Monday, December 31, 2007

New YEar coming ahead

kawan-kawan,
HapPy nEwYear!!!
Read more "New YEar coming ahead..."

Wednesday, December 19, 2007

Laluan Baru


Aku baca Utusan Malaysia Online pagi ni dan tertarik dengan satu artikel ni. Pasal laluan baru putrajaya-kl. Macam best sebab macam dekat je .. Tapi tak try lagi, nantila nak cuba drive sampai damansara dari bandar baru bangi. Kalau betul dekat seperti yang dikata, boleh la drive pegi keje lepas ni. boleh save energy balik keje.. fikirkan pasal komuter je dah buat aku letih..

KL-Putrajaya 20 minit (edited)

Oleh NUR AZWA IBRAHIM

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Jika sebelum ini anda perlu mengambil masa selama 40 hingga 50 minit untuk ke Putrajaya, namun tempoh itu mampu dipendekkan sehingga separuh dengan menggunakan laluan baru Lebuhraya KL-Putrajaya.

Pembukaan lebuh raya itu juga mampu menangani masalah kesesakan lalu lintas, khususnya untuk memasuki ibu negara menerusi laluan dari Desa Petaling ke Sungai Besi sebelum masuk ke Jalan Tun Abdul Razak.

Tihana berkata, secara keseluruhannya lebuh raya sepanjang 26 kilometer itu mempunyai lima persimpangan bertingkat dan dua plaza tol.

Lima persimpangan itu ialah persimpangan bertingkat Kampung Pandan, Salak Selatan, Kuchai Lama, Bukit Jalil dan Putrajaya.

‘‘Lebuh raya ini menawarkan pengguna laluan terus yang singkat tanpa perlu menghadapi masalah kesesakan lalu lintas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, baru-baru ini.

Tambah beliau, pengguna dari Kuala Lumpur menuju ke Putrajaya hanya mengambil masa antara 15 hingga 20 minit berbanding 60 minit mengikut laluan yang ada sekarang.

Sementara itu, tinjauan mendapati persimpangan bertingkat Kampung Pandan boleh dimanfaatkan oleh pengguna yang datang dari arah Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Pahang, Jalan Sultan Ismail, Taman Maluri, Pandan Jaya dan Kampung Pandan.

Persimpangan bertingkat kedua atau Salak Selatan pula menghubungkan pengguna dari Damansara, Bangsar, Jalan Duta dan Jalan Kuching ke lebuh raya ini.

Persimpangan bertingkat Kuchai Lama pula mempunyai dua susur masuk iaitu pertama untuk pengguna dari Kerinchi, Mid Valley, Bangsar, Bandar Tun Razak dan Taman Connaught dan yang kedua ialah dari Jalan Klang Lama, Kuchai Lama dan Taman Desa.

Menurut Tihana, persimpangan bertingkat Bukit Jalil merupakan satu-satunya persimpangan arah Kuala Lumpur ke Putrajaya yang mempunyai susur keluar iaitu ke Ampang, Cheras dan Hulu Klang.

‘‘Persimpangan yang dibina menyeberangi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Shah Alam (Kesas) menghubungkannya dengan Lebuh Raya Lingkaran Tengah (MRR) 1 dan 2 sekali gus mengatasi masalah kesesakan di sepanjang laluan itu.

‘‘Ini juga membolehkan pengguna dari Klang, Shah Alam, Subang Jaya, Sunway, Gombak, Ampang dan Cheras menggunakan laluan ini untuk ke pusat bandar Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya dan KLIA,’’ katanya.

Selain itu, ia dapat menyuraikan trafik dari Kuala Lumpur ke Sungai Besi, Kajang, Lebuhraya KL- Seremban, Sri Petaling dan Bangi.

Selepas dua kilometer dari persimpangan Bukit Jalil, terdapat kawasan rehat dan rawat (R & R) Seri Kembangan yang menyediakan kemudahan kepada pengguna yang ingin berhenti untuk berehat, menunaikan solat dan juga menjamu selera.

Bacaan lanjut : Sini

Read more "Laluan Baru..."

Tuesday, December 18, 2007

Perut aku sakit sebab makan banyak (?)



Entry ni khas untuk orang tu yang tak percaya aku hang out dengan officemate malam tadi dan telah pulang pada pukul 11 malam. Saye dah jujur okay! Terpulang la nak caye ke tak.. Saye bukan player, awak tu lain la..
Tak pecaye lagi???
Ni ade gambar. Ambik kau!!


*The street at The Curve*


Dinner kat Tony Roma's The Curve, Mutiara Damansara.
Menu : Macam-macam la.. tak larat nak tulis sume.. Buruk lantak. Huh.



*Tony Roma's inside*


*The food*

*The people..bulatkan mata.. pompuan tau tak??*

ps://suke hati awakla....

Read more "Perut aku sakit sebab makan banyak (?)..."

Friday, December 14, 2007

ayat-ayat cinta filemnya ya...



“Aku masih mencium bau surga. Wanginya merasuk ke dalam sukma.
Aku ingin masuk ke dalamnya. Di sana aku berjanji akan mempersiapkan
segalanya dan menunggumu untuk bercinta. Memadu kasih dalam cahaya
kesucian dan kerelaan Tuhan selama-lamanya.”

~Maria~


Ni Novelnya. Sape tak bace lagi rugi~~

Entry kali ini untuk peminat novel Ayat-Ayat Cinta (yang dalam pengetahuanku) : Reezwan, Ati dan Nina.
Novel ni dah jadi filem. Good. Damn good. Trailer menarik. Soundtrack menarik. Tapi...
Bila nak datang Malaysia???


Kat bawah ni filemnya ya... tapi photos je la..
Nak tgk trailer? Drag bawah lagi..


~Fahri b Abdillah~
~Ini tentunya Maria kan?~

~Fahri (mana serbannya?)~

~Fahri dan Aisha~

~Perkahwinan Fahri dan Aisha.. Suka cantik sangat!!~

Ha.. yang ni trailer nya ya... Enjoy~~!!

Read more "ayat-ayat cinta filemnya ya......"

Thursday, December 13, 2007

Kompas Emas




Cerita pasal Lyra, Lord Asriel, Uncle Scoersby, Pn. Coulter, the cute Pan, Iorek Byrnison dan Serafina Pekkala (watak paling aku suka).

Anyway, grafik cantik, jalan cerita tak meleret, tapi ending cerita ni mengundang carutan di kalangan penonton sebab cerita tergantung, tak tau Lord Asriel selamat ke tak. Tapi tu la sequel namanya bang.. Nak tau lagi lanjut? Pergi nonton sendiri-lah..
(Kecewa sebab nak tengok National Treasure tapi tak keluar lagi semalam, so tengok cerita ni.. tapi not bad-lah.)


Iorek Byrnison.
Beliau ni putera raja beruang kutub tapi kena halau sebab kalah dengan Ragnar Sturlusson yang gila kuasa nak jadi raja beruang kutub.



Lyra ngan Uncle Asriel-nya yang cool.


Lyra ngan Billy (dah besar mesti hensem dak nih)

Lyra ngan Pn. Coulter (yang jahat?).
Konfius aku dengan watak Pn.Coulter ni, kejap baik kejap jahat..



Lyra kat dalam bilik pengetua (?) masa nak curi jubah sarjana.


Lyra kena nyorok dalam lemari jubah sebab ade orang datang.


Err.. Ni masa bila plak? Konfius konfius..



Ha.. Yang ni pulak Pan.. Daemon dak Lyra tu.. Pan ni pun satu tarikan dalam cite ni sebab comel dan buleh tukar-tukar jadi kucing dan burung. Dalam cite ni Daemon takleh pisah dengan manusia sebab masing-masing bersatu soul. Satu mati, satu lagi akan mati jugak..

*Eh? Lupe la nak letak gambar witch cantik si Serafina Pekkala. Takpela, lepas ni korang leh gi tengok..


Read more "Kompas Emas..."
 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks