Salah satu perkara menarik mengenai office aku ialah aku boleh bekerja dari rumah. Tidak perlu datang ke pejabat, tidak perlu bayar tol dan jimat minyak. Jumaat lepas aku sedaya upaya kerja dari rumah. Boleh tahan cuak bila tak dapat access office network. Terpaksa reboot laptop 2 kali.
Kelam kabut sikit sebab aku cuba kejar masa. Temujanji dengan Cornasha mesti ditunaikan. Aku jeling jam, pukul 2 petang. 30 minit lagi sebelum aku jumpa Cornasha. Bayang Viva memang tak nampak langsung. Aku capai telefon dan aku meminta Cornasha datang jam 3 petang. Hati aku mula panas. "Mana orang tua ni?".
Jam 3 petang telefon bimbit aku berbunyi. Tertera nama Cornasha. "Maaf, suami saya tak balik lagi". Cornasha memberi cadangan. Hubungi dia bila sudah bersedia. Aku kata, okay.
3.30 petang. Viva hitam masuk parking rumah. Hati aku yang panas jadi sejuk. Aku kata, "Makan dulu, nanti kita pergi jumpa Cornasha sama-sama." Dia angguk.
Kami gerak hampir jam 4 petang. 2 jam lewat dari yang dijanjikan. Memasuki Taman Bandar Senawang, aku cuba menghubungi Cornasha. "Jumpa kat tempat air pancut", katanya.
Aku tunggu hampir 10 minit, ternampak MyVi perak dan pemandunya melambai tangan. Kami ikut MyVi dan parking di hadapan rumah yang sangat cantik.
Cornasha mengajak kami masuk.
"Rumah ini ada 3 bilik, 2 bilik air. Tengok bilik air, bali style dan tile sampai atas. Bahagian belakang rumah juga adalah taman, dan ada semua rumput adalah rumput karpet. Kawasan ni sejuk dan ada taman dalam pembinaan. Boleh jogging dan beriadah. Jika cik memandu terus, cik akan nampak tapak masjid dalam pembinaan juga. Sekolah juga dalam pembinaan", Cornasha membebel. Aku hanya memandang bulu mata palsunya yang panjang sejengkal.
Setelah berkira-kira, aku bayar deposit. RM100 sahaja. Ya, RM100!
Pukul 5.30 petang. Dalam kelam kabut kami berkemas, suami aku sempat membebel mengenai rumah yang baru kami beli dan juga masakan aku. What ever..
Perjalanan mengambil masa 2 jam setengah. 8.30 malam, kami sampai. Aku terus bergegas duduk di depan tv. Menantu cemerlang. 9 malam. Nur Kasih. Tak mungkin aku akan terlepas episod kali ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Parit Semerah. Tanpa kad dan tanpa peta, kami redah juga. Keluar dari tol simpang renggam, aku cuba hubungi Wani. "Ha, cari hospital pontian. Lepas tu masuk kiri".Setengah jam kemudian, kami sedang makan nasi beriyani. Satu perkara aku suka mengenai kenduri kahwin di Johor, sentiasa ada bubur kacang yang sedap. Aku makan dan buat macam rumah sendiri. Hitam dan Putih warna tema. Sebenarnya memang cantik!
Tahniah buat anda berdua!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ahad. Aku merancang untuk mengadakan 'suprise birthday party' untuk Azari. Oh ya, dia sudah tua!
Pagi-pagi lagi aku keluar.
YOng Peng. Pekan kecil tetapi menjadi nadi kepada penduduk di sekitarnya. Termasuk Paloh.
Hanya ada 2 kedai kek di Yong Peng. Aku tiada pilihan. Terpaksa memilih kek coklat 1KG yang aku yakin tidak sesedap mana.
2 petang. Majlis potong kek. Azari tak kelihatan terkejut pun. Aku tahu, mesti dia dah nampak kek dalam peti ais. Tapi, dia tetap mengucapkan terima kasih. Aku tetap terharu. Eh, kenapa aku terharu? Sebab bukan mudah untuk lelaki mengucapkan terima kasih, tahu!
6 petang. Kami belum pulang kerana Azari sibuk di padang. Bola Sepak kampung. Dengan kasut bola yang baru, dia agak bergaya. Err.. sebenarnya tak tengok pun.
8.30 malam. Kami bertolak pulang ke Seremban...
Jam 2 pagi. Aku masih di balai bomba Senawang. Menyiapkan entri ini. Damn! Kenapa boss dia telefon suruh datang balai?? Audit? Macam siang dah takde nak buat! I am so tired!!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nota 1 : Kami pulang pukul 2.30 pagi malam tu.
Nota 2 : Setiap pejabat memang memerlukan sentuhan wanita. Kalau semua lelaki. Memang takde seni!
1 orang telah menjerit:
awe, rumah baru dkt mana hehe
Post a Comment