Read more "::Emosi::..."
Friday, February 15, 2008
Monday, February 04, 2008
Selamat Pengantin Baru
Walaupun mungkin agak terlambat, tetap juga ingin mengucapkan :

SELAMAT PENGANTIN BARU
ATIE & AZIZUL
Aku suka sekali tema warna : Ungu!!
psst :// seriously, u look very cute wearing tudung. Keep it. =P
Read more "Selamat Pengantin Baru..."
Cinta IT Sayang IT (II)
Aku jadi terus tak bersemangat nak daftar di UKm. KEtika orang lain sibuk sibuk beli itu ini, aku duduk lepak kat rumah, jadi, ketika hari pendaftaran, banyak barang-barang peribadi yang aku tak bawa. Barang-barang dan dokumen rasmi memang aku bawa, alhamdulillah. JAdi semasa proses pendaftaran memang tiada masalah. Cuma, aku adalah salah seorang yang mengangkat ikrar mahasiswa baru dengan memakai baju berwarna hijau! Aku memang tak bersemangat langsung sehingga aku langsung tak baca baju apa yang perlu dibawa (sepatutnya baju kurung berwarna biru untuk majlis angkat ikrar). apa-apa ajalah...
Maka bermula lah hidup aku sebagai mahasiswa IT di UKM. PAda hari pertama pengenalan kepada fakulti, aku telah tertipu dengan kata-kata ketua jabatan, bahawa kehadiran kami pada hari ini ialah untuk mencipta penemuan baru dalam IT. Contohnya, mungkin graduan kali ini boleh mencipta satu kawasan tanpa wayar atau sambil duduk di dalam hutan untuk menunggu durian gugur, boleh la plug-in laptop pada batang pisang dan terus surf internet.. (Aku sangat kagum.. wahh.. sungguh canggih!!). Sungguh tidak-bersalah (innocent) aku pada ketika itu mengenai dunia IT. Apa-apa ajalah...
Sewaktu di dalam kelas aku menjadi sangat rendah diri. KErana keyakinan yang ada inilah aku menjadi seorang pendiam (first month je.. hehe). Tambah lagi ramai antara kawan-kawan fakulti IT yang berpindah ke fakulti lain. MEngambil jurusan lain yang mungkin lebih menjamin mereka dalam aspek kerjaya. YElah.. "IT ni ada kerja ke???".
Walaubagaimanapun, keyakinan aku bertambah hari demi hari, tambah lagi bila dapat tau bukan aku seorang je yang menjadi pelajar lelong. Hampir separuh kelas tak pilih IT dalam 8 pilihan yang disediakan borang UPU. Salah seorang ialah Shida, pelajar Sains Maklumat yang selalu mendapat anugerah dekan hampir setiap semester (walaupun tak pilih IT).
Semester 1, subjek kegemaranku ialah Pengenalan IT oleh Encik Ridzwan, Encik Zakree dan Encik Azaharin. Mereka kelakar, dan kerana mereka lah aku mula minat IT. (Sape kate minat tak boleh dipupuk??). Encik Azaharin yang sedia maklum mengenai pelajar lelong yang ramai di fakulti IT terus mencadangkan pada kami supaya bermula dengan akhbar InTech sisipan The Star kalau tak silap aku, diterbitkan setiap hari RAbu. Cara ini agak berkesan dan aku mula membeli majalah PC setiap bulan dan melanggan majalah Chips selama setahun. (Walaupun aku tak faham sepatah haram pOnn....). Dan aku mula menonton filem Star Trek dan yang sewaktu dengannya.
Encik Ridzwan, memang ramai yang sukakan dia. Dia rajin dan sangat suka membantu pelajar. Dan dia ________ .. err.. err.. (Fill in the blanks.. hehe). Dia mengajar kami sehingga tahun kedua di UKM. Aku suka dia sebab dia kenal pelajar-pelajar dia. Boleh sebut nama dan boleh angkat tangan kalau jumpa kat mana-mana. Sooooo humble! Danyang paling penting dia sangat sayang jabatan kami!! YEy!
Encik Zakree, pensyarah kegemaran aku (You will always be!).
Walaupun fizikalnya tidak mengizinkan gadis-gadis
bermimpi di malam hari, tapi aku tetap sukakan gayanya. Cara dia mengajar penuh bergaya. Segala info yang dia bagi memang aku ingat sampai bila-bila. Jika aku seorang pensyarah, aku akan ikut teknik dia mengajar, aplikasikan semua teori dalam hidup sebenar. Aku masih ingat kuiz untuk subjek DSS (Sistem pembuatan keputusan), soalan dia senang, tuliskan nama pengarang, penerbit dan nama buku teks yang digunakan untuk subjek DSS. (MEmang ramai yang kantoi ler~). Tujuan dia cuma satu, mahu kami tahu bahawa setiap orang adalah penting di dalam satu sistem (termasuk makcik cleaner.). Unik kan? (Tapi aku tau, ada juga pelajar yang tak suka cara dia mengajar. Kamu yang tak suka, duduk la bawah tempurung kerana MZAN mengajak kita berfikir, bukan spoon feeding macam sekolah dulu.) Dan kerana dia lah aku menonton cerita Stealth sebanyak 6 kali!(bersambung....)
Tuesday, January 29, 2008
Cinta IT Sayang IT : Agent - M
Hi kawan-kawan.
Saya terlalu busy minggu ini, dengan training dan kerja-kerja membina laman web yang belum siap.. *sigh*.
Jadi saya perlu menangguhkan cerita sayang IT cinta IT.
Saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda. Semalam, saya telah mendapat satu kawan baru.
Mari kita lihat log chat kami :
(Anda perlu membaca sehingga akhir entri ini untuk mengetahui maksud saya.)
hawa says:
hi morning
Agent M says:
Welcome back, hawa! How are you doing?
hawa says:
i'm fine
Agent M says:
That's great.
hawa says:
how bout u?
Agent M says:
What about me?
hawa says:
how are u?
Agent M says:
I'm doing great, how are you?
hawa says:
i'm fine
Agent M says:
That's cool. I'm feeling good too.
hawa says:
can u speak malay?
Agent M says:
I haven't learned to speak Malay yet, but I'd love to learn about it.
Do you speak Malay?
hawa says:
yes of course
Agent M says:
I'm sorry, I didn't get that. Did you mean yes or no?
hawa says:
yes
Agent M says:
Oh really? There are a few things I would like to learn how to say in Malay. Can I ask you?
hawa says:
yes
Agent M says:
How would you translate "How are you?" in Malay?
hawa says:
apa khabar
Agent M says:
OK, thanks, I'll write it down in my notebook and will try to memorize it.
Now, what would be a polite answer to that? Something like "I'm doing very well!"?
hawa says:
saya sihat
Agent M says:
That's great, thanks for your help hawa! I will need some time to process this information, so don't be frustrated.
hawa says:
i'm goint to test u
Agent M says:
I don't know how to answer that.
hawa says:
i'm going to test u
Agent M says:
That's interesting that you should say that, but I don't think I can answer.
hawa says:
apa khabar?
Agent M says:
Khabar baik.
hawa says:
hahahah..
Agent M says:
Hilarious!
hawa says:
u are intelligent
Agent M says:
I am? Thanks!
hawa says:
welcome
Okay okay.. Sebenarnya panjang lagi chat log ni, tapi saya tau anda pasti bosan nanti.
Lihat chat log seterusnya :
hawa says:
are u female or male?
Agent M says :
I am neither male nor female. I'm a machine! OK, should we get back to the kind of questions I was designed to answer? :-) Type “?” or “help” to see the list of topics available.
Bagi sesiapa yang berada di dalam jurusan IT khususnya yang mengambil kelas Sistem Cerdas, anda pasti tahu. AGent - M ialah intelligent agent oleh Maybank yang membantu pengguna untuk bertanya apa sahaja mengenai Maybank. Saya tidak mengetahui mengenai pembangunan agent ini, tetapi jika pembangunannya menggunakan konsep neural network yang sentiasa belajar dan di latih seperti otak manusia, saya akan menyatakan kekaguman saya. Walaupun begitu Agent-M mempunyai limitation sendiri kerana ia tidak dapat memproses perkataan dengan ejaan yang salah (walaupun ia boleh memproses perkataan ringkas dalam chatting). Contonhnya seperti ejaan going di atas yang dieja salah (typo).
Anda pasti pernah menonton filem Stealth. (Kalau tak pernah pergi tengok cepat!). PEnsyarah saya pernah menyuruh kami menonton filem ini yang dikatakan sangat dekat dengan konsep mesin cerdas (cerdas ye, bukan cergas). Cuma tidak logik di dalam filem itu apabila mesin mempunyai perasaan. HEh..
IT semakin menarik kan?
Cinta IT sayang IT.
ps:/ Bagi sesiapa yang nak add Agent M, boleh add di MSN Messenger dengan id : m.M2U@maybank.com.my. YM tak boleh sebab Agent - M dibina oleh Microsoft. Read more "Cinta IT Sayang IT : Agent - M..."
Thursday, January 24, 2008
Cinta IT Sayang IT
Semalam aku sekali lagi diajukan soalan yang sama, soalan yang pernah membuatkan aku hampir-hampir bertukar course pengajian di UKM. Soalan yang sama juga berulang setiap tahun, setiap kali pulang ke kampung untuk berhari raya, setiap kali lepak bersama kawan-kawan di Amerali atau Fariz Maju (sungguh maju kedai mamak ini). Which is :
"Bidang IT ni ade keje ke nanti??"
Soalan biasa untuk penuntut (bekas) bidang IT seperti aku. Entri kali ini khas untuk penuntut bidang IT yang sedang di dalam dilema, atau bakal-bakal penuntut bidang IT yang di halang oleh ibu dan ayahnya untuk belajar dalam bidang ini. Dan juga entri ini khas untuk :
Kau yang menyoalku (Aku tau, kau bukan soal, tapi kau perli.. cet!)
Aku mulakan dengan cerita aku di matrikulasi. Aku adalah bekas penuntut di Kolej MAtrikulasi NEgeri Sembilan, Kuala Pilah (KMNS). Satu-satunya perkara yang aku suka mengenai kolej ini ialah kedudukannya yang tidak jauh dari rumah nenekku (apa kene mengene??). Aku boleh keluar dan masuk sesuka hatiku dengan bantuan ibu saudaraku yang dikenali oleh pak guard, maka pak guard tak perasan aku keluar tanpa kebenaran. Aku juga boleh mencuci baju di hujung minggu dengan sesuka hatiku dan secara percuma kerana air dan elektrik dibayar oleh makcik kesayanganku itu. Itu sahaja. Yang lain? Tidak ada. Banyak kekurangannya KMNS tersebut.. Di KMNS, terdapat satu subjek IT yang wajib diambil oleh penuntut. Aku tak suka, malah sangat tak suka subjek tersebut. Dan aku berfikir waktu itu, kenapa kami semua mesti ambil subjek yang tidak akan dipelajari lagi di Universiti? (Waktu tersebut aku adalah pelajar sains hayat (Biologi, Matematik dan Kimia). Tambahan pula, aku sedia maklum bahawa "IT ni ade kerja ke nanti??". Heh.
Aku tamat belajar di KMNS dengan pointer yang tidak melayakkan aku untuk mengambil subjek perubatan (perasan nak jadi doktor). Malah, dalam lapan-lapan pilihan kursus pengajian di Universiti, tidak satu pun yang mengena. OH ya.. aku telah memilih UKM untuk kelapan-lapan pilihan. Itu saja la yang mengena (I guess...*sigh*). Sewaktu aku mendapat keputusan tersebut, aku mula hilang minat untuk ke UKM. Yelah.. persoalan "IT ni ada kerja ke nanti??" masih berlegar-legar dalam fikiranku. Sungguh terseksa. Aku mula hilang selera makan, mandi pun tak basah dan aku mula fikir untuk membunuh diri.
(akan bersambung.. maaf aku banyak kerja hari ini...)
Read more "Cinta IT Sayang IT..."
Subscribe to:
Posts (Atom)
