Monday, January 05, 2009

Rintangan Pertama

Berkursus 2 hari (Sabtu dan Ahad lepas) adalah seperti berada di dalam kelas Pengajian Syariah Islamiah SPM. Tapi, adakalanya seperti berada di dalam kelas Pendidikan Seks.

Ah, tak salah. Semua dah besar. Apa salahnya, kan?

Istilah Zihar, Lian, Talak, Fasakh, Khulu', Nusyuz, Syiqaq, Dharar yang aku dengar sewaktu mengikuti kelas pendidikan syariah dulu, kedengaran kembali. Patutla ustazah dulu pernah berkata, awak semua dah layak dapat sijil kursus pra-perkahwinan. Ok.

Bezanya, tajuk yang disentuh tidak diselami dengan mendalam. Penceramah terlalu mengejar masa, adakalanya membuatkan aku kecewa kerana topik-topik seperti cara-cara mengajar isteri nusyuz tidak ditekankan. Juga cara-cara memukul isteri (siku tidak boleh diangkat melebihi ketiak) juga tidak ditekankan.

Juga punca-punca cerai. Tidak dinyatakan dengan sempurna. Tidak hairanlah, ramai yang telah bercerai, tetapi tidak menyedari. Peserta-peserta juga kurang tumpuan bila topik-topik seperti ini dibincangkan. Kalau topik hubungan suami isteri, amboi, celik mata!

Namun begitu, keseluruhan kursus ini bagus dan aku memang sekadar recall sebab pernah belajar sebelum ini. Tambahan cuma pada proses perkahwinan di Malaysia. Perlu isi borang itu dan ini.

Alhamdulillah, satu fasa telah selesai. Banyak lagi yang perlu difikirkan.
Apa yang pasti, tahun baru 2009 ini pasti sibuk!

Nota kaki :
- Masih mencari housemate. RM160/bulan (termasuk api+air). Bilik besar dan cantik. Puncak Jalil.
-Bagi penduduk sekitar seremban/senawang dan yang senasib dengannya boleh la berkursus pra-perkahwinan di Darul Dedikasi Management. (06-6791925).

1 orang telah menjerit:

faridfadhly said...

khulu' tu ape a?

 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks