) Seri Kembangan yang menyediakan kemudahan kepada pengguna yang ingin berhenti untuk berehat, menunaikan solat dan juga menjamu selera.
Bacaan lanjut : Sini
Wednesday, December 19, 2007
Laluan Baru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 orang telah menjerit:
ak dh lalu dh!semalam,hehehe...
belu kena tol lagi,sb jalan masih panas...lalu kt atas tmn equine dkt2 puchong,dan tiba2 tembus ke bukit jalil..cayalah,sib baik xde susur keluar ke seri kembangan,..kalo x, bertambah jammed equine park!
Post a Comment