Friday, November 26, 2010

Kau judge orang, orang akan judge kau satu hari nanti.

Aku pernah berada dalam kelompok easy-easy-judge-people.

Kelompok ni anggap diri mereka perfect, islamika, semua orang jahat kecuali diri mereka.

Dulu aku pernah cakap aku tak faham kenapa orang itu dan orang ini berperangai macam bukan orang Islam.

Sampai satu tahap aku sendiri terkena judge - hanya kerana aku sorang pakai seluar jeans sedangkan kelompok itu semua pakai baju kurung dan tudung labuh bagai.

Jadi aku keluar dari kelompok itu dan kenal dunia yang lain dari dunia aku sebelum ini.

Tapi tak bererti tiba-tiba aku tinggalkan tudung dan sembahyang, ya!

Tuhan uji aku dengan banyak perkara.

Baju aku pernah basah sebab kena jirus dengan kilkenny (betul ke aku eja ni). Memang aku marah. Tapi aku diam sebab yang jirus tu one of my chinese friend yang mabuk tak hengat.
Dan ya, dia bukan Islam.

Kawan aku pernah muntah dalam kereta dia yang aku drive sebab mabuk teruk. Aku diam sebab itu kereta dia. Bau jangan cerita la. Muka cantik, muntah tetap busuk.
Dan ya, dia bukan Islam.

Aku pernah duduk dalam non-halal restaurant, tengok je orang sebelah aku makan kerbau pendek. Itu masa-masa mula kerja, aku tak tau macam mana nak cakap "Taknak ikut pegi lunch makan babi" pada boss aku sendiri.

Aku paling menyampah kalau ada yang look down pada perempuan yang smoking. Seolah-olah aku-tak-merokok-jadi-aku-suci.

Yes, aku memang tak suka orang merokok. Tapi aku tak pernah pandang serong pada perempuan yang merokok. Sebab, lelaki pun merokok. Jadi apa bezanya? Kalau perempuan merokok tu jalang, lelaki yang merokok pun jalang jugak. Kan?
Tak payah beria-ria kutuk perempuan merokok kalau laki kau sendiri merokok.

Dulu masa zaman belajar-belajar, aku selalu fikir orang malas dan selekeh tapi dapat result bagus ada bela toyol.
Gila su'u dzon. Tambah lagi orang keliling cerita macam-macam.
Sekarang dia dapat kerja lagi bagus dari aku sendiri. Rasa macam kena penampar jepun.

Sebab tu aku selalu cakap sekarang, jangan judge orang sesuka hati. Walau kau solat 5 waktu tak tinggal, pergi usrah tak pernah missed, baca al-quran 5 waktu sehari, al-mulk dan mathurat tak pernah tinggal, kau tetap tak ada hak untuk judge orang.

Hanya Allah sahaja yang berhak judge hambanya. Dan Allah itu maha adil.

Kalau orang tu buat salah, kau hanya boleh buat apa yang mampu. Kalau iman kau gila lemah (macam aku), doakan saja orang itu mendapat hidayah. Dan kalau kau ada kuasa pemerintah, buat la apa yang patut. Lelaki yang tak pergi sembahyang jumaat dihukum pakai skirt dan diarak atas kereta lepas tu pusing satu bandar, misalnya.

Kalau tak boleh, do not judge. Kau judge orang, orang akan judge kau satu hari nanti.

Percayalah. Read more "Kau judge orang, orang akan judge kau satu hari nanti...."

Tuesday, November 23, 2010

pengalaman saya pergi pregnancy check up

Bosan.

Kali pertama checkup aku dah rasa nak bunuh diri.
Nak bukak buku pun kena tunggu 2 jam, padahal aku boleh tulis je maklumat atas buku tu sendiri-sendiri.

Aku tak nak komplen banyak-banyak, sebab aku tau perkhidmatan kesihatan di Malaysia boleh kata baik. Kalau kau nak bandingkan dengan negara-negara jiran Malaysia-lah.

Aku jadi menyampah sebab macam-macam la nurse tu suruh aku buat.

Kali kedua check up, HB aku jatuh dah dekat-dekat nak 10.0 gitu. Ala biasalah, first trimester kan memang macam tu, pening-pening, penat-penat, lagi tak selera nak makan.

So aku kena makan iron tablet 2 biji sehari pulak. Gila sembelit! Mau duduk berejam-rejam dalam tandas.
Berat badan pun flat, tak naik-naik. Macam aku cakap la, mana ada selera nak makan. Tu pun nurse tu bebel-bebel suruh makan.

checkup kali ketiga.

Kandungan aku dah masuk 5 bulan.
HB drop lagi ke 10.0. Tepat-tepat 10.0. Fuhh, penat aku makan iron sampai sembelit-sembelit, HB tak naik jugak.
Aku rasa mungkin penat sangat kot sebab 2 hari sebelum tu kenduri kahwin kakak aku. Aku kan orang kuat. Kononnya. Bila aku cakap macam tu, nurse tu terus kata, "Dan dan cover baik punya!"

Berat badan naik pulak 4kg. Gila! Tapi aku memang dah boleh agak sebab aku makan tak hengat dunia punya. Ni semua nurse tu punya pasal la. Kalau dia tak bebel suruh aku makan haritu, berat aku mesti naik sikit je. Ni gelabah punya pasal la ni!

Tak pasal-pasal aku kena check BP every Thursday. Nurse tu macam biasa la. Bebel lagi. Apa yang dirisaukan sangat aku pun tak faham.

Tapi aku agak teruja sebab dapat dengar heartbeat baby!
Wuhuuuu~ Laju betul 150 perminit tak silap aku.
Bunyi macam kuda tengah berlari-lari dalam acara lumba kuda! Heh.

Ala, sebenarnya nurse tu tau aku bengang sebab dia asyik bebel, tu yang sibuk-sibuk suruh aku dengar heartbeat baby pakai alat yang aku tak tau nama apa ntah.

SO next check checkup harap-harap ok la. BP ok, HB ok, berat pun kalau nak naik, sikit je.

Tapi yela kan, macam mana la aku nak measure apa yang aku makan supaya every month naik setengah kilo je. Ceh!

Penat dah aku dengar orang bebel ni. Baby duk menendang je masa nurse tu tengah bebel. Aku rasa dia pun menyampah! Read more "pengalaman saya pergi pregnancy check up..."

Monday, November 22, 2010

Mempromosikan dosa sebagai sesuatu yang seronok, indah dan menguntungkan.



Empat Virus Dosa Di Hati Manusia

1. Rasa Bersalah Dengan Dosa

Apabila pertama kali membuat dosa, hatinya diulit kesalan yang amat sangat dan diburu rasa bersalah. Jiwanya resah kerana telah melakukan sesuatu yang menentang fitrah semulajadi manusia yang pada fitrahnya amat suka melakukan kebaikan.

2. Rasa Biasa Dengan Dosa

Rasa berdosanya tidak kekal lama apabila dosa yang sama diulang buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Rasa bersalah tidak datang lagi pada tahap ini. Ia hilang sedikit demi sedikit.

3. Rasa Seronok Dengan Dosa

Pada tahap ini, manusia sentiasa mengintai peluang untuk melakukan dosa. Diri dan hati seronok dan rasa indah dengan dosa. Tiada lagi rasa bersalah.

4. Jadi Pembela Kepada Dosa

Nafsunya tidak pernah puas dan kehendaknya tidak terbatas. Diri dan hatinya begitu seronok melakukan dosa dan keseronokkan melakukan dosa itu menjadikannya pembela dan pejuang dosa yang dilakukannya. Tahap ini adalah kronik. Mempromosikan dosa sebagai sesuatu yang seronok, indah dan menguntungkan.

Awas, hati yang sakit lama-kelamaan akan menjadi buta.

Allah berfirman yang bermaksud, “Dan sesiapa di dunia ini buta hatinya, maka di akhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya.” (Surah al-Isra’ 17:72)

Hati kita dijangkiti virus yang mana? Read more "Mempromosikan dosa sebagai sesuatu yang seronok, indah dan menguntungkan...."

Thursday, November 18, 2010

when it comes into money, dont be emotional

Sejak 3 tahun lepas, aku bergelar 'pekerja' bukan lagi pelajar.

Banyak yang aku belajar dalam tempoh itu.
Banyak rumah sewa aku dah duduk.
Banyak ragam manusia yang aku dah jumpa.

Ya, walau baru 3 tahun aku tinggal dalam dunia sebenar, dengan gaji sebenar, bukan dunia beli henset pakai duit ptptn.

Dalam 3 tahun tu jugak, aku sedar satu benda.

Aku sangat sensitif bila pasal duit.

Kalau tak, takkan aku lompat kerja 3 kali untuk gaji yang lebih lumayan.

Aku selalu risau pasal duit dan cara aku manage duit aku.

Masa mula-mula aku dapat kerja kerajaan, aku risau bangat sebab duit tak cukup, gaji aku down to 70% daripada gaji swasta aku. Betul ke tak cukup?

Dan, 3 bulan aku takde gaji. Mantap tak?

2-3 minggu lepas, aku sempat hadir satu seminar 3 hari di Cheras. Dan sempat bertemu dengan seorang jutawan yang dijemput untuk seminar tersebut.

Beliau beritahu kami peserta seminar :

"There are 3 rules when it comes into money. The first is, money is money, dont be emotional"


Oh, aku tersentak sekejap. Betul, aku tak boleh jadi emosi bila bab duit. Duit sekadar kertas. Jangan hilang kawan sebab duit.

Tapi manusia memang selalu emosi bila bab duit. Sebab tu senang terjerat dengan skim cepat kaya. Emosi lebih memainkan peranan daripada akal.

Rezeki itu sendiri datang dari Allah. Allah boleh tarik bila-bila Dia nak. Dan rezeki itu macam-macam jenis.

Macam aku dapat sekarang. Rezeki anak.

Masa aku menunggu untuk rezeki ni, orang selalu cakap dengan aku, doa banyak-banyak. Tapi, aku percaya, macam mana banyak pun kita doa kalau tak usaha tak boleh juga.

Magnet Rezeki dengan Solat Dhuha

Jadi, aku usaha. Pertama, aku cuba istiqomah balik untuk solat Dhuha. Alah, 2 rakaat je pun, itu pun nak berkira.

Mula-mula memang susah. Bukan susah apa, aku selalu terlupa. Dah masuk zohor baru aku teringat.

Kemudian, seminggu 3-4 kali berjaya.

Sekarang seminggu dapat 6 kali, pernah juga 7 kali. Kadang-kadang tak boleh elak sebab meeting dari pukul 9 pagi sampai 1 tgh hari.

Kemudian, aku pergi berurut. Kalau nak nombor telefon makcik tu, boleh tinggalkan komen dan alamat email.

Baru sebulan aku amalkan, terus dapat berita gembira.

Ajaib kan?

Dan aku dah tak jadi emosi lagi pasal duit. Sebab aku yakin akan janji Allah. Yakin sebetul-betulnya (bukan kat mulut je tapi kat hati risau kemain).

Rules ke-2 dan ke-3 aku cuba ulas dalam entri berikutnya.


Salam Aidiladha untuk semua! Read more "when it comes into money, dont be emotional..."

Wednesday, November 17, 2010

perempuan pun minat bola.

Sewaktu Iran lawan Malaysia tempoh hari, aku dan kawan sepejabat sempat curi-curi tengok di ofis. Atau bukan curi-curi tengok, tapi tengok betul-betul (duduk atas sofa empuk depan tv 42 inci bukanlah curi-curi namanya).

Aku tau memang Malaysia akan kalah walaupun aku mengharapkan seri 0-0 memandangkan Malaysia bermain tanpa penyerang dan pertahanan yang agak mantap.
Iran tendang macam nak pecah bola tapi haram tak gol. Keeper bermain cemerlang.

Sedang aku komen itu ini dengan kawan aku tu, pegawai yang sebilik dengan aku lalu depan TV dan sound direct,

"Patutla anak asyik menendang je, mak nye minat bola"

Mungkin betul. Jika betul pun bagus jugak. Mana tau anak aku boleh jadi pemain Negeri Sembilan pulak nanti. Nak nak dapat kembar pulak, kan? Woho!

Tapi satu je aku takut.

Aku takut anak kembar aku nanti terpengaruh dengan dunia material dan kecantikan. Maka, terjatuh cinta dengan kecantikan artis.

Kalau mak tak kasik kahwin artis, kau jangan kahwin lari di Thailand pula ye? Read more "perempuan pun minat bola...."

Tuesday, November 16, 2010

Bila kita 'audit' orang, kita sendiri kena jadi yang terbaik

Bekerja di jabatan ini semuanya mengenai 'menjadi yang terbaik', 'menjadi peneraju', 'jabatan contoh' dan sebagainya.

Baru-baru ini, assessment portal jabatan dan agensi kerajaan telah dijalankan oleh MDec (multimedia development corporation). Untuk mencari laman web kerajaan terbaik, tentunya.



Laman web jabatan aku? Jatuh bergolek-golek macam nangka busuk. Kelemahan vendor menjadi antara punca utama kenapa kejatuhan teruk ini berlaku. Itu aku tak mau ulas. Sendiri mau ingat.

Apa yang aku nak highlight, bila kita 'audit' orang, kita sendiri kena jadi yang terbaik.



Tapi bila peng-audit sendiri tak dapat jadi terbaik, lagi nak kata apa? Read more "Bila kita 'audit' orang, kita sendiri kena jadi yang terbaik..."

Kau tak rasa, jadi kau tak tahu.

Kakitangan bermasalah memang selalu menjadi isu. Ponteng, punch card kemudian M.I.A, balik awal, datang lambat dan 1001 masalah lagi.

Kalau ikutkan, memang boleh buang kerja, menghabiskan duit rakyat je bagi gaji kat orang-orang macam ni. Tapi, bila terjadi sendiri pada orang di sekeliling aku, sixth sense aku memainkan peranan, something is wrong.

Apa yang buat aku kecewa, orang asyik menunding jari, tapi tak pernah bertanya empunya diri, apa sebenarnya terjadi. Eceh. macam pantun pulak.

Dah la tak pernah tanya, buka mulut bagi advice pun tak pernah, tau-tau dah kena panggil bos, diberi warning.

Kalau nature dia macam tu, aku faham lah. Tapi, baru sejak dua menjak ni dia berubah sikap. Tidak berdisiplin.
Aku sendiri tau dia ada masalah peribadi. Aku kesian, tapi aku tak boleh buat apa sebab dia bukan staff aku. Bukan tempat aku untuk slow talk dengan dia.

Kita semua tak serupa. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Begitu juga dengan cara kita menghadapi masalah.
Aku dan kau mungkin tabah dan tidak mengganggu tugas harian bila berdepan masalah peribadi.
Tapi dia fragile. Dah la family dia jauh di seberang laut, mungkin dia rasa sunyi, tiada tempat meluahkan rasa hati.
Dan kau? Apa peranan kau? Menambah sesak fikiran atau meringankan beban?

Baik kau fikir diri kau saja melainkan kau nak kurangkan beban dia. Kalau dia buka mulut cerita masalah pada kau, jangan pulak kau sibuk-sibuk cerita pada orang lain. Simpan sendiri sudah. Betul kata Ustaz Hasrizal, manusia semakin kurang common sense.

Kau tak rasa, jadi kau tak tahu.
Dah terkena muka sendiri baru padan muka. Read more "Kau tak rasa, jadi kau tak tahu...."
 
Who links to my website?
Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

Great Morning ©  Copyright by Grief . NOT . Hawa . | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks