Friday, December 10, 2010

In the world of property investment.. everything is negotiable.

KLIK SINI -------->> SEMINAR HARTAWAN HARTANAH

Hujung tahun sangat lah busy. Semua orang tengah sibuk dengan plan untuk budget tahun depan.

Oh, dah masuk tahun baru Hijrah. So, kena review segala matlamat yang telah ditetapkan tahun lepas.

Matlamat yang lepas ada yang tercapai ada yang tak tercapai.

Ya, aku ada matlamat baru. Ini pun setelah menghadiri seminar yang diadakan oleh tuanbri bulan lepas.

Bercakap mengenai seminar tu, aku memang galakkan untuk pergi belajar. Learn from the best! =)). Dari RM10 dapat buat ribu ribu. Takkan taknak kot? (bukan iklan MLM)

Kalau dapat angkat 2 bijik rumah bulan ni, memang dah cantik la.

Kena paksa tengok 45 bijik rumah dalam masa 3 minggu memang penat.

Tapi sekali dah cuba, memang terus gian gian. Boleh gigil satu badan kalau tak dapat tengok rumah minggu tu. (Tak tipu!) Dapat pulak geng yang memang syok, sporting dan gila-gila! Heh.

Kalau boleh, hari-hari nak pergi tengok rumah. Beli atau tak itu lain kira.

Dan paling best dapat jumpa macam-macam jenis orang. Dari agen hinggalah ke owner. Dan boleh beza bila deal dengan agen melayu dan agen chinese.

Cakap pasal agen rumah, aku nak cerita pasal satu agen ni. Chinese, dah tua, 60-an.

First time jumpa, dia pakai seluar pendek dan bawak buku 555 juga envelope yang ada bertulis harga diluarnya. Aku rasa tu harga rumah. Banyak jugak envelope dia pegang, bermaksud sebagai agen, banyak lah rumah yang dia nak jual. Semua kat satu kawasan - Vista Impiana, bukit serdang.

Geng kami memang dah belajar cara nak nego untuk dapatkan harga terbaik. Tapi, bila dia tunjuk rumah pertama nak jual, semua jadi tergamam. Takda cacat langsung. Fully furnished, mesin basuh dan peti ais baru beli (plastik pun tak buang lagi).
Rumah tu dah macam homestay. Lengkap serba serbi.

Shauqi cuba jugak kondem syiling kat dapur yang terbuka, tapi dia boleh jawab tak habis buat lagi rumah tu, siap tunjuk tangga construction kat tepi pintu.

Memang otai.

Uncle tu sangat busy sebab setiap masa jawab telefon dan ada amoi-amoi yang ikut dia nak tengok rumah jugak.

Masuk untuk tengok rumah kedua, baru dia cakap, dia memang orang bisnes, ada kilang dan 2 bijik kuda berharga RM80k seekor. Memang main kuda pakcik ni. Patutla setiap masa busy menjawab telefon.

Dia selamba je nasihat kami, "Lu kalau mau kaya bukan esok, bukan taun depan, tapi lagi seploh taun.."

Kata-kata pedas tu memang aku ingat sampai bila-bila. Sebab memang 'orang kita' selalu nak kaya cepat, hari ini melabur, esok dah nak kaya, pakai BMW, pakai Alphard. Aku tau, sebab aku pernah berada dalam kelompok tu.

Yang paling best, bila kami mintak nak jadi anak murid dia, dia kata "Okey! Lu pergi daftar sebagai agen dulu. Kalau tada lesen, tak boleh".

Memang tak lokek ilmu pakcik ni.

Seronok sebenarnya bila pergi tengok rumah satu geng macam ni. Dan paling best, kami tak pernah tanya, kau pakai kereta apa. Tapi, kami tanya, kau dah ada berapa bijik rumah.
Sebab, geng aku semua tau, rumah adalah aset sedangkan kereta adalah liabiliti.

Jadi, jumlah aset menggambarkan orang tu kaya atau tak. Secara tak langsung lah. Kalau nak detail tak dapat lah. Heh.

Kalau ada yang nak rasa macam mana kami rasa, seronok, bermain kira-kira dengan duit dan mempunyai matlamat yang sama (nak cepat bersara dan bina aset banyak-banyak), boleh lah daftar untuk masuk kelas, RM10 saja.





Kalau ada yang tanya aku macam mana caranya, aku takkan cakap. Bukan sebab aku sombong atau dah besar kepala, tapi aku tau, cara macam tu takkan kemana.

Sebab, aku pun seperti itu satu ketika dulu. Taknak pergi kelas, alasannya takda masa, mahal dan macam-macam lagi. Memang ada yang ajar aku sikit-sikit, tapi confidence level aku low, sebab aku tak dapat gambaran keseluruhan dan tak rasa sendiri.

Bila dapat assignment macam kena tengok 45 bijik rumah dalam masa 3 minggu (kalau tak, kena denda!), baru aku rasa macam mana perasaannya berurusan dengan agen atau owner sendiri dan baru aku tau macam-macam trick.

In the world of property investment.. everything is negotiable.

Apa yang tak boleh nak dinegotiate ialah..

sikap malas berusaha.



ps : doakan aku close satu rumah sebelum hujung taun ni ya. Read more "In the world of property investment.. everything is negotiable...."

Thursday, December 02, 2010

a note for you

Tak payah minyak wangi mahal-mahal atau emas berselirat dari hujung rambut sampai hujung kaki.

A simple thing can makes me smile.

Such as :




Thanks dear for the cute mug!


Best regards,
Isteri solehah lagi mithali. Read more "a note for you..."

Wednesday, December 01, 2010

Second Rules : ALM

Cerita 1 :

Satu malam yang sejuk, sedang kau tengah menonton buletin utama, telefon genggam, eh telefon bimbit, eh henset la senang cerita, berbunyi-bunyi sambil bergetar-getar.

Kau angkat dan bagi salam.

Oh, kawan kau rupanya.

Setelah seminit dua bebasi-basi, dia mula masuk kepada topik utama.

Kawan kau : Beb, aku nak pinjam duit. Dalam seribu. Bini aku sakit, anak aku menangis dah 2 hari tak minum susu, nanti bulan depan gaji aku bayar. Ok tak?

Kau : ______________________ (sila isi tempat kosong)

Cerita 2 :

Satu petang sebelum pulang dari kerja, kawan sepejabat kau ajak minum di gerai mamak berhampiran pejabat.

Setelah berbasi-basi, dia terus masuk ke point utama.

Kawan kau : Ko ada dalam seratus dua tak? Minggu depan aku bayar.

Kau : ______________________ (sila isi tempat kosong)

.....................................................................................................................................

Second rule of money : Alms

Susah kan kalau berada dalam situasi macam tu. Tambah lagi duit yang kita ada cukup-cukup makan untuk tekak kita.

Aku pun pernah berada dalam situasi macam tu. Tapi, ingat balik the first rule of money. Jadi tak boleh emosi.

Kalau tiada seribu, seratus pun dah cukup. Dan, anggap ia sebagai sedekah. Kalau dia nak bayar, itu rezeki kau.

Kalau kau sendiri anggap ia hutang, kau akan jadi emosi bila dia tak bayar-bayar. Walaupun hutangnya pada kau 10 sen je. Betul kan?

Aku ni pandai cakap je, susah jugak nak buat sebenarnya. Tapi, percayalah, rezeki kau akan bertambah jika kau amalkan benda ni.


Sebab tu aku selalu bangkang bila orang kata "Orang kaya orang kedekut". Sebab orang kaya memang amalkan alms ni.




Dia kaya sebab dia banyak sedekah.



















ps : habislah lepas ni ramai la orang datang kat aku nak pinjam duit. haha. Read more "Second Rules : ALM..."
 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks