Tuesday, November 08, 2011

Ada orang terasa hati..

Susah juga ya bila taraf kita hanya pekerja bawahan tetapi terpaksa bekerja sebagai ketua kepada pekerja bawahan.

Ada juga yang terasa hati.

Aku sangka tiada yang akan berkata apa-apa. Aku bukan minta pun untuk 'jadi boss'. Aku terpaksa kerana boss aku yang suruh aku jadi boss. Jadi sebagai 'acting boss', aku ada hak untuk tanya kau pergi mana, dan ambil tahu (bukan ambil alih) semua kerja yang ada.

Sebab, nanti aku yang kena bagi laporan kemajuan kerja. Bukan orang lain. Jadi nak tak nak, aku terpaksa jadi busy body untuk semua perkara.

Lagipun penilaian SKT sedang berjalan kan sekarang. Semua orang nak dapat pangkat cemerlang.

Aku juga. Dan aku tahu kau juga.

Jadi tolong faham. Aku dah buat ayat aku sehabis baik supaya tak dengar macam bunyi arahan.

Sekian. Read more "Ada orang terasa hati....."

Friday, November 04, 2011

Sebelum Bercuti...

Sebagai penjawat awam berjaya (yeke?) suka sekali aku nak nasihatkan - jangan percaya dengan Internet, cakap-cakap kedai kopi atau sembang waktu rehat tentang apa yang kerajaan atau orang kerajaan buat untuk bangunkan negara ni.

Bukan tidak boleh kritik, boleh sangat. Tapi biarlah membina. Rata-rata yang aku dengar, kritik, kritik, kritik. Sepatutnya kritik-cadangan-kritik-cadangan. Macam blog ini yang aku suka baca sebab beliau juga penjawat awam dan suka mengkritik tapi selepas tu bagi cadangan membina.



Sejak Laporan KAN keluar, lagi macam-macam cerita. Dari hari itu aku tadah telinga dengar orang tua swasta membebel pasal bayar cukai, gaji penjawat awam dia yang bayar dan macam-macam lah. Bila aku tanya, apa cadangan anda untuk menambahbaik perkara tersebut?

Senyap.

Dan hari itu di facebook ada soalan "Patutkan penjawat awam dibayar bonus sedangkan mereka tak sokong kerajaan pun?". Rata-rata kawan sepejabat aku ketawa bila baca soalan tu. Melenting jauh sekali sebab sebenarnya kami boleh kata itu adalah soalan paling bodoh.

Penjawat awam berkhidmat di bawah kerajaan yang memerintah. Kalau PAS memerintah, maka berkhidmat di bawah PAS lah. Kalau DAP, DAP lah. Kalau BN, BN lah. Tiada isu mengenai tak sokong atau sokong kerajaan maka layak dapat bonus.

Penjawat awam juga bayar cukai. Cuma gaji penjawat awam yang kecil berbanding swasta masih tak melayakkan mereka untuk bayar cukai.

Aku dulu kerja swasta juga. Tapi tak pernah pertikaikan kenapa penjawat awam dapat bonus tapi aku tak dapat bonus?? Soalan bodoh tu namanya.

Aku tak berani komen mengenai pembaziran yang dilakukan oleh sesetengah kementerian dan agensi kerajaan. Jabatan Audit hanya jalankan tugas mengaudit (bukan cari salah, ye).

Banyak isu yang dibangkitkan oleh rakyat adalah sebenarnya kerana kurang tahu mengenai polisi dan dasar kerajaan. Jadi tak perlu agaknya nak mempertikaikan banyak perkara sedangkan kita sendiri tidak arif mengenai cara kerajaan menguruskan negara. Serahlah kepada yang arif, sembang kedai kopi tak kemana kan. Sebab kadang-kadang kita tak sedar statement kita di facebook, twitter etc nak hentam orang politik, tapi tak sedar kawan-kawan disekeliling yang sedih sebab kena 'hentam' juga. SEdikit sebanyak tempiasnya ada.

Analoginya, kita dengar bunyi bising di sebelah rumah kita, kemudian kita pun mula buat spekulasi macam-macam. Bila duduk di kedai kopi kita pun mula bercerita dengan orang lain, dan orang di kedai kopi menyampaikan cerita tersebut pada orang di pejabat dia. dan begitu lah seterusnya. Pernah dengar permainan 'telefon buruk' ?


Sama seperti keadaan di Kelantan. Ramai orang kata Kelantan negeri termiskin. Penduduknya miskin, kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Mana kita tau semua tu? Dari kaca tv? Dari media? Dari sembang kedai kopi? Pernah tak duduk bersama dengan orang kelantan di kelantan? Dari pandangan mata kita mereka memang miskin. Tapi mereka bahagia tak? Bagi aku, istilah miskin itu subjektif. Kalau pendapatan aku 1 juta sebulan, tetapi hutang aku 1.1 juta. Kaya tak aku? Dan kalau pendapatan aku rm200 sebulan, perbelanjaan aku RM50 sebulan, miskin tak aku?

Uh, dah melalut bab financial pulak.

Aku bengang je sebenarnya sebab ramai yang komen itu dan ini adalah yang bukan ahli dalam bidang itu.



Dah lah nak balik! Read more "Sebelum Bercuti......"

Thursday, November 03, 2011

Haji : Bukan sekadar rezeki

Syarat wajib haji adalah sifat-sifat yang harus dipenuhi oleh seseorang sehingga dia diwajibkan untuk melaksanakan haji, dan barang siapa yang tidak memenuhi salah satu dari syarat-syarat tersebut, maka dia belum wajib menunaikan haji. Syarat-syarat tersebut ada lima perkara:

  1. Islam
  2. Berakal
  3. Baligh
  4. Merdeka
  5. Mampu
Tapi orang kita selalu terlupa.. Ada syarat lain selain daripada yang sudah termaktub. Syarat tersebut juga penting iaitu -


JEMPUTAN ALLAH ke rumahNya.


Kalau ALLAH tak jemput, duit seluas lautan sekalipun , tak dapat juga bertandang ke rumahNya. Jadi rasanya tidak perlu untuk mempertikaikan orang-itu-sedap-je-pergi-haji-pakai-duit-rakyat.


Tak baik.



Read more "Haji : Bukan sekadar rezeki..."

Wednesday, November 02, 2011

Wordless Wednesday #3


Read more "Wordless Wednesday #3..."

Tuesday, November 01, 2011

Kajang, Cyberjaya bakal berkembang

Yey! Hunting for second investment house. Of course at Kajang!

Kajang, Cyberjaya bakal berkembang


Oleh Shahrizan Salian
shahrizan@bharian.com.my
2011/11/01

KETUA Pegawai Eksekutif MIDF Amanah Investment Bank Berhad, Datuk Megat Hisham Megat Mahmud (kiri)  bersama  Boyd dan  Soo (kanan) di Kuala Lumpur, semalam.
KETUA Pegawai Eksekutif MIDF Amanah Investment Bank Berhad, Datuk Megat Hisham Megat Mahmud (kiri) bersama Boyd dan Soo (kanan) di Kuala Lumpur, semalam.
Infrastruktur, jalan raya tingkat nilai hartanah

HARTANAH di kawasan sekitar Cyberjaya dan Kajang dijangkakan mengalami peningkatan paling pantas dari segi harga dalam tempoh 18 bulan akan datang berbanding kawasan lain di Lembah Klang, kata firma penganalisis hartanah, CB Richard Ellis Malaysia Sdn Bhd (CBRE).
Pengarah Urusannya, Allan Soo, berkata berdasarkan kaji selidik firma itu, faktor yang menyebabkan peningkatan nilai hartanah di kawasan itu adalah susulan tersedianya infrastruktur serta akses jalan rayanya yang mantap.

“Diperhatikan syarikat hartanah utama tempatan sedikit demi sedikit mula membanjiri kawasan sekitar Kajang dan Cyberjaya. Kami menjangkakan kawasan berkenaan akan berkembang lebih pantas berbanding tempat lain di Lembah Klang bagi tahun ini dan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan laporan kaji selidik hartanah suku ketiga Lembah Klang pada majlis makan tengah hari anjuran Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) di Kuala Lumpur, semalam.

Soo berkata, nilai hartanah di kawasan berkenaan, khususnya Cyberjaya berpotensi meningkat lebih tinggi jika pusat beli-belah dibina di situ.

“Kami menjangkakan pusat membeli-belah akan dibina di situ jika nisbah kependudukan di kawasan berkenaan bertambah. Ia mempunyai daya tarikan dari segi kelancaran perjalanan ke situ iaitu sekitar 20 minit saja dari pusat bandar Kuala Lumpur,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif CBRE, Christopher Boyd, berkata secara keseluruhannya nilai hartanah di Lembah Klang sudah melepasi paras kemuncaknya sebelum krisis kewangan global tiga tahun lalu, namun ia akan masih meningkat pada kadar terkawal.

“Kita akan lihat harga hartanah terus meningkat sehingga tahun depan, tetapi tidak terlalu cepat seperti beberapa tahun sebelum ini.

“Peningkatan nilai hartanah akan menjadi kurang agresif selepas ini dan kami juga tidak menjangka berlakunya letusan gelembung hartanah di Lembah Klang,” katanya.

Laporan kaji selidik itu mendapati, setakat suku ketiga tahun ini, ada 1.71 juta unit kediaman dibina di Lembah Klang.

Secara purata, saiz isi rumah di Kuala Lumpur adalah 3.72 orang bagi setiap rumah manakala di Selangor pula 3.93 orang.

Kaji selidik itu mendapati, bekalan unit kediaman di Lembah Klang juga dijangkakan berkembang kukuh dalam tempoh lima tahun akan datang, namun pemaju dilihat akan lebih banyak membina unit yang lebih kecil di lokasi lebih baik.

Boyd berkata, nisbah stok unit perumahan yang dibina di Lembah Klang kepada jumlah penduduk adalah lebih tinggi daripada Hong Kong dan Singapura, namun permintaan pasaran yang tinggi dapat menyerap bekalan tambahan itu. Read more "Kajang, Cyberjaya bakal berkembang..."
 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks