Wednesday, June 06, 2012

Buang sawang

phewww... lama gila tak update blog.

sekarang sangat busy. 8-5 tu memang dah kerja tetap.

kemudian datang lagi 10-1 untuk kerja-kerja part time.

Fiuhh..

Then sabtu dan ahad sibuk dengan aktiviti itu ini, seminar itu ini sampai rumah pun tak sempat kemas *tampar diri sendiri*

Tapi kena fokus kan. Jadi sedang fokus. Sebab taknak la selama-lamanya hidup penat gila macam ni.




Kesian kat anak.

Bila balik rumah je, kalau kita tak layan sebab tengok tv *tengah layan Fahrin Ahmad kott* dia mula la datang dekat peluk-peluk ciumcium pipi. Uhu. Tu maksudnya dia nak perhatian.

Oh ye anak aku ni lain sikit. Dia tak buat perangai, dia buat baik dulu kalau nak perhatian.
Kalau tak layan jugak baru lah dia ambil mainan lepas tu campak ke bawah rumah *rumah saye tingkat 1*.

Terpaksa la ayah dia pegi kutip balik.

Jadi sekarang ni memang tengah berusaha keras untuk hidup relaks.

Hari tu dah cerita kat mak. Mak kan keramat hidup. Mak bagi restu tapi.. Ada tapi tau mak I ni.

Tapi jangan berhenti kerja! Kerja kerajaan kott.. hihi.

Yelah mak, nanti dah dapat bagi kat mak ribu-ribu ringgit sebulan baru berenti keje ye mak yeee.. hihihihi..

Ok berenti gelak, sila fokus.





Jadi aku rasa sekarang masa untuk on-job-training. Sebab aku percaya dengan kuasa tindakan.

11A dalam SPM sangat bagus.
Tapi kalau dalam bisnes, 11E lagi bagus.

Cuma taknak la dapat 11E kalau boleh dapat 11A.

Dulu aku tak boleh nak hadap kekalahan. But now, am trying to accept. As my sifu said, jadikan kerugian tu sebagai fees yang perlu dibayar untuk pengalaman berharga. Lain kali tak buat dah. Ye tak?

Anyway, orang tanya aku bisnes apa.

Aku buat macam-macam sebab tak tau apa yang suits dengan aku.

Tapi..

Sekarang dah jumpa satu yang betul-betul aku minat. So I have to go for it.

Nanti tau jugak sebab I mesti promot kat facebook I kan. Masa tu you all jangan tak beli pulak. Hihihihihih.....


*minggu depan nak ke terengganu.. cantik tak cantik tak??????

ok abaikan lelaki tersebut. Read more "Buang sawang..."
 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks