Tuesday, March 17, 2009

Kota yang tak berapa nak tinggi

Hari itu hujan turun dengan lebat sekali. Kami lalu di depan sebuah rumah bertema hijau. Semua hijau. Kanopi. Pelamin. Juga dinding rumah!

Hati dah mula rasa tak sedap. Capai telefon bimbit dan dial nombor Su.

Memang sah silap rumah!


......


......


Kami lepak dengan pengantin lelaki di rumah tandang dulu sementara tunggu mak andam siapkan pengantin perempuan. Aku tau dia gelabah sebab pegang rokok pun tangan menggigil. Dia cakap tak suka sebab orang tengok dia masa bersanding. Memang la tengok awak, takkan nak tengok jurugambar pulak!


Hujan memang turun mencurah-curah. Kami mula risau. Kami sedar kami berada di Kota yang tak berapa nak Tinggi. Sekejap saja kami boleh terperangkap, jika hujan tidak berhenti. Aku jeling jam. 2 petang. Bila pengantin nak makan damai ni?

4 petang.

Pengantin masuk bilik, dan seperti filem hindustan, pasangan tukar baju lain dengan sekelip mata.



Wah! Macam askar!

Kami mula tunggu untuk pengantin makan damai. Perut dah lapar. Semua nak rasa kek 3 tingkat!

Sebaliknya, pengantin terus ke pelamin semula. Pengantin lelaki pegang bakul penuh isi coklat.

Rumah menjadi kecoh. Pengantin baling coklat dalam bakul pada tetamu. Budak-budak mula berebut. Tapi aku pelik. Kenapa bunyi coklat yang dibaling seperti bunyi besi keping jatuh ke atas lantai?



Aku nampak! Rupanya syiling 50 sen. Kali ini orang tua pun mula berebut sama. Ya, termasuk aku (aku masih muda remaja, harap maklum).


Sesungguhnya, 3 jam berada di Kota Tinggi, mengajarkan aku satu perkara :

Hijau itu memang mendamaikan!




Buat Sham dan Su, anda memang sweet. Your heart belongs to each other. Semoga berbahagia sehingga ke syurga!

Nota 1 : Sebulan bukanlah lama. Tidakkkkk!
Nota 2 : Minggu ini mungkin ke Pahang. Meraikan kenduri kahwin ibu mengandung. *wink*


Read more "Kota yang tak berapa nak tinggi..."

Thursday, February 05, 2009

Main-main bisnes


Ramai orang tak percaya bila aku cakap aku minat bisnes.
Kawan, aku tak main-main. Ini betul-betul.
Sebab itulah dari dulu lagi aku memang ada niat untuk sambung MBA.
Cina kat tempat kerja lama aku dulu selalu advice IT grad macam aku untuk sambung MBA, instead of MIT.
Dan aku memang nampak kesannya sekarang. Walaupun aku belum berada dalam kumpulan tersebut. IT dan Bisnes memang tak boleh dipisahkan.

Tiada masa + takut adalah alasan aku.

Tiada masa?

Betul.

Sambung MBA hanya part-time. Kebanyakan kelas adalah Sabtu dan Ahad. Sabtu dan Ahad kadang kala perlu ke pejabat.

Takut?

Sikit. Fobia projek tahun akhir masih menghantui aku.


Jadi apa alternatif yang ada?

Uncle Aziz


Orang bisnes kata, belajar uruskan wang sendiri dulu.


Nota :
1. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong jolokkan.
Read more "Main-main bisnes..."

Wednesday, January 21, 2009

bila sedang bersusah hati



Read more "bila sedang bersusah hati..."

Monday, January 05, 2009

Rintangan Pertama

Berkursus 2 hari (Sabtu dan Ahad lepas) adalah seperti berada di dalam kelas Pengajian Syariah Islamiah SPM. Tapi, adakalanya seperti berada di dalam kelas Pendidikan Seks.

Ah, tak salah. Semua dah besar. Apa salahnya, kan?

Istilah Zihar, Lian, Talak, Fasakh, Khulu', Nusyuz, Syiqaq, Dharar yang aku dengar sewaktu mengikuti kelas pendidikan syariah dulu, kedengaran kembali. Patutla ustazah dulu pernah berkata, awak semua dah layak dapat sijil kursus pra-perkahwinan. Ok.

Bezanya, tajuk yang disentuh tidak diselami dengan mendalam. Penceramah terlalu mengejar masa, adakalanya membuatkan aku kecewa kerana topik-topik seperti cara-cara mengajar isteri nusyuz tidak ditekankan. Juga cara-cara memukul isteri (siku tidak boleh diangkat melebihi ketiak) juga tidak ditekankan.

Juga punca-punca cerai. Tidak dinyatakan dengan sempurna. Tidak hairanlah, ramai yang telah bercerai, tetapi tidak menyedari. Peserta-peserta juga kurang tumpuan bila topik-topik seperti ini dibincangkan. Kalau topik hubungan suami isteri, amboi, celik mata!

Namun begitu, keseluruhan kursus ini bagus dan aku memang sekadar recall sebab pernah belajar sebelum ini. Tambahan cuma pada proses perkahwinan di Malaysia. Perlu isi borang itu dan ini.

Alhamdulillah, satu fasa telah selesai. Banyak lagi yang perlu difikirkan.
Apa yang pasti, tahun baru 2009 ini pasti sibuk!

Nota kaki :
- Masih mencari housemate. RM160/bulan (termasuk api+air). Bilik besar dan cantik. Puncak Jalil.
-Bagi penduduk sekitar seremban/senawang dan yang senasib dengannya boleh la berkursus pra-perkahwinan di Darul Dedikasi Management. (06-6791925).
Read more "Rintangan Pertama..."

Friday, January 02, 2009

::Shopping untuk May 2nd::

Hari semalam sepatutnya menjadi hari indah.

Semalam keluar shopping di Sogo dan kemudian singgah di Alamanda (singgah la sangat..) dan tiba-tiba ter-tonton filem ini :


Setelah ketawa berdekah-dekah, tiba-tiba sakit perut. Ketika sibuk nak balik rumah cepat-cepat, terlupa parking kereta area mana. Setelah hampir 30 minit berjalan-jalan, baru teringat sebenarnya ada catat dalam handphone. Keluarkan handphone untuk check dalam draft, baru teringat, handphone bateri mati. Dem!

Jumpa jugak kereta, betis kaki dah sakit-sakit.

Balik rumah bukak handphone aku terima mesej ni :

"Kau kat Alamanda, kan sekarang?"

Malang sekali lagi, sebab orang yang hantar mesej tu adalah orang yang aku tunggu sejak sekian lama. KAU, sila tegur bila nampak aku! Tidak kira siapa saja di sebelahku!! Cis.


Nota kaki :
- Esok kena bangun awal, kursus perkahwinan 2 hari.
- Sesiapa yang nak sewa bilik, sila text aku. RM160 (+api, air). Puncak Jalil 4 bilik.
Read more "::Shopping untuk May 2nd::..."
 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks