Friday, December 09, 2011

SBPA : Sign je!

Satu je yang aku boleh kata :

BACA

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011

SAMPAI HABIS!

Jangan baca sekerat-sekerat lepas tu buat spekulasi. Fakta tak betul, pemahaman tak betul.

Lampiran C boleh dapat kat HR je. Kalau release kat website jugak, harga barang naik (yeke?).

Sekian. Read more "SBPA : Sign je!..."

Monday, December 05, 2011

Project #2



Is actually still in my mind. Bila nak jadi real entah....
Read more "Project #2..."

Wednesday, November 30, 2011

4 Tips Mencipta Matlamat Kewangan

credit to : PAKDI

Semua orang boleh bercakap seperti berikut:

Saya mahu jadi kaya, ada kereta besar, rumah besar.

Tapi itu cuma angan-angan Mat Jenin. Matlamat kewangan perlu lebih spesifik, mempunyai tempoh masa dan keluar dari zon selesa kita hari ini.

Matlamat kewangan yang baik dapat memandu kita sepanjang hidup kita. Berikut adalah 4 tips mencipta matlamat kewangan yang baik.

1. Berfikir Umpama mahu Menanam Durian

Kita perlu memastikan cita-cita kewangan kita ada tempoh masa yang panjang. Ini membolehkan kita keluar dari zon selesa kita dan pada masa yang sama masih kekal realistik.

Apa-apa yang menjangkau tempoh melebih 10 tahun adalah satu matlamat jangka masa panjang. Pada masa yang sama, kita boleh menetapkan matlamat kewangan yang sederhana dari 3 – 10 tahun dan matlamat jangka masa pendek, 3 tahun dan ke bawah.

2. Darab 100

Sekiranya kita mempunyai pendapatan RM 3,000 sebulan, apa kata tetapkan matlamat sehingga mencapai RM 300,000 sebulan. Ya, ini pasti mencakar-cakar zon selesa kita.

3. Besar dan Lebih Besar

Pastikan cita-cita kewangan kita adalah jauh lebih besar dari situasi kewangan yang kita hadapi sekarang. Ini pasti banyak membantu kita.

Maksudnya, jika kita hari ini dibebani hutang RM 30,000 misalnya, maka sasarkan untuk mempunyai aset bernilai RM 300,000 selepas beberapa tahun. Apabila kita mempunyai perspektif baru sebegini, maka kita pasti menyedari sebenarnya masalah kewangan kita adalah kecil.


4. Kongsi dengan Orang yang Anda Sayang dan Suka

Orang yang berangan-angan Mat Jenin hanya bercakap. Orang yang benar-benar serius akan bertindak. Setelah menyiapkan matlamat kewangan, kongsikan kepada individu-individu yang rapat dengan kita.

Kongsikan sehingga individu-individu tersebut mentertawakan kita, bercakap sinis atau meminta kita memikirkannya semula. Ya, ketika itu barangkali kita telah mempunyai satu matlamat kewangan yang cukup baik.


Read more "4 Tips Mencipta Matlamat Kewangan..."

Friday, November 25, 2011

Nearly 30's

Haish..

Too many things to be done..

Too many houses to be taken..

Too many events to attend..

Too many things in mind..

Yet, I am in definite stress..

There are only 3 things can makes me happy.

This..


This..



and yes, this..



Adakah aku sedang menghadapi krisis ke-tua-an.



Please help! Read more "Nearly 30's..."

Thursday, November 10, 2011

Tips for Undergrad IT student


Sekarang ni kalau sebut student IT je orang mesti kaitkan dengan pengangguran. Aku rasa statement tu mengarut sebab IT grad paling senang dapat kerja.

Cuma kerja yang bagaimana menjadi persoalan.

Sebagai IT grad, aku tak pernah menganggur. Mula cari kerja seawal mungkin sewaktu di tahun akhir lagi. Sebelum habis semester aku dah mula attend interview sana sini.

Jadi untuk kongsi pengalaman aku tu terutama bagi undergraduate IT, aku senaraikan di sini perkara penting untuk menjadikan diri adik-adik senang dapat kerja (adik-adik?? yewww).

1. English

Nak tak nak, percaya atau tidak, setuju atau tidak, fasih berbahasa Inggeris merupakan ciri penting untuk senang dapat kerja. Terutama dalam bidang IT.
Dengan berlagaknya aku nak kata, aku adalah orang kampung datang dari kampung, belajar dari sekolah menengah rendah yang ada 2-3 kerat je orang India dan Cina, kemudian sambung pulak ke sekolah agama yang 100% melayu, belajar menggunakan Bahasa Malaysia, kemudian sambung pulak ke Universiti Kebangsaan Malaysia yang visi dan misi nya adalah memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu TETAPI... aku masih boleh berbahasa Inggeris - walaupun kadang-kadang GAGAGAGAP juga.

Jadi aku rasa, PPSMI bukan jalan penyelesaian.

Dont you think so?
(Tengok, aku dah melencong ke tempat lain).



2. Internship

Student banyak yang abaikan kepentingan internship atau dalam bahasa UKM nya, latihan industri.
Kalau boleh, cari lah syarikat kecil yang mempunyai banyak projek. Supaya boleh banyak belajar, lagi tension, lagi banyak belajar.
Syarikat besar pun boleh juga, yang penting banyak projek, maka skop akan lebih luas untuk belajar banyak perkara.
Kalau boleh.. kalau boleh lah, jangan jalankan latihan industri di syarikat yang berada di posisi end user. Kalau nak belajar programming misalnya, jangan buat kerja-kerja maintanance system, tapi kalau boleh carilah tempat yang boleh buat programming untuk development.
Contoh jelas client end user ini adalah jabatan-jabatan kerajaan.
Supaya masa interview adik-adik boleh cerita banyak perkara selain apa yang dipelajari masa undergrad.

3. Final Year Project
Aku dapat kerja pertama aku kerana FYP. Tunjuk Disertasi tahun akhir, terus interviewer tu suruh tunggu untuk ambil surat tawaran kerja.

4. Target for big companies

Internship-target for small company with big projects, tapi untuk kerja tetap, target for big companies. Kalau dah dapat satu big company, MNC misalnya, tak susah untuk big company lain ambil kita bekerja. Aku banyak pergi interview dengan MNC company, ExxonMobil, Petronas, Accenture etc dan akhirnya aku landing di HP.

5. Be ambitious



Buat rangka jawapan yang kukuh dan jawab dengan muka tegas dan keyakinan diri yang tinggi bila interviewer tanya "where do you see yourself in 5 years".
Contoh rangka jawapan aku : "I heard this company provide many rooms to grow. So if that is true and the company kept their promises, I think I can be a Project Manager and I hope it wont take 5 years."

Haha. Tak boleh blahhh...

6. Do not be too choosy.

Macam aku bagitau di awal tadi, Grad IT senang dapat kerja, cuma kerja yang macam mana. Kadang-kadang company tu akan letak IT person di bahagian sales tetapi buat kerja-kerja IT. Ini biasa berlaku di syarikat-syarikat besar. Mungkin tak buat programming atau kerja-kerja teknikal IT yang lain tetapi kemahiran IT yang cuma ada pada IT Grad diperlukan untuk bahagian tersebut. COntoh, kerja di bahagian sales dengan menyediakan sales report. Dengan sedikit programming mudah, mungkin boleh memberikan impak yang besar kepada syarikat tersebut. Jadi jangan terlalu memilih.

7. PRAY PRAY PRAY

Pray ye, bukan Play. Penting sangat untuk kita sebagai umat Islam ni bertawakal sebelum, semasa dan selepas berusaha.

Kesimpulannya, proses untuk mendapat pekerjaan ni bermula sewaktu Undergrad lagi. Jadi jangan ambil mudah perkara-perkara kecil sewaktu belajar.

“You have to have passion, go with your gut, go against the tide” - Donald Trump


Selamat berjaya!
Read more "Tips for Undergrad IT student..."
 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks