Monday, January 14, 2008

2 fast 2 furious : Seremban drift



2 fast 2 furious : Seremban drift


*The Banner*

*The Track*


*The Car*

*The Drifter*

*The wannabe-drifter*

Read more "2 fast 2 furious : Seremban drift..."

Thursday, January 10, 2008

::1429H::

Salam semua.

Banyak perkara menarik berlaku sepanjang awal tahun 2008 ini. Ha, baru 9 hari 2008 bermula kan?

Aku dapat laptop baru. HP COMPAQ 2710p. Seronok kah aku? Memang seronok.
WALAUBAGAIMANAPUN.. ini bermakna beban kerja bertambah (i enjoy my works maaa...).

Aku di-propose. (No question okay, push stop).

Aku ada 'kawan' baru di rumah. Macam-macam ada... (Kopak duit saye.. huhuhuhuu...)

Mungkin benar kata kawan cina saya, 2008 menjanjikan yang terbaik untuk saya.

2008..
2008..
2008..


Untuk tahun hijrah yang akan menjelma esok, aku tukar skin blog ini kepada yang lebih simple. No more love-love. Dan skin ini dalam 3 warna lembut yang menggambarkan diri aku yang sememangnya lembut dan sopan (aku tau kamu cemburu).

1429..
1429..
1429..


ps:/ Jom lepak masjid nak malam ni?
Read more "::1429H::..."

Thursday, January 03, 2008

::: 2008 :::

Tahun 2008. Lapan (8) itu nombor bertuah, kata kawanku, seorang lelaki Cina. Mungkinkah 2008 bakal menyaksikan tuah untuk aku?

Azam baru?

Azam baru?

Azam baru?

Ada beberapa yang aku catatkan dan aku tampal di dinding meja yang lembut di ofis dan dinding almari di rumah, antaranya.

Aku ingin sekali menjadi aku yang dulu. Innocent, Shy, Sweet.. (bleh blah..haha).

Yeah, okay. Tak tipu, aku nak jadi lebih baik dari tahun 2007 (morally, thinking and relation to people around me) yes aku tahu aku agak 'agresif' tahun lepas.
Ok, itu azam aku.


Aku ingin buat duit. Duit $$$$$$.. Project free-lance aku target untuk buat lebih. Jadi sesiapa yang nak buat laman web untuk company, small application ke, sila email aku di shanmea@gmail.com. (No forwarded emails please!! Aku sula sekor-sekor karang!!)

Aku ingin mendalami dunia penulisan secara serius (yeah right.. aku tau apa korang akan kata. tak boleh blah la hawa... kan ? kan? Korang memang kuat cemburu). Jangan terkejut jika karya aku terpampang di dada-dada akhbar. (Yeah..).

Setakat itu dulu azam aku. Yang pertama memang berat. Tapi untuk berubah perlukan pengorbanan. Bukankah begitu?

Sebenarnya, aku tak pernah ada azam tahun baru, sebab .. aku mempunyai azam bulan baru. Maksudnya, aku ada azam untuk setiap bulan yang dilalui. (Contohnnya : Azam saya bulan depan ialah membeli mesin basuh baru dan sebagainya.) sebab bagi aku susah nak capai azam yang dibuat untuk setahun akan datang. Okay,aku mengaku, aku agak suka berubah-ubah.

Tapi tak mengapa kan. Aku cuba untuk membuat azam baru dan untuk menjelmakan dalam bentuk usaha azam-azam tersebut. Just wait and see. NGehhhhhh......

Jadi, apa azam baru kamu?

*sila kira berapa perkataan 'azam' dalam entri di atas*
Read more "::: 2008 :::..."

Wednesday, January 02, 2008

Achievement tahun 2007 : Tag by Ilyn


Tag by Ilyn

Pencapaian tahun 2007. Sebenarnya terlalu banyak untuk dinukilkan di sini. Ilyn, memandangkan anda tag saya, dan list anda cuma 4, maka 4 sajela yang saya akan sampaikan. Maaf kerana terlewat beberapa hari. Sibuk.

Baiklah, antara 4 perkara yang aku kira sebagai kejayaan dalam tahun 2007 yang baru berlalu 2 hari lepas :

1. Mendapat perkerjaan (sebaik sahaja habis belajar).

Aku termasuk dalam golongan beruntung kerana telah mendapat pekerjaan sepenuh masa sebaik sahaja habis belajar. Itu adalah temuduga ku yang ke-8 (shhhhh...).

2. Kejayaan menghabiskan Ijazah Sarjanamuda Teknologi Maklumat dengan Kepujian (yang susssahhh bangat!)

Itu adalah kejayaan yang aku rasa paling berharga. Konvo memang sangat best (walaupun bosan sikit sebab semua geng aku konvo pada hari yang tak sama dengan aku). Bunga, kad ucapan tahniah, hadiah, coklat membuatkan konvo semakin best!


3. Mendapat pekerjaan (di syarikat MNC)

Target aku memang untuk bekerja di MNC sekitar lembah kelang. Setelah 3 bulan makan gaji buta kat TPM Bukit Jalil, akhirnya aku dapat pekerjaan yang lagi best. Kotakkan regret, tanamkan di perut himalaya dan katakan 'O, terima kasih tuhan'. (Ngehhhh)

4. Menyambung pertalian yang pernah putus.

Pada tahun 2007 aku mula tahu aku takkan jadi anak dara tua. Sekali lagi : Kotakkan regret, tanamkan di perut himalaya dan katakan 'O, terima kasih tuhan'.

2007 telah berlalu. Sujud pada tuhan tanda kesyukuran atas nikmat kurniaanNya. Alhamdulillah. Read more "Achievement tahun 2007 : Tag by Ilyn..."

Monday, December 31, 2007

New YEar coming ahead

kawan-kawan,
HapPy nEwYear!!!
Read more "New YEar coming ahead..."
 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks