Thursday, March 24, 2011

Bersamamu TV3 : Kemiskinan Bukan Satu Hiburan

Aku memang dah lama tak suka dengan rancangan Bersamamu TV3 (sejak dari episod pertama lagi).

Kemiskinan Bukan Satu Hiburan - Shahabudeen Jalil

Saya jarang menonton TV, tetapi baru-baru ini saya tertonton rancangan Bersamamu di TV3.

Tidak sempat beberapa minit saya menonton, saya menjadi sangat tidak selesa dengan rancangan ini.

Saya jadi tidak selesa bukan kerana saya tidak kesian atau bersimpati dengan orang miskin yang ditunjukan oleh rancangan itu tetapi adalah kerana saya merasakan ada sesuatu yang sangat tidak kena dengan rancangan ini.

Untuk pemahaman semua, saya perlu nyatakan bahawa kemiskinan bukan satu hiburan. Bagi orang yang menonton rancangan ini, ramai yang menitiskan air mata, dan ramai juga yang bersimpati dan menderma. Jauh disudut hati kita, kita akan berkata “nasib baik hidup aku tidak seteruk orang itu”. Ini memuaskan ego kita.

Dengan meletakan kemiskinan di mata orang ramai, ramai orang akan menganggap kemiskinan ini sebagai positif dan mereka akan mendekatkan diri mereka kepada kemiskinan. Mereka akan anggap, mereka tidak perlu bekerja keras kerana terdapat ramai orang yang lebih miskin dari mereka.

Kemiskinan menghampiri kekufuran.

Sepatutnya, apa yang dilakukan adalah meletakkan kebaikan kekayaan dalam hati-hati orang miskin dan bukan sebaliknya.

Jika orang miskin itu tahu bertapa bagusnya menjadi kaya dan tahu bahawa mereka juga mampu menjadi kaya, mereka akan bergerak ke arah kekayaan. Mereka tidak akan selesa dengan kemiskinan.

Jadi sepatutnya kita menunjukkan jalan untuk orang miskin ini untuk menjadi kaya dan bukan menjadikan mereka sebagai objek hiburan supaya kita merasa diri kita bagus.

Bantulah mereka dengan memberi jalan dan peluang untuk mereka maju. Mulakan ini dengan menukar mind-set mereka terhadap kekayaan. Buat mereka percaya bahawa kekayaan itu mulia dan kemiskinan itu menghampirkan diri kepada kekufuran.

Perkara ini boleh dimulakan dengan pihak berkuasa yang mengajarkan mereka dengan konsep kekayaan yang betul. Media juga boleh memainkan peranan dengan membantu mempromosikan perniagaan mereka. Bukan dengan cara menjadikan mereka sebagai objek hiburan semata-mata.

Kaedah pertolongan seperti ini adalah yang terbaik kerana anda akan menolong mereka bukan untuk makan sehari tetapi anda menolong mereka untuk makan untuk seumur hidup.

terima kasih

Shahabudeen Jalil


0 orang telah menjerit:

 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks