
Read more ":: Sedang Baca ::..."
A mom. A wife. A daughter. A property investor. And other things between.
Waktu mula-mula sampai di Kolej Rahim Kajai, aku dah rase tak seronok, yelah, tak best langsung. Katil buruk, bantal buruk, almari semua buruk, semua jenis lama yang melekat kat dinding tu. Aku dapat housemate baru, nama dia Huda. Huda bekas pelajar mrsm kuantan. Jangan benarkan dia bercakap. Sebab, semua dia akan maksudkan temasuk koma dan noktah. Oh ye, juga single quote. Erk, ape aku merepek ni. Pendek kata, dia banyak cakap. Tapi dia baik hati. Takpe, Kisah kawan-kawan akan aku tulis di lain kali.
Encik Ridzwan, memang ramai yang sukakan dia. Dia rajin dan sangat suka membantu pelajar. Dan dia ________ .. err.. err.. (Fill in the blanks.. hehe). Dia mengajar kami sehingga tahun kedua di UKM. Aku suka dia sebab dia kenal pelajar-pelajar dia. Boleh sebut nama dan boleh angkat tangan kalau jumpa kat mana-mana. Sooooo humble! Dan
bermimpi di malam hari, tapi aku tetap sukakan gayanya. Cara dia mengajar penuh bergaya. Segala info yang dia bagi memang aku ingat sampai bila-bila. Jika aku seorang pensyarah, aku akan ikut teknik dia mengajar, aplikasikan semua teori dalam hidup sebenar. Aku masih ingat kuiz untuk subjek DSS (Sistem pembuatan keputusan), soalan dia senang, tuliskan nama pengarang, penerbit dan nama buku teks yang digunakan untuk subjek DSS. (MEmang ramai yang kantoi ler~). Tujuan dia cuma satu, mahu kami tahu bahawa setiap orang adalah penting di dalam satu sistem (termasuk makcik cleaner.). Unik kan? (Tapi aku tau, ada juga pelajar yang tak suka cara dia mengajar. Kamu yang tak suka, duduk la bawah tempurung kerana MZAN mengajak kita berfikir, bukan spoon feeding macam sekolah dulu.) Dan kerana dia lah aku menonton cerita Stealth sebanyak 6 kali!Great Morning © Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks